Lagu ‘Mata’, Single Keempat Ayda Jebat

Lagu Mata Ayda Jebat

Selepas kejayaan lagu Siapa Diriku, Pencuri Hati dan Nakal Nakal Nakal, penyanyi popular tanah air iaitu Ayda Jebat menampilkan single keempatnya berjudul Mata.

Lagu yang dicipta oleh Audi Mok, Shazee Ishak dan Ayda sendiri ini mengisahkan tentang kebangkitan seseorang insan dari kegagalan demi mencapai sebuah kejayaan.

Malah, pelakon drama Rindu Awak 200% dan M.A.I.D ini juga mendedikasikan lagu Mata kepada para atlet Malaysia yang berjuang di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Menariknya, klip video lirik lagu ini telah ditonton hampir 800,000 tontonan sejak dimuatnaik di saluran YouTube pada 28 Julai lalu. Lagu pemangkin semangat ini boleh didapati diseluruh platform digital seperti iTunes, Joox, Spotify, Deezer dan KKBox.

Lahir daripada program realiti nyanyian iaitu Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, anak kelahiran Melaka ini pernah dinobatkan sebagai Top Top Meletop (Wanita) di Anugerah MeleTOP ERA 2016 dan 2015, Personaliti Sensasi Melodi di Anugerah Melodi 2016 serta Artis Paling Popular dan Ikon Media Sosial di Anugerah Planet Muzik (APM) 2016.

Dalam perkembangan lain, si kenid ini sedang sibuk menjalani penggambaran drama berjudul Dekatkan Jarak Kita bersama-sama aktor kacak, Syafiq Kyle.

Lirik Lagu Mata- Ayda Jebat

Kerana kau tiada
Kau sangka ku rapuh
Kerana ku terluka
Kau sangka ku jatuh

Kerana kau menghina
Kau sangka ku marah
Kau sangka ku pasrah
Tak terdaya tanpa kamu

Aku bukan seperti kau sangka
Aku tabah tanpa resah
Ku laku apa yang ku mahu
Hanya kau mampu mengarah aku

Jangan kau pertikaikannya
Jangan kau tertanya tanya
Aku tak perlu dirimu
Aku hidup hanya untuk-nya

Mata jangan jangan sangka aku lemah
Mata cangkuk kiri kanan bibir berdarah
Mata lihat lihat siapa yang dah rebah
Mata angkat tangan mundur baik kau menyerah

Walaupun ku menghilang
Bukannya ku retak
Walaupun ku kecundang
Malam tak gelita

Walaupun ku berdiam
Masih ku berapi
Kau tak kenali
Siapa aku sebenarnya

Aku hanya menunggu saatku
Takkan ku terburu buru
Ku tahu kekuatan diriku
Tiada siapa yang kan menumpasku

Jangan kau pertikaikannya
Jangan kau tertanya tanya
Aku tak perlu dirimu
Aku hidup hanya untuk-nya

Mata jangan jangan sangka aku lemah
Mata cangkuk kiri kanan bibir berdarah
Mata lihat lihat siapa yang dah rebah
Mata angkat tangan mundur baik kau menyerah

Guruh
Guruh mengiringi
Tegakku berdiri
Menanti pagi

Kamu
Kamukan tahu
Siapaku siapaku
Tanpa kamu

Jangan jangan sangka aku lemah
Cangkuk kiri kanan bibir berdarah
Lihat lihat siapa yang dah rebah
Angkat tangan mundur baik kau menyerah

azlan-150x150 Lagu 'Mata', Single Keempat Ayda Jebat

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Ayda Jebat #Lagu Baharu Ayda Jebat #Lirik Lagu Mata Ayda Jebat #Mata Lagu Keempat Ayda Jebat #Mata Single Baharu Ayda Jebat #Mata Single Terbaharu Ayda Jebat #Single Ayda Jebat

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.