LELAKI, Ini 6 Tanda Wanita Jatuh Hati Pada Anda Secara Diam-Diam!

Perempuan Jatuh Cinta

Tidak seperti lelaki, wanita sememangnya sukar untuk meluahkan perasaan cintanya terhadap jejaka pujaannya sehingga memilih untuk menyukainya secara rahsia atau diam-diam.

Malah, golongan Hawa lebih suka memendamkan perasaannya dan berharap agar ‘putera impian’ memiliki perasaan yang sama terhadap mereka.

Buat tatapan lelaki diluar sana, penulis senaraikan 5 tanda wanita menyukai anda secara diam-diam. Check it out!

1. Tingkah Laku Berubah Secara Tiba-Tiba

Lazimnya, wanita akan terasa canggung atau awkward apabila dekat dengan jejaka kesukaannya. Antaranya, tersalah dalam berbicara, ketawa dalam hal yang tidak melucukan, bermain-main dengan rambutnya atau menutupi muka dengan tangan.

2. Meniru Segala Tingkah Laku Anda

Dek kerana tidak tahu mengungkapkan perasaan, mereka mula berkelakuan dengan meniru segala tingkah laku anda seperti mendengar lagu kesukaaan, memakan makanan kegemaran atau mengenali kawan-kawan anda. Kelakuan ini bertujuan untuk mencuri tumpuan anda terhadapnya.

3. Ringan Tangan

Jika anda mengalami masalah atau memerlukan pertolongan, mereka siap sedia untuk menghulurkan bantuan secara sukarela. Melihat orang yang dicintai dalam kesusahan membuatkan mereka khuwatir dan ingin menbantu meringankan beban yang ditanggungi anda.

4. Memberi Perhatian Lebih

Secara lumrah, kaum wanita sememangnya makhluk penyayang dan prihatin. Jika mereka mula memberikan perhatian lebih kepada anda melebihi kawan-kawannya, itu tandanya mereka sudah mula menyukai anda. Mereka akan sentiasa mengambil berat tentang hal makan minum atau aktiviti seharian yang dilakukan anda.

5. Mencari Alasan Untuk Bertemu

Wanita yang menyukai lelaki secara diam-diam akan mencari pelbagai cara dan alasan meskipun alasan yang diberikan tidak masuk akal semata-mata untuk bertemu dengan anda bagi melepaskan rindu. Malah, melihat anda dari jauh sahaja membuatkan mereka terasa bahagia.

6. Sentiasa Kelihatan Cantik

Apabila sedang jatuh cinta, wanita akan sentiasa tampil cantik dan kemas untuk bersua muka dengan lelaki yang mereka sukai dalam diam-diam. Mulai dari penataan rambut, menatarias wajah sehingga memakai minyak wangi dan memakai pakaian yang cantik.

 

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Tanda Wanita Menyukai Lelaki Pujaan Secara Diam-Diam! #Tanda-Tanda Wanita Menyukai Lelaki Secara Rahsia

5 Kelebihan Rakyat Korea Selatan! Ini Sebab Masyarakat Dunia Iri Hati Dengan Mereka!
Selain K-Drama dan K-Pop, Korea Selatan turut dikenali sebagai sebuah negara yang kaya
5 Fakta Mengejutkan Tentang Wanita! Lelaki Tolong Jangan Terkejut!
Wanita merupakan sosok paling indah dan istimewa ciptaan Allah SWT yang pantas untuk
Apa Yang Menarik Tentang iPhone 8 & iPhone 8 Plus?
Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka dunia iaitu Apple telah memperkenalkan dua produk terbaharunya
5 Beza Produk Pewangi Badan Di Pasaran, Jangan Tahu Pakai Sahaja!
Selain pakaian sesuai dan tatarias yang menarik, wangian diri juga sangat penting dalam

Comments are closed.