Warong Dillah, Sarapan Pagi Paling Sedap di Chendering, Terengganu

Warong Dillah Chendering Terengganu Cover

Jika anda berada di Chendering, Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke kedai makan Warong Dillah yang terletak berhampiran jalan utama iaitu jalan pantai menuju ke Dungun. Ia terletak di sebelah kanan jalan utama daripada jambatan Kuala Ibai dan bandar Kuala Terengganu. Antara menu yang menarik di sini adalah menu masakan pagi seperti nasi kerabu, nasi lemak ikan tongkol, mee goreng dan terdapat juga kuih-muih tempatan seperti pulut panggang, kuih kayu keramat dan lain-lain.

Kedai makan ini juga merupakan salah satu warung yang menjadi tumpuan utama penduduk sekitar terutamanya pada waktu pagi. Kebiasaannya, pengunjung akan mula memenuhi kedai untuk membeli juadah di sini antara jam 7.30 pagi sehingga 9.00 pagi. Kedai makan ini dibuka pada hari Sabtu hingga Rabu dan ditutup pada Khamis hingga Jumaat. Kedai makan ini boleh dijadikan salah satu tempat makan pagi yang menarik jika anda melalui ataupun singgah di Chendering ini. Harga makanan yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan dan rasanya pasti tidak akan mengecewakan anda. Selamat mencuba!

Rating : 

Lokasi 8/10
Makanan 9/10
Layanan 8/10
Harga 9/10

Maps Warung Dillah ChenderinWarong Dillah Chendering Terengganu

Juadah Makan Pagi Warong Dillah

Jualan Di Warong Dillah Terengganu

Menu Warong Dillah

Nasi Lemak Ikan Tongkol

Kuih Kayu Keramat Kuih Pulut Panggan

Carian Berkaitan

makan pagi kuala terengganu, sarapan pagi di kuala terengganu, sarapan di terengganu, sarapan di kuala terengganu, sarapan pagi sedap di kuala terengganu, kedai kuih sedap kuala terengganu, lokasi sarapan pagi di terengganu

Encik Shino

Lepasan graduan IPTA tempatan, mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #kedai makan pagi terengganu #kedai makan sekitar chendering terengganu #makan pagi di chendering terengganu #makan pagi orang ganu #nasi kerabu dan nasi lemak terengganu #sarapan pagi warung chendering terengganu #warung dillah chendering

Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi
Sebut sahaja Pulau Langkawi, pasti ramai akan terbayangkan burung Helang gergasi yang merupakan
Pulau Perhentian, Salah Satu Tempat Tercantik Di Malaysia Wajib Anda Kunjungi!
Pasti ramai dalam kalangan kita yang sukakan aktiviti pantai dan pulau sebagai satu
5 destinasi wajib dikunjungi di Lombok, Indonesia
Bercakap mengenai Indonesia, pasti ramai yang memasang hajat untuk menjejakkan kaki ke Lombok
Pesta Air Songkran Di Thailand, Kenapa Ia Menarik?
Saban tahun setiap kali tibanya bulan April, pasti ramai akan tertunggu-tunggu untuk meraikan

Comments are closed.