Biodata Daler Yusuf, Hero Drama Encik Suami Mat Salih Celup

Daler Yusuf

Baru setahun jagung bergelar seorang aktor, jejaka bernama Daler Yusuf kini giat menerpa namanya di persada seni hiburan tanah air.

Figura kelahiran Uzbekistan ini bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan peminat tempatan malahan menjadi rebutan para pengarah dan penerbit sebagai pelaris projek seni seperti drama, telefilem ataupun filem.

Terkini, drama lakonannya berjudul Encik Suami Mat Salih Celup bergandingan bersama Nelydia Senrose sedang ditayangkan setiap Jumaat hingga Ahad bermula 7.00 malam di slot Dahlia di TV3.

Sebelum ini, aktor berwajah Pan Asia ini pernah menjayakan drama bersiri popular seperti Tuan Anas Mikael, M.A.I.D dan Omputih Itu Suami Aku.

Jom kita berkenalan dengan aktor berbintang Capricorn ini.

Biodata Daler Yusuf

Nama Penuh: Daler Yusuf Muhammad
Nama Komersil: Daler Yusuf
Umur: 31 Disember 1992
Umur: 25 Tahun (2017)
Zodiak: Capricorn
Asal: Uzbekistan
Kerjaya: Pelakon dan Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telemovie: Encik Suami Mat Salih Celup, M.A.I.D, Tuan Anas Mikael, LipLap Raya, Omputih Itu Suami Aku dan banyak lagi

Filem: Santorini dan Kastil Tua

Laman Sosial Daler Yusuf

Fakta Menarik Daler Yusuf

  • Mempunyai empat adik-beradik.
  • Datang ke Malaysia pada usia 19 tahun untuk melanjutkan pengajiannya dalam jurusan Pengurusan Perniagaan di Westminster International College di Subang Jaya, Selangor.
  • Mempunyai darah campuran Melayu (ibu) dan Uzbekistan (bapa).
  • Selain dapat bercakap dialek Kelantan, Daler juga boleh berbahasa Rusia dan Parsi.
  • Sebelum terjun ke dunia lakonan, figura kacak ini mencipta nama di pentas peragaan dan iklan komersil.
  • Banyak iklan komersil yang dibintanginya termasuklah 100 Plus, Petronas, Baskin Robbins, Celcom, Teh 888, SG Men Perfume, Burger King, Samsung, Blackberry dan Toyota (Thailand).
  • Wajahnya seringkali dilihat memperagakan busana dari pereka hebat tempatan, Rizman Ruzaini.
  • Filem dari Indonesia bertajuk Kastil Tua merupakan pengalaman pertamanya dalam dunia lakanon.
  • Mengambil masa selama lebih dua tahun untuk menguasai bahasa Melayu.
  • Aktor ini mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram, lebih 15,000 pengikut di Twitter dan hampir 9,000 pengikut di Facebook miliknya.

Gambar Menarik Daler Yusuf

daler-yusuf-gambar-raya-300x300 Biodata Daler Yusuf, Hero Drama Encik Suami Mat Salih Celupfoto-menarik-daler-yusuf-300x300 Biodata Daler Yusuf, Hero Drama Encik Suami Mat Salih Celupgambar-kacak-daler-yusuf-300x300 Biodata Daler Yusuf, Hero Drama Encik Suami Mat Salih Celupgambar-kontroversi-daler-yusuf-dan-nelydia-senrose-300x300 Biodata Daler Yusuf, Hero Drama Encik Suami Mat Salih Celup kucing-peliharaan-daler-yusuf-300x300 Biodata Daler Yusuf, Hero Drama Encik Suami Mat Salih Celupnelydia-senrose-dan-daler-yusuf-300x300 Biodata Daler Yusuf, Hero Drama Encik Suami Mat Salih Celup pelakon-kacak-daler-yusuf-malaysia-300x300 Biodata Daler Yusuf, Hero Drama Encik Suami Mat Salih Celupdaler-yusuf-pakai-kaca-mata-300x300 Biodata Daler Yusuf, Hero Drama Encik Suami Mat Salih Celup

azlan-150x150 Biodata Daler Yusuf, Hero Drama Encik Suami Mat Salih Celup

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #adik beradik daler yusuf #adik daler yusuf #Biodata Daler Yusuf #Daler Yusuf #daler yusuf dan isteri #daler yusuf family #daler yusuf kahwin #Daler Yusuf Muhammad #daler yusuf sherzod yusuf #daler yusuf siblings #daler yusuf wife #Encik Suami Mat Salih Celup #Fakta Menarik Daler Yusuf #gambar daler yusuf #pelakon naik motor dengan nelydia senrose #Profil Daler Yusuf

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.