Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!

Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang Dan Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!

Bagi pengguna beginner, ini adalah sedikit panduan untuk anda dalam memilih dan mengendalikan mesin rumput sandang.

Jenis-jenis mesin rumput sandang

  1. Mesin rumput 2T

Mesin-rumput-2T-1 Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!

Contoh mesin rumput 2T ialah Tanaka, Kasei dan Ogawa. Kebanyakan yang dijual di kedai hardware Cina biasanya adalah buatan China, enjin tiruan dan kerana itulah harganya pun murah. Biasenya penjual akan mngesyorkan jenis ini kerana murah dan senang untuk mendapatkan spare part. Enjin 2T lebih mudah dibaiki apabila rosak. Warranty biasanya dari 3 bulan ke 1 tahun. Jenama yang original seperti Stihl biasanya susah untuk didapati di Malaysia.

Kebaikan mesin 2T:

  • Harga murah.
  • Alat ganti mudah diperoleh.
  • Mudah dibaiki.

Keburukan mesin 2T:

  • Anda perlu mahir mencampur minyak 2T dengan petrol.
  • Kerap perlu tukar palam pencucuh.
  • Air filter pakai buang kerana menggunakan jenis
  • Kadang-kadang susah untuk dihidupkan.
  • Penggunaan petrol yang banyak.
  • Vibration tinggi (punca penyakit hand vibration syndrome/HAVS).
  • Putaran mesin tidak kuat / Enjin mudah kickback dan termati.
  • Pergerakan shaft tidak fleksibel dan boleh mengganggu gerakan enjin.

Mesin rumput sandang jenis ini sesuai untuk orang awam yang mempunyai bajet rendah, sesuai untuk memotong rumput kawasan rumah yang kecil dan untuk kerja memotong rumput sekali-sekala (sebulan sekali).

Tips penjagaan mesin rumput sandang

  • Anda perlu belajar cara menjaga enjin dengan betul dan cara mencampur minyak sebelum digunakan. Jika tidak, mesin ini mudah untuk rosak jika enjin tidak dijaga dengan betul dan campuran minyak pula tidak tepat.
  • Jenis ini tahan lama jika pandai dijaga.
  • Gunakan minyak 2T yang berkualiti.
  • Guna petrol sehingga habis. Jika petrol masih berbaki, anda perlu tutup injap petrol. Jika lupa untuk menutup injap petrol akan menyebabkn leaking, seterusnya enjin susah untuk dihidupkan.
  1. Mesin Rumput 4T

Mesin-Rumput-4T-2 Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!

Contoh mesin rumput 4T ialah Tanagawa, Mori, Stihl, Honda dan Husqvarna. Hampir semua mesin 4T mengggunakan enjin Honda sama ada enjin GX25 atau GX35 kerana Honda yang berjaya mencipta enjin 4T saiz kecil. Enjin original mempunyai sijil warranty dari Honda dan dalam pasaran Malaysia biasanya enjin Honda original adalah buatan Thailand. Hati-hati dengan jenama tiruan kerana jenama tiruan buatan China meniru design enjin tetapi menggunakan low quality material. Berbanding enjin 2T yang biasanya mempunyai warranty 3 bulan, enjin 4T mempunyai warranty yang lebih lama.

Kebaikan mesin 4T:

  • Jimat petrol.
  • Tidak perlu campur petrol dengan minyak enjin.
  • Sangat mudah untuk dihidupkan.
  • Tahan lasak.
  • Kuasa enjin kuat dan mudah memotong rumput tebal.
  • Boleh melakukan kerja berterusan berjam-jam.
  • Air filter boleh dibasuh dan digune semula (basuh, keringkan, celup dalam minyak enjin, perah, kemudian pasang semula)
  • Palam pencucuh tidak perlu ditukar dengan kerap (biasanya ditukar 2 tahun sekali)
  • Kurang bising.
  • Kurang vibration.
  • Tahan lasak.
  • Lebih bersih dari mesin 2T.

Keburukan mesin 4T:

  • Mahal (harga biasa Honda GX35 di Malaysia adalah sekitar RM1200-RM1600.
  • Sukar mendapatkan alat ganti.
  • Sedikit berat berbanding mesin 2T.

Mesin rumput jenis ini sesuai untuk orang awam yang kerap memesin rumput, untuk kawasan memesin yang luas, untuk mereka yang ingin mesin tahan lama dan mudah digunakan serta untuk mereka yang sememangnya bekerja memesin rumput. Jika anda mempunyai bajet yang lebih dan inginkan kerja memotong rumput yang lenih baik, tidak salah jika membeli mesin rumput jenis ini seperti honda GX25 atau Honda GX35. Sekali anda cuba mesin rumput 4T, pasti anda sudah tidak mahu menggunakan enjin 2T.

