10 Filem Hollywood Termahal Yang Pernah Ditayangkan Di Pawagam!

Pirates Of The Carribean On Stranger Tides Hd Photo

Pernahkah anda tahu filem apakah yang menelan perbelanjaan paling banyak untuk dihasilkan dan berapa pula kos untuk menghasilkan filem tersebut? Pada pos kali ini, penulis menyenaraikan 10 filem yang dihasilkan dengan kos pembikinan termahal sehingga kini. Jom kita semak!

  1. Captain America : Civil War

Captain-America-Civil-War 10 Filem Hollywood Termahal Yang Pernah Ditayangkan Di Pawagam!

Tahun : 2016

Kos pembikinan : $250 juta

Pengarah : Anthony Russo dan Joe Russo

Syarikat Produksi : Marvel Studio

Filem ini merupakan sekuel ketiga bagi dua filem Captain America yang terdahulu iaitu Captain America : The First Avenger pada tahun 2011 dan Captain America : The Winter Soldier pada tahun 2014.

  1. Batman V Superman : Dawn of Justice

Batman-v-Superman-Dawn-of-Justice 10 Filem Hollywood Termahal Yang Pernah Ditayangkan Di Pawagam!

Tahun : 2016

Kos pembikinan : $250 juta

Pengarah : Zack Snyder

Syarikat Produksi : DC Entertainment

Merupakan susulan kepada filem 2013, Man of Steel dan filem kedua dalam DC Extended Universe. Batman v Superman: Dawn of Justice merupakan filem aksi pertama yang menampilkan kedua-dua Batman dan Superman serta filem teater pertama untuk menampilkan aksi Wonder Woman, Aquaman dan Cyborg.

  1. The Hobbit : The Battle of the Five Armies

The-Hobbit-The-Battle-of-the-Five-Armies-Movie 10 Filem Hollywood Termahal Yang Pernah Ditayangkan Di Pawagam!

Tahun : 2014

Kos pembikinan : $250 juta

Pengarah : Peter Jackson

Syarikat Produksi : New Line Cinema

Merupakan sekuel ketiga dan terakhir bagi trilogi filem The Hobbit. Filem The Hobbit: The Battle of the Five Armies ini dibintangi oleh beberapa orang pelakon terkenal, antaranya adalah Benedict Cumberbatch, Hugo Weaving, Martin Freeman.

  1. Harry Potter and the Half-Blood Prince

harry-potter-and-the-half-blood-prince 10 Filem Hollywood Termahal Yang Pernah Ditayangkan Di Pawagam!

Tahun : 2009

Kos pembikinan : $250 juta

Pengarah : David Yates

Syarikat Produksi : Heyday Films

Harry Potter and the Half-Blood Prince adalah filem tahun 2009 yang bertemakan aksi fantasi yang telah difilemkan berdasarkan buku keenam siri Harry Potter yang dikarang oleh J. K. Rowling. Merupakan sekuel ke-6 bagi filem Harry Potter.

  1. Spider-Man 3

Spider-Man-3 10 Filem Hollywood Termahal Yang Pernah Ditayangkan Di Pawagam!

Tahun : 2007

Kos pembikinan : $258 juta

Pengarah : Sam Raimi

Syarikat Produksi : Columbia Pictures, Marvel Entertainment

Merupakan filem ketiga dan terakhir trilogi Sam Raimi dalam siri Spider-Man berdasarkan pada watak Spider-Man Marvel Comics. Filem ini dibintangi Tobey Maguire, Kirsten Dunst, James Franco, Thomas Haden Church, Topher Grace, Bryce Dallas Howard, Rosemary Harris, J.K. Simmons dan James Cromwell.

  1. Tangled

tangled-2010-movie 10 Filem Hollywood Termahal Yang Pernah Ditayangkan Di Pawagam!

Tahun : 2010

Kos pembikinan : $260 juta

Pengarah : Nathan Greno dan Byron Howard

Syarikat Produksi : Walt Disney Animation Studios

Filem muzikal animasi tahun 2010 diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios. Filem ini ialah filem ke-50 dalam siri Animasi Klasik Walt Disney. Kisah filem ini berdasarkan dongeng Jerman,  Rapunzel oleh Brothers Grimm.

  1. John Carter

John-Carter-movie-photo 10 Filem Hollywood Termahal Yang Pernah Ditayangkan Di Pawagam!

Tahun : 2012

Kos pembikinan : $263.7 juta

Pengarah : Andrew Stanton

Syarikat Produksi : Walt Disney Pictures

John Carter merupakan filem sains fiksyen pada tahun 2012 yang mengisahkan pengembaraan antara planet watak utama John Carter, berdasarkan siri novel 11 jilid berjudul Barsoom karya Edgar Rice Burroughs pada tahun 1912-1943. Filem ini dibintangi oleh Taylor Kitsch, Lynn Collin, Samantha Morton dan Willem Dafoe.

  1. Avengers : Age of Ultron

Avengers-Age-of-Ultron 10 Filem Hollywood Termahal Yang Pernah Ditayangkan Di Pawagam!

Tahun : 2015

Kos pembikinan : $279.9 juta

Pengarah : Joss Whedon

Syarikat Produksi : Marvel Studios

Merupakan sekuel kepada filem 2012, The Avengers dan merupakan filem kesebelas dalam

Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Joss Whedon dan dibintangi Robert Downey, Jr., Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Don Cheadle, Aaron Taylor-Johnson, Elizabeth Olsen, Paul Bettany, Cobie Smulders, Anthony Mackie, Hayley Atwell, Idris Elba, Stellan Skarsgård, James Spader dan Samuel L. Jackson. Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik dan mengutip $1.4 bilion di seluruh dunia, menjadikan ia filem dengan kutipan ketiga tertinggi pada tahun 2015 dan filem dengan kutipan keenam tertinggi sepanjang masa. Dua sekuel, Avengers: Infinity War – Part 1 dan Avengers: Infinity War – Part 2 dijadual ditayangkan pada Mei 4, 2018 dan Mei 3, 2019.

  1. Pirates of the Carribean : At World’s End

Pirates-of-the-Carribean-At-World’s-End 10 Filem Hollywood Termahal Yang Pernah Ditayangkan Di Pawagam!

Tahun : 2007

Kos pembikinan : $300 juta

Pengarah : Gore Verbinski

Syarikat Produksi : Walt Disney Pictures

Merupakan filem ketiga dalam siri Pirates of the Caribbean. Plot filem ini berkisarkan anak kapal Black Pearl menyelamatkan Jack Sparrow (Johnny Depp), dan bersedia untuk menentang Syarikat Perdagangan India Timur, diketuai oleh Cutler Beckett (Tom Hollander) dan Davy Jones (Bill Nighy), yang merancang untuk menghapuskan lanun. Gore Verbinski mengarahkan filem ini seperti yang dilakukan kepada 2 filem sebelumnya. Trilogi Pirates of Carribean ini diterbitkan buat pertama kali di layar perak pada 9 Julai 2003 dengan filem Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl. Selepas kejayaan filem pertamanya, Walt Disney Pictures mengumumkan bahawa sebuah trilogi sedang dibuat. Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest diterbitkan 3 tahun kemudian pada 7 Julai 2006. Filem susulan itu ternyata berjaya, memecahkan rekod dunia dalam hari pertama tayangan. Akhirnya ia memperoleh $1,066,179,725 dalam box office dunia, menjadikannya filem ketiga dan paling cepat mencapai jumlah tersebut. Filem ketiga dalam trilogi ini iaitu Pirates of the Caribbean: At World’s End ditayangkan seluruh dunia pada 24 Mei 2007 dan menjadi filem kedua termahal pernah dihasilkan. Keseluruhannya, trilogi ini telah mengaut sebanyak $2.79 bilion seluruh dunia.

  1. Pirates of the Carribean : On Stranger Tides

Pirates-of-the-Caribbean-On-Stranger-Tides-movie 10 Filem Hollywood Termahal Yang Pernah Ditayangkan Di Pawagam!

Tahun : 2011

Kos pembikinan : $378.5 juta

Pengarah : Rob Marshall

Syarikat Produksi : Walt Disney Pictures

Merupakan sekuel ke-4 bagi siri filem Pirates of the Carribean. Filem keempat ini tidak lagi diarahkan oleh Gore Verbinski seperti mana 3 sekuel pertama. Ia mula ditayangkan pada 7 Mei 2011 dan pembikinan filem ini menelan perbelanjaan sebanyak $378.5 juta, menobatkan filem ini sebagai filem paling mahal pernah dihasilkan sepanjang zaman. Tayangan pada minggu pertama mencapai kutipan