Kedai Makan Kontena Di Dapo Pata, Uptown Kontena Tok Jembal, Kuala Terengganu

Uptown Kontena 1

Dapo Pata, Uptown Kontena adalah tapak bazar niaga berkontena tepi pantai yang pertama di Malaysia. Ia terletak di suatu kawasan persisiran pantai Terengganu yang cantik. Lokasi tempat ini adalah di antara lapangan terbang Sultan Mahmud dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan melalui susur jalan kecil ke persisiran pantai Tok Jembal.

Kawasan ini mula beroperasi sejak Mac 2016 dan dilengkapi dengan 18 lot kontena. Dapo Pata ini diasaskan oleh Affandi Hamzah, seorang anak tempatan yang memulakan operasinya dengan kos permulaan sebanyak RM800 ribu. Dapo Pata berjaya mewujudkan sebuah lokasi kedai makan atau bazar makanan yang berbeza dengan kedai makan yang terdapat di Terengganu. Idea perniagaan berkonsepkan hipster ini dibangunkan dengan cetusan idea kreatif yang mana kedai makan di sini direka menggunakan kontena terpakai dengan olahan idea pengusaha kedai masing-masing.

Kawasan pemandangan pantai ini mewujudkan suasana releks dan tenang. Suasana persekitaran di sini pada waktu malam amat cantik dengan hiasan lampu serta rekaan kedai kontena bertingkat. Kawasan ini difahamkan baru sahaja dibangunkan dalam tempoh kurang satu tahun (2016) dan kini ia menjadi antara lokasi tumpuan pengunjung sekitar, pelancong dan juga pelajar universiti berhampiran (UMT).

Antara menu masakan yang disajikan di sini adalah seperti masakan panas, makanan laut dan masakan Western. Selain itu, pengunjung juga turut dihiburkan dengan alunan nyanyian penyanyi buskers pada hari-hari tertentu. Jualan pakaian di dalam kontena ini juga menarik perhatian. Jika inginkan suasana makan malam santai di tepi pantai, melepak dengan kawan-kawan, tempat ini mungkin boleh menjadi salah satu pilihan anda jika berada di Kuala Terengganu.

Laman sosial : https://www.facebook.com/UptownKontena/

Rating :

Lokasi 9/10
Makanan 7/10
Layanan 5/10
Harga 5/10

Maps Dapo Pata Uptown Kontena

Pengasas Dapo Pata Uptown Kontena Restoran Di Dapo Pata Kuala Terengganu Suasana Makan Malam Di Dapo Pata Tok Jembal

Buskers Kontena Terengganu

Dapo Pata Kontena

Kedai Makan Atas Kontena Terengganu

Kedai Makan Kontena

 

Carian Berkaitan

dapo pata, uptown kontena dapo pata, afendi hamzah dapo pata, dapo pata pantai tok jembal, dapo pata terengganu, dapur pata terengganu, dapur pata tok jembal
Loading...

Tags: #dapo pata terengganu #dapo pata terengganu makan malam bazar #dapo pata uptown kontena malaysia #kedai makan uptown kontena malaysia #makan di persisiran pantai tok jembal #makan malam tepi pantai terengganu #pemilik uptown kontena terengganu #pengasas dapo pata terengganu #restoran caravan di terengganu #restoran caravan terengganu

Air Terjun Sofea Jane! Destinasi Popular Penggemar Sukan Lasak
Siapa sangka di sebalik kepesatan bandar raya Kuala Lumpur, terdapat air terjun yang
Pakej Pelancongan Menarik Ke Phuket, Krabi Dengan Kapal Star Cruises
Jika anda mengimpikan satu pelancongan mewah dengan bajet yang murah, Star Cruises menawarkan
5 Aktiviti Paling Awesome Perlu Anda Cuba Jika Ke Krabi, Thailand!
Berkesempatan bercuti bersama-sama rakan-rakan di Krabi pada awal Mac 2016 lalu membuatkan penulis mula
Restoran Pohon Nako, Tempat Makan Tengahari Sedap Di Kota Bharu
Restoran Pohon Nako terletak dalam bandar Kota Bharu. Ia merupakan destinasi menarik untuk

Comments are closed.