Lee Min Ho, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya!

Biodata Lee Min Ho 2017

Pesona bintang pelakon bernama Lee Min Ho ini semakin bersinar terang di persada seni hiburan Korea Selatan.

Selepas kejayaan luar biasa drama lakonannya berjudul Boys Before Flower, namanya mekar mengharum di seluruh pelusuk dunia termasuklah di Malaysia.

Bermula dari situ, bakat anak jati Seoul, Korea Selatan ini semakin dipercayai dan wajahnya menjadi pilihan untuk menerajui watak-watak utama.

Meskipun ramai bakat baru yang hadir dalam industri, penangan graduan perfileman dari Konkuk University ini tetap utuh dan berada di kelasnya tersendiri.

Jangan buang masa, jom baca lima trivia menarik dan ringkasan biodata tentang Lee Min Ho.

1. Ingin menjadi pemain bola sepak profesional

Sejak kecil lagi, Min Ho suka menghabiskan masa dengan bermain bola sepak dan bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional apabila dewasa. Namun, figura berbintang Cancer ini terpaksa melupakan impian kerana memilih bidang seni sebagai periuk nasinya. Ternyata pilihan Min Ho adalah keputusan yang betul kerana namanya kini sudah dikenali seantero dunia.

2. Pernah Hilang Ketika Kanak-Kanak

Keluarganya pernah mengalami panik apabila mendapati Min Ho hilang semasa bermain di taman permainan ketika berusia lima tahun. Kerana memakai gelang yang tertulis alamat rumah, Min Ho dihantar pulang oleh jiran-jiran yang menemuinya. Nasib baik!

3. Tidak Suka Dialog Skrip Yang Romantis

Meskipun banyak membawa watak-watak yang romantik, Min Ho lebih gemar karaktek lelaki yang ganas dan penuh aksi. Beliau tidak selesa apabila harus mengucapkan dialog-dialog jiwang dan romantis.

4. Masuk Latihan Tentera

Bermula Mei lalu, pelakon City Hunter ini mengikuti latihan khidmat ketenteraan selama dua tahun. Bagaimanapun, Min Ho tidak akan menjalani latihan berat seperti pelatih lain dan akan bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam di pejabat Gangnam-gu, Seoul.

5. Berbakat Dalam Menyanyi

Selain aktif berlakon, figura tinggi lampai ini berbakat dalam bidang nyanyian. Sehingga hari ini, Min Ho pernah mengeluarkan dua album studio iaitu My Everything pada tahun 2013 dan Song For You (2014). Sebelum menyertai latihan tentera, Min Ho sempat meriliskan single terbaharu berjudul Always buat peminatnya yang dikenali sebagai Minoz pada Mac 2017. Kali terakhir mengeluarkan single pada 2015 iaitu The Day.

Biodata Ringkas Lee Min Ho

Nama Penuh: Lee Min Ho
Nama Komersil: Lee Min Ho
Tarikh Lahir: 22 Jun 1987
Umur: 30 Tahun (2017)
Zodiak: Cancer
Asal: Seoul, Korea Selatan
Adik Beradik: Anak bongsu dari dua beradik
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi dan Model
Warganegara: Korea Selatan

Drama:
Boys Before Flower, City Hunter, Secret Campus, Faith, I Am Sam, Mackerel Run, Get Up, Legends Of The Blue Sea, The Heirs, Recipe Of Love, Personal Taste dan banyak lagi. Rujuk senarai drama lengkap Lee Min Ho

Filem:
Public Enemy Returns, Our School’s E.T, Gangnam Blues dan Bounty Hunters.

Anugerah & Pencapaian
Top 10 Stars Award di SBS Drama Awards 2016, Asian Movie Pioneer di 1st Weibo Movie Awards 2016, Most Popular Asian Idol Award di Beijing LeEco Night 2016, Best New Actor di 52nd Grand Bell Awards 2015, Most Popular Actor (Film) di 51st Baeksang Arts Awards dan banyak lagi.

Laman Sosial Lee Min Ho

Foto Menarik Lee Min Ho

2017-lee-min-ho-300x300 Lee Min Ho, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! actor-lee-min-ho--300x300 Lee Min Ho, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! foto-lee-min-ho-hairstyle-300x300 Lee Min Ho, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! gambar-selfie-lee-min-ho-300x300 Lee Min Ho, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! lee-min-ho-300x300 Lee Min Ho, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! pelakon-korea-lee-min-ho-300x300 Lee Min Ho, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya!

azlan-150x150 Lee Min Ho, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anyone can be lee min ho's first love #biodata lee min ho #Boys Before Flower #Fakta Menarik Lee Min Ho #Kelab Peminat Minoz #lee min ho #lee min ho 2017 #lee min ho and suzy #lee min ho girlfriend #lee min ho wife #lee min ho's real house #lee min-ho f4 special edition 2 #lee min-ho movies and tv shows #lee min-ho tv shows #Profil Lee Min Ho #Trivia Menarik Lee Min Ho

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.