  1. Mesin rumput elektrik

Mesin-rumput-elektrik-3 Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!

Mesin jenis jarang terdapat di Malaysia. Terdapat dua jenis iaitu menggunakan bateri dan menggunakan wayar.

Kebaikan mesin elektrik:

  • Mesra alam.
  • Sangat mudah digunakan.
  • Kecil, ringan dan mudah disimpan.
  • Tidak meletihkan badan.
  • Tidak perlu maintenance yang rumit .

Keburukan mesin elektrik:

  • Tidak tahan lasak.
  • Kuasa potongan sangat rendah.
  • Hanya boleh memotong untuk kawasan berumput sedikit, contohnya seperti di tepi beranda, di tepi kolam hiasan.
  • Jika kehabisan bateri tidak boleh digunakan lagi untuk meneruskan kerja memotong.
  • Perlu dicas dulu.
  • Jenis menggunakan wayar, jarak memotong dibataskn oleh panjang wayar.
  • Tidak boleh menggunakan bilah pisau, hanya guna trimmer line.
  • Penggunaan terhad pada saiz bateri.

Mesin jenis ini sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang rumah dipenuhi simen tapi terdapat rumput-rumput yang tumbuh di celah-celah simen dan malas untuk mencabutnya menggunakan tangan.

  1. Mesin rumput propane

Mesin-rumput-propane-4 Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!

Mesin ini adalah jenis terbaru dan kemungkinannya belum terdapat dalam pasaran Malaysia. Mesin ini tidak menggunakan petrol tetapi menggunakan propane. Jadi, hanya perlu tukar tong propane seperti anda menggantikan gas memasak di dapur. Mudah dan kuasanya lebih kurang seperti mesin 4T.

Tips menghidupkan mesin rumput sandang

Di bawah ini ada beberapa cara yang boleh diikuti untuk menghidupkan mesin rumput sandang jenis 2T.

  1. Selepas guna, pastikan bahan api dalam tangki dan dalam karburetor sudah habis. Jangan simpan bahan api dalam mesin lebih dari 10 hari. Sekiranya ada baki dalam tangki, sila tuang ke dalam bekas lain dan jangan simpan  dalam tangki mesin atau buang sahaja kalau minyaknya sedikit. Terbalikkan mesin tersebut kalau sudah letih atau malas hendak salin ke bekas lain. Kemudian hidupkan semula mesin tersebut, biarkan enjin mati dengan sendiri (mungkin dalam 2-3 minit). Jika tidak, mesin susah untuk dihidupkan kerana minyak 2T sudah mendap dalam karburetor setelah dibiarkan lama.
  2. Pastikan setiap kali guna mesti tutup injap minyak dan buka bila hendak digunakan semula minyak itu. Pastikan minyak pelincir atau 2T jangan melebihi 2 penutup dan sekiranya susah juga untuk hidupkan enjin, tutup kembali injap minyak dan buangkan minyak dalam karburetor sehingga kering dengan cara menekan picu di bawah karburetor itu. Setelah itu, buka semula injap minyak dan cuba hidupkan semula.

hidupkan-mesin-rumput-5 Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!

  1. Lepas digunakan, jangan matikan enjin tetapi tutup injap minyak sehingga enjin mati. Bila hendak diguna, goncang mesin agar minyak 2T yang mendap dalam tangki bercampur dengan petrol. Gunakan minyak 2T yang mahal sedikit (Jenama stihl – RM35 seliter) agar enjin mudah dihidupkan dan lancar. Dengan menggunakan minyak 2T yang berkualiti tinggi untuk mesin rumput anda, mesin akan tahan lebih lama.

6 Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!

Kaedah mengendali mesin rumput sandang (2T)

  1. Periksa dan pastikan kawasan yang hendak dipotong rumput tiada halangan seperti batu-batu, kayu, besi, plastik, tali dan lain-lain.
  2. Buka penutup tangki bahan api (lawan jam) dan periksa kandungan bahan api.
  3. Sedia campuran bahan api (petrol) dan minyak 2T mengikut nisbah 1:25 (minyak 2T : bahan api).
  4. Isi campuran bahan api ke dalam tangki minyak.
  5. Buka palam pencucuh, cuci dan laraskan kelegaan (clearence) menggunakan gauge.
  6. Tarik dipstick, periksa paras minyak pelincir (buat penambahan jika perlu).
  7. Buka pin kabel lentur dan periksa minyak gris pada kabel tersebut.
  8. Tutup semula pin kabel.
  9. Periksa dan ketatkan skru pengikat mata pisau / nylon pemotong.

cara-tukar-mata-mesin-rumput-7 Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!

  1. Buka minyak dengan menolak injap minyak (fuel cock) ke bawah.
  2. Tolak throttle leverberkedudukan separuh terbuka.

tombol-mesin-rumput-sandang-8 Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!

  1. Tarik / tolak tuil

hidupkan-mesin-rumput-9 Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!

  1. Tarik tali starter untuk menghidupkan enjin. Pastikan mata pisau berkedudukan bebas dari halangan atau tidak diletak pada permukaan tanah. Bila enjin hidup, tentukan ia berkelajuan rendah selama 2 – 3 minit.
  2. Galas mesin dan laraskan tali galas mengikut keselesaan bekerja dan laksanakan kerja.
  3. Untuk mematikan enjin, kurangkan kelajuan enjin selama 1 – 2 minit. Tutup fuel cockdan matikan enjin dengan menekan suis pemati.
komponen-mesin-rumput-10 Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!

Komponen Pada Mesin Rumput

Teknik Memotong rumput

  • Potong rumput dengan kelajuan enjin yang sesuai mengikut ketebalan rumput.
  • Arahkan mata pisau / nylon yang berputar pada satu ketinggian yang tetap bagi rumput yang rendah. Bagi rumput yang tinggi potong pada paras atas dahulu dan diikuti pada paras bawah.
  • Sekiranya menggunakan mata pisau, pastikan kelajuan enjin adalah rendah jika berdekatan dengan dinding, tiang atau objek yang keras.

Kaedah penyelenggaraan mesin rumput sandang (2T)

Ketahanan enjin bergantung kepada amalan penyelenggaraan yang betul. Langkah penyelenggaraan selepas penggunaan mesin rumput bergalas adalah seperti berikut :

  • Bersihkan mesin daripada kekotoran di setiap bahagian mesin.
  • Periksa bahagian-bahagian bersekeru dan ketatkan jika longgar.
  • Simpan di dalam setor alat.

Langkah keselamatan semasa memotong rumput

Agar tidak terjadi perkara membahayakan pengguna ketika melakukan kerja memotong rumput, maka perlu diperhatikan langkah-langkah keselamatan ketika kita menggunakan mesin pemotong rumput. Berikut ini beberapa perkara yang perlu diperhatikan ketika sedang melakukan pekerjaan menggunakan mesin rumput sandang:

eye-and-ear-safety-11 Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!

Alat keselamatan diri

  • Pakai kasut boot ketika sedang memotong agar kaki terlindungi dari kemungkinan terkena bilah pisau serta melindungi daripada kotoran yang terpelanting dari putaran pisau.
  • Pakai kaca mata agar mata terlindung dari kotoran dan debu ketika sedang memotong rumput.
  • Pakai baju yang selesa dan dapat melindungi bahagian tubuh pemakai dari pantulan batu kecil.
  • Jangan membersihkan kotoran dengan kaki di sekitar area pisau ketika mesin sedang di hidupkan.
  • Periksa semua kondisi mesin termasuk kelajuan pisaunya agar tidak terjadi hal yang tidak kita ingini.
Loading...

Tags: #cara hidupkan mesin rumput #cara mencampur minyak mesin rumput sandang #cara menjaga mesin rumput sandang #cara menyelenggara mesin rumput sandang #cara tukar mata mesin rumput #harga mesin rumput sandang #jenis-jenis mesin rumput sandang #kaedah memotong rumput menggunakan mesin rumput sandang #Kaedah mengendali mesin rumput sandang #Kaedah penyelenggaraan mesin rumput sandang 2T #keburukan mesin rumput sandang #kelebihan mesin rumput sandang #kenapa mesin rumput sandang susah untuk start #Langkah keselamatan semasa memotong rumput #mesin rumput 2 stroke #mesin rumput sandang elektrik #mesin rumput sandang propane #panduan lengkap mesin rumput galas #panduan lengkap mesin rumput sandang 2T #panduan menggunakan mesin rumput sandang buat beginner #panduan penggunaan dan penjagaan mesin rumput sandang #perbezaan mesin rumput 2t dan 4t #tips menggunakan mesin rumput galas #Tips menghidupkan mesin rumput sandang #warranty mesin rumput sandang

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
  1. author

    akubiomed4 years ago

    Sangat informatif bersama gambar-gambar yang disediakan. 🙂

    Reply
  2. author

    Anonymous4 years ago

    info yg sangat bermanafaat.Terima kasih

    Reply
  3. author

    Melayu5 years ago

    Ada mesin sendiri kena rajin2 la ye. Jangan letak dalam muzium plak.

    Reply

Leave a reply "Tips Menghidupkan Mesin Rumput Sandang & Panduan Menggunakan Mesin Rumput Sandang Buat Beginner!"