Kumpulan K-Pop Wanita Popular Masa Kini

Twice Best Kpop Band

Annyeong K-Pop Lovers! Berbicara tentang K-Pop, pastinya tiada habisnya.

Muziknya yang unik dan berbeza sedikit sebanyak melonjakkan nama beberapa kumpulan K-Pop seperti BigBang, 2NE1, Wonder Girls, Girls Generation, 4Minute, Super Junior dan 2PM.

Fenomena K-Pop bukan sahaja melanda di negara asalnya iaitu Korea Selatan malahan mekar mewangi hingga ke seluruh dunia termasuklah di Malaysia sendiri.

Saban hari, ada sahaja boyband atau girlband yang berbakat dan versatil muncul mewarnai dunia muzik berkenaan.

Buat penggemar muzik K-Pop, penulis kongsikan dengan anda tentang 5 kumpulan K-Pop Wanita Popular Masa Kini. Take a look!

1. BlackPink

BlackPink-kpop-music Kumpulan K-Pop Wanita Popular Masa Kini

Diasaskan pada 8 Ogos 2016, kumpulan BlackPink ini dibarisi oleh empat gadis cantik iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa.

Diuruskan dibawah label YG Entertainment, BlackPink merupakan girlband kedua yang ditubuhkan oleh syarikat rakaman berkenaan selepas 2NE1.

Antara lagu yang mengangkat nama kumpulan ini ke seluruh pelusuk dunia adalah Boombayah, Stay, Playing With Fire dan Whistle.

Sepanjang perjalanan seninya, girlband ini pernah diiktiraf sebagai Best New Artist of the Year di Melon Music Awards, Golden Disc Awards dan Seoul Music Awards.

Terbaharu, kumpulan ini muncul dengan single baru berjudul As If It’s You Last dimana telah dinobatkan sebagai muzik video klip paling banyak ditonton di saluran YouTube iaitu sebanyak 13 juta tontonan dalam masa 24 jam.

2. Red Velvet

Red_Velvet-band-kpop Kumpulan K-Pop Wanita Popular Masa Kini

Dianggotai Irene, Seulgi, Yeri, Wendy dan Joy, girlband popular ini ditubuhkan pada 1 Ogos 2014 dibawah naungan S.M Entertainment.

Mengenengahkan genre muzik R&B dan Elektropop, nama kumpulan ini melambangkan kombinasi Kekuatan dan Keseksian (Red) serta Kelembutan Wanita (Velvet).

Lagu-lagu popular kumpulan ini seperti Ice Cream Cakes, Automatic, Happiness, Be Natural, Dumb Dumb, One Of These Night, Russians Roulette, Little Little dan Rookie.

Girlband ini pernah mengunjungi Malaysia bagi menjayakan konsert I Seoul U pada 23 Mei 2017 dan mempromosi album mini keempat mereka iaitu Rookie pada 24 April 2017.

Untuk rekod, kumpulan ini telah mengeluarkan satu album penuh, empat album mini dan dua single digital setakat ini.

3. Twice

twice-kpop-band Kumpulan K-Pop Wanita Popular Masa Kini

Dibentuk menerusi rancangan realiti survival bernama Sixteen, kumpulan Twice secara rasminya ditubuhkan pada 2015 dibawah pengurusan JYP Entertainment.

Popular dengan lagu-lagu seperti Like Ohh-Ahh, TT, Jelly Jelly, One In Million dan Cheer Up, girlband ini disertai sembilan ahli kumpulan iaitu Nayeon, Jeongyeon, Jihyo, Sana, Mina, Dahyun, Momo, Chaeyoung dan Tzuyu.

Konsert solo pertamanya iaitu Twice 1st Tour: Twiceland The Opening telah berlangsung pada 15 hingga 17 Februari 2017 lalu bertempat di Stadium Bola Baling SK Olympic.

Setakat ini, Twice telah menghasilkan empat album mini iaitu The Story Begin, Page Two, Twicecoaster: Lane 1 dan Signal serta satu album khas bertajuk Twicecoaster: Lane 2.

Kumpulan ini turut diiktiraf di Mnet Asian Music Award 2016 sebagai Song Of The Year menerusi lagu Cheer Up

4. Dream Catcher

dream-catcher-kpop-2017 Kumpulan K-Pop Wanita Popular Masa Kini

Memulakan langkah sebagai girlband pada awal tahun 2017, kumpulan Dream Catcher semakin dikenali ramai terutamanya K-Pop Lovers.

Mereka adalah Ji U, Su A, Siyeon, Gahyeon, Handong, Yoohyun dan Dami.

Sukses dengan single pertama bertajuk Nightmare, kumpulan yang terkenal dengan konsep ‘dark’ ini mengeluarkan single keduanya iaitu Fail Asleep In The Mirror pada 5 April 2017.

Sebelum dikenali dengan Dream Catcher, kumpulan yang bernaung di bawah label Happy Face Entertainment ini menggunakan nama pentasnya sebagai Minx yang aktif sekitar tahun 2014 hingga 2015.

Di samping Nightmare dan Fail Asleep In The Mirror, kumpulan ini juga terkenal dengan lagu bertajuk Chase Me dan Good Night.

5. Gugudan

gugudan-kpop-band Kumpulan K-Pop Wanita Popular Masa Kini

Gugudan merupakan kumpulan wanita pertama yang diuruskan oleh Jellyfish Entertainment.

Girlband ini tertubuh pada 28 Jun 2016 dan dibarisi sembilan anggota yang berbakat luar biasa iaitu Mimi, Hana, Haebin, Nayoung, Sejeong, Hyeyeon, Soyee, Sally dan Mina.

Sehingga hari ini, Gugudan telah menerbitkan dua buah album mini iaitu Act.1 The Little Mermaid dan Act.2 Narcissuc.

Lagu-lagu yang melonjakkan namanya di arena seni muzik Korea adalah Wonderland, Falling, Good Boy, Diary, Rainbow, Perhaps Love, Hate You dan Make A Wish.

azlan-150x150 Kumpulan K-Pop Wanita Popular Masa Kini

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #best kpop band 2017 #blackpink #dream catcher #female kpop band #Girlband K-Pop Masa Kini #gugudan #kumpulan k-pop wanita masa kini #Kumpulan K-Pop Wanita Popular Masa Kini #red velvet #twice

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.