Sinopsis Drama Dia Random Guy Siaran TV OKEY

Dia Random Guy Drama Oke Tv

JUDUL : DIA RANDOM GUY
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Februari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 10:00 malam
SIARAN TV : Okey (RTM)
PENULIS NOVEL : Farah Husain
PENGARAH : MP Roslin
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Tania Hudson, Afiq Muiz, Nazim Othman, Wilma Muhammad, Elanie, Nadhira, Nurul Sofia

Watak Pelakon
Tania Hudson sebagai Alina Suffiya
Afiq Muiz sebagai Zariel Amzar

Drama adaptasi novel Dia Random Guy karya Farah Husain akan menemui penonton di TV Okey mulai 14 Februari 2020. Menampilkan gandingan Afiq Muiz dan Tania Hudson. Disiarkan setiap hari pukul 10 malam di TV Okey (Astro 109, UnifiTv 110 dan Myfreeview 110)

Sinopsis Drama Dia Random Guy

Pertemuan pertama Amzar dan Alina hanyalah kerana salah faham. Alina yang tak mahu digelar ‘loser’ sebab masih belum berteman di kala umur sudah menjejak 30an, pantas menarik lengan Amzar yang kebetulan berada di situ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya bagi mengelak daripada menjadi mangsa sindiran Zufa, musuh tradisinya sejak zaman persekolahan.

Hidup Amzar menjadi huru-hara selepas tercetusnya kisah tunangan segera itu. Bagaikan sudah tersurat, selepas peristiwa itu mereka dipertemukan pula di tempat kerja Alina dan Amzar diperkenalkan sebagai bakal majikan barunya. Amzar menggunakan peluangnya untuk membalas rasa sakit hatinya pada Alina sehingga Alina dibuang kerja dengan alasan untuk mengurangkan beban kewangan syarikat.

Pertemuan Alina dengan Zafril, abang kepada Amzar membawa kisah Amzar dan Alina ke fasa yang lain.

Daripada perasaan benci kepada sebaliknya. Bunga-bunga dalam hati mula berkembang tapi tiba-tiba datang pula gangguan daripada Hairi, bekas teman lelaki Alina yang pernah mencoret luka dalam hidup Alina. Gangguan demi gangguan daripada Hairi dan juga bekas isteri Hairi membuatkan Amzar mengambil kesempatan untuk mengikat Alina dengan syarat.

Loading...

Tags: #Dia Random Guy #Dia Random Guy Siaran TV OKEY #drama Dia Random Guy Siaran TV OKEY #pelakon Dia Random Guy Siaran TV OKEY #sinopsis drama Dia Random Guy Siaran TV OKEY #tania hudson Dia Random Guy Siaran TV OKEY

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.