Produk Minyak Wangi Selebriti Wanita Malaysia

Perfume Selebriti Malaysia

Minyak wangi merupakan salah satu item wajib yang perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja di dunia ini tanpa mengira jantina samada lelaki atau wanita.

Di samping dapat menghindari bau badan yang tidak menyenangkan, parfum mampu meningkatkan keyakinan diri apabila berdepan dengan netizen di luar sana.

Hari ini, pelbagai minyak wangi berjenama tempatan dan antarabangsa terdapat di pasaran.

Selain selebriti luar negara, selebriti tanah air tidak melepaskan peluang menghasilkan wangian buatan sendiri dalam menjana pendapatan kedua mereka.

Untuk kali ini, penulis kongsikan dengan anda mengenai 5 minyak wangi berjenama selebriti wanita Malaysia. Here they are!

1. Rita Rudaini

adorable-perfume-by-Rita-Rudiani Produk Minyak Wangi Selebriti Wanita Malaysia

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik bernama Rita Rudaini ini. Meskipun aktif di pentas lakonan, ibu kepada dua cahaya mata ini turut terlibat dengan dunia perniagaan. Salah satu darinya adalah menjual minyak wangi berjenama Adorable by Rita Rudaini. Dilancarkan pada Disember 2015, wangian berkenaan hadir dengan dua jenis aroma iaitu Classic dan Stunning. Dijual dengan harga RM49.90 sebotol, haruman ini sesuai untuk lelaki dan wanita yang menggemari minyak wangi oud Arab.

2. Ning Baizura

Ning-by-ning-baizura Produk Minyak Wangi Selebriti Wanita Malaysia

Ning Baizura, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan kepada pencinta dunia seni hiburan tanah air. Walaupun sibuk dengan karier seni dan hal ehwal rumah tangganya, penyanyi bersuara soprano ini tidak ketinggalan dalam mengeluarkan haruman jenama sendiri iaitu Ning. Wangian ini diadun dari bunga Afrika jingga, bunga Honeysuckle, Jasmine, limau mandarin berserta vanila, gaharu dan ambar. Buat penggemar bau-bauan yang eksotik, minyak wangi yang berharga RM159.00 ini perlu anda miliki segera.

3. Izreen Azminda

melty-blue-by-izreen-azminda Produk Minyak Wangi Selebriti Wanita Malaysia

Kalau nak tahu, Lurve Me merupakan produk minyak wangi milik aktres cantik iaitu Izreen Azminda. Dilancarkan di Horizon Bangsar South, Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2016 lalu, parfum berkenaan didatangkan dengan empat jenis haruman iaitu Crush Red, Lusty Gold, Craveds Pink dan Melty Blue. Wangian ini boleh didapati di portal urusniaga atas talian, Global Halal Excharge (GHE) dengan harga RM39.90 setiap satu.

4. Kaka Azraff

kreiz-by-kaka-azraff Produk Minyak Wangi Selebriti Wanita Malaysia

Penyanyi serba boleh, Kaka Azraff mengorak setapak lagi apabila menghasilkan minyak wanginya iaitu Kreiz by Kaka Azraff.
Selain tahan lama sehingga lebih 8 jam, minyak wangi ini boleh digunakan ketika solat.
Hadir dengan haruman jenis citrus dan floral, wangian ini boleh didapati dengan harga RM39.00 sebotol.

5. Haiza

haiza-perfume-by-haiza Produk Minyak Wangi Selebriti Wanita Malaysia

Seperti selebriti-selebriti wanita tempatan yang lain, penyanyi dangdut popular negara iaitu Haiza turut serta mengeluarkan wangian bernama Haiza Him & Her. Dijual dengan harga RM70.00 setiap satu, parfum unisex ini diinspirasi dari aroma white floral, amber, woody dan powdery bagi kandungan 35 mililiter.

 

azlan-150x150 Produk Minyak Wangi Selebriti Wanita Malaysia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bau minyak wangi artis #minyak wangi artis #minyak wangi haiza #minyak wangi izreen azminda #Minyak Wangi Jenama Artis Wanita Malaysia #minyak wangi kaka azraff #Minyak Wangi Milik Selebriti Wanita Malaysia #minyak wangi ning baizura #minyak wangi rita rudiani #perfume artis malaysia #produk minyak wangi

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.