5 Pelakon Lelaki Malaysia Yang Kini Sudah Bergelar Penyanyi

Artis Lakonan Berbakat Dalam Nyayian

Talking about celebs, we must agree they’re multitalented! Sama ada bergelar penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio atau model, mereka dikurniakan pelbagai bakat yang menarik dan tersendiri untuk diketengahkan pada umum.

Seperti 5 pelakon lelaki popular tanah air ini, mereka bukan sahaja sukses sebagai anak wayang bahkan turut memiliki bakat terpendam dalam bidang nyanyian. Siapa saja mereka? Let’s find out!

1. Fattah Amin

Fattah-Amin-pelakon-e1503064006633-300x300 5 Pelakon Lelaki Malaysia Yang Kini Sudah Bergelar Penyanyi

Nama Fattah Amin tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri seni hiburan negara. Memulakan langkah seni sebagai model di pentas peragaan serta majalah fesyen dan gaya hidup, Fattah Amin kini lebih dikenali sebagai pelakon popular tanah air. Malah, juara program Hero Remaja 2012 ini semakin aktif dalam bidang seni suara. Selain lagu Wanita Terakhir, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017 ini turut berduet dengan aktres cantik jelita, Fazura menerusi lagu Hero Seorang Cinderella serta Hero Untuk Mu berkolaborasi bersama Sherry Ibrahim dan RJ.

2. Saharul Ridzwan

Saharul-Ridzwan-pelakon-e1503063982620-300x300 5 Pelakon Lelaki Malaysia Yang Kini Sudah Bergelar Penyanyi

Tidak mahu ketinggalan, aktor kacak bertubuh sasa bernama Saharul Ridzwan turut melebarkan sayapnya sebagai penyanyi rap. Bakal mengeluarkan single pertamanya tidak lama lagi, lagu bertajuk Buku Putih ini turut menampilkan rakan duet iaitu komposer terkenal tempatan, Ajai. Lagu nukilan pelakon drama Hati Perempuan ini mengisahkan tentang sebuah persahabatan yang setia.

3. Nazim Othman

Nazim-Othman-pelakon-e1503063959629-300x300 5 Pelakon Lelaki Malaysia Yang Kini Sudah Bergelar Penyanyi

Selepas menyertai program realiti nyanyian Gempak Superstar 2016, Nazim Othman mengembangkan portfolio kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Sebelum mengeluarkan lagu terbaharu iaitu Kerana Cinta pada Mac 2017, suami kepada Bella Daily ini pernah meriliskan dua buah single iaitu lagu berirama balada berjudul Langit Menangis dan sebuah lagu rancak, Destinasi. Sehingga artikel ini ditulis, lirik video rasmi Kerana Cinta telah ditonton sebanyak lebih 100,000 tonton sejak dimuatnaik di saluran YouTube pada 24 Mac 2017.

4. Syamsul Yusof

Syamsul-Yusof-pelakon-e1503063935305-300x300 5 Pelakon Lelaki Malaysia Yang Kini Sudah Bergelar Penyanyi

Bukan sahaja hebat sebagai seorang pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof turut membuktikan bahawa dirinya berbakat sebagai penyanyi rap di dunia seni suara. Antara lagu-lagu yang dirap olehnya adalah Kalah Dan Menang (berduet dengan Mawi), Bukan Propaganda, Ya Robbi, Bidadari dan Apakah Semua Itu. Menariknya, anak lelaki Datuk Yusof Haslam ini turut mengeluarkan single terbaharunya bertajuk Senorita bergandingan bersama Datuk AC Mizal dan Shuib Sepahtu dimana menjadi lagu runut bunyi (OST) filem Abang Long Fadil 2.

5. Amar Baharin

Amar-Baharin-pelakon-300x300 5 Pelakon Lelaki Malaysia Yang Kini Sudah Bergelar Penyanyi

Bercita-cita bergelar seorang penyanyi sejak kecil lagi, Amar Baharin ternyata berjaya merealisasikan impiannya apabila berduet bersama isteri tercinta iaitu Amyra Rosli melalui lagu Cerita Kita yang dicipta sepenuhnya oleh Gjie Sixth Sense. Tidak terhenti disitu, pasangan merpati dua sejoli ini sekali lagi mengeluarkan single bersama berjudul Kisah Cinta Kita dimana lagu ini diabadikan tentang kisah cinta mereka berdua.

azlan-150x150 5 Pelakon Lelaki Malaysia Yang Kini Sudah Bergelar Penyanyi

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Aktor Lelaki Malaysia Kini Bergelar Penyanyi #amar baharin #Fattah Amin #lagu amar baharin #lagu fattah amin #lagu nazim othman #lagu saharul ridzwan #lagu Syamsul Yusof #Nazim Othman #Pelakon Jadi Penyanyi #Pelakon Lelaki Malaysia Kini Bergelar Penyanyi #Saharul Ridzwan #Syamsul Yusof

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.