5 Selebriti Hollywood Fasih Berbahasa Asing

Selebriti Hollywood Fasih Banyak Bahasa

Bahasa merupakan medium penting dalam berkomunikasi antara satu sama lain.

Selain bahasa Melayu dan Inggeris, banyak lagi bahasa yang menarik di dunia ini boleh dipelajari oleh kita semua.

Semakin banyak bahasa yang dikuasai, semakin banyak ilmu pengetahuan yang diperolehi.

Sama seperti 5 selebriti Hollywood ini, mereka turut mempelajari dan mendalami pelbagai bahasa asing meskipun fasih berbahasa Inggeris dalam kehidupan masing-masing.

Siapakah mereka dan apakah bahasa asing yang dikuasai oleh selebriti-selebriti antarabangsa ini? Jom kita semak artikel dibawah!

1. Leonardo DiCaprio

pelakon-Leonardo-DiCaprio-e1503062873266-300x300 5 Selebriti Hollywood Fasih Berbahasa Asing

Siapa yang tidak mengenali bintang filem Titanic bernama Leonardo DiCaprio ini. Tahukah anda, aktor popular ini mempunyai darah campuran Itali, Jerman (sebelah ayah) dan Rusia (ibunya). Meskipun dilahirkan di Los Angeles, Carlifornia, lelaki berusia 42 tahun ini fasih dalam bahasa Jerman.

2. Gwyneth Paltrow

Gwyneth-Paltrow-iron-man-e1503062897464-300x300 5 Selebriti Hollywood Fasih Berbahasa Asing

Rasanya, seluruh peminat Gwyneth Paltrow mengetahui bahawa aktres filem Ironman dan Shakespeare In Love ini mampu berbahasa Sepanyol. Ini kerana, bekas isteri kepada Chris Martin pernah mengikuti program pertukaran pelajar ke Talavera de la Reina, Sepanyol ketika berusia 15 tahun. Jatuh cinta dengan budaya dan bahasanya, figura cantik ini terus mempelajarinya sehingga fasih. Malah, dalam drama bersiri muzikal popular iaitu Glee, Paltrow turut diberi peluang membawa watak guru bahasa Sepanyol.

3. Tom Hiddleston

pelakon-Tom-Hiddleston-e1503062926586-300x300 5 Selebriti Hollywood Fasih Berbahasa Asing

Bukan sahaja tampan malah Tom Hiddlestone adalah seorang yang pintar dan berbakat. Ketika melanjutkan pengajian di University of Cambridge, Hiddleston mengambil jurusan classical studies dimana menuntutnya untuk mempelajari budaya Yunani dan Roma Kuno. Oleh itu, bintang filem The Avengers dan Kong: Skull Islands ini boleh berbahasa Yunani. Not only that, bekas kekasih Taylor Swift ini juga fasih dalam bahasa Perancis dan Sepanyol.

4. Rita Ora

gambar-Rita-Ora-e1503062945785-300x300 5 Selebriti Hollywood Fasih Berbahasa Asing

I Will Never Let You Down, Poison dan Body On Me merupakan antara untaian hits penyanyi terkenal, Rita Ora. Ketika berumur setahun, ibu bapanya berpindah dari Yugoslavia ke London disebabkan faktor politik di negara asalnya. Walaupun membesar di kota London, host America’s Next Top Model ini masih lagi lancar berbahasa Albania. Malah, terdapat video di YouTube menunjukkan pemilik nama sebenar Rita Sahatciu Ora ini berbicara dan berbincang bersama-sama para peminatnya dalam bahasa Albania.

5. Mila Kunis

wajah-Mila-Kumis-e1503062975924-300x300 5 Selebriti Hollywood Fasih Berbahasa Asing

Pernah menangis saban hari di sekolah kerana tidak memahami bahasa Inggeris. Itulah kesulitan yang dialami oleh Mila Kunis tatkala berusia 7 tahun selepas meninggalkan negara kelahirannya iaitu Ukraine ke Amerika Syarikat. Biarpun semakin lancar dalam berbahasa Inggeris, isteri kepada Ashton Kutcher ini tidak pernah melupakan bahasa ibundanya iaitu bahasa Rusia.

azlan-150x150 5 Selebriti Hollywood Fasih Berbahasa Asing

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Artis Antarabangsa Fasih Berbahasa Asing #Gwyneth Paltrow #hollywood #Leonardo DiCaprio #Mila Kunis #Rita Ora #Selebriti Hollywood #Selebriti Hollywood Fasih Berbahasa Asing #Tom Hiddleston

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.