Kenali Adam Sinclair, Pemilik Cinta Hati Yuna

Adam Sinclair Dan Yuna

Tanggal 5 Ogos 2017 mencipta kenangan terindah buat Adam Yousof Mohamed Sinclair atau mesra dikenali sebagai Adam Sinclair apabila selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati yang merupakan penyanyi tersohor negara iaitu Yuna.

Majlis pertunangan diadakan di kediaman Yuna di Shah Alam, Selangor dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Menariknya, berita mengembirakan ini tular di media-media sosial apabila Adam dan Yuna memuatnaik foto pertunangan di instagram masing-masing. Setakat ini, pasangan serasi ini masih merahsiakan tarikh perkahwinan mereka.

Terdahulu, keluarga Adam menghantar rombongan untuk merisik Yuna pada 27 Mac lalu.

Apa-apapun, kami di sini mengucapkan tahniah buat Adam dan Yuna serta mendoakan agar perhubungan ini kekal dan bahagia sepanjang hayat.

Untuk pengetahuan pembaca, Adam Sinclair merupakan adik bongsu kepada pelakon popular tempatan iaitu Ashraf dan Aisyah Sinclair.

Jom kita berkenalan dengan penakluk cinta hati kepada pelantun lagu Terukir Di Bintang, Dan Sebenarnya, Pulang serta Gadis Semasa ini.

Biodata Ringkas Adam Sinclair

Nama Penuh: Adam Yousof Mohamed Sinclair
Nama Komersil: Adam Sinclair
Tarikh Lahir: 11 Ogos 1984
Umur: 33 Tahun (2017)
Adik Beradik: Anak bongsu dari tiga beradik
Kerjaya: Pengarah Iklan Komersil
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Laman Sosial Adam Sinclair

Trivia Menarik Adam Sinclair

  1. Berdarah campuran Melayu-Inggeris.
  2. Pernah memenangi trofi Festival Filem Malaysia (FFM) 2012 menerusi kategori Filem Pendek Terbaik berjudul Sanzaru.
  3. Merupakan pengarah muzik video untuk lagu Wanita Terbahagia nyanyian Bunga Citra Lestary dan Pulang gandingan Yuna bersama-sama Sonaone.
  4. Pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain di set rakaman untuk iklan televisyen pada tahun 2013 dan menjalinkan hubungan cinta sejak penghujung 2015 yang lalu.
  5. Yuna menyifatkan Adam sebagai seorang teman lelaki yang baik hati, bertanggungjawab, prihatin, penyayang dan kelakar.
  6. Memiliki lebih 20,000 pengikut di instagramnya.

Foto Menarik Adam Sinclair

foto-adam-sinclair-300x300 Kenali Adam Sinclair, Pemilik Cinta Hati Yuna jambang-adam-sinclair-300x300 Kenali Adam Sinclair, Pemilik Cinta Hati Yuna pasangan-yuna-adam-sinclair-300x300 Kenali Adam Sinclair, Pemilik Cinta Hati Yuna yuna-dan-adam-sinclair-300x300 Kenali Adam Sinclair, Pemilik Cinta Hati Yuna

azlan-150x150 Kenali Adam Sinclair, Pemilik Cinta Hati Yuna

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Adam Sinclair #adam sinclair instagram #Adam Sinclair Kekasih Hati Yuna #adam sinclair malaysia age #adam sinclair malaysia biodata #Adam Sinclair Tunang Yuna #adam sinclair wife #adam sinclair yuna #adam yusuf sinclair #Biodata Adam Sinclair #Kenali Adam Sinclair #siapa adam sinclair #tunang yuna

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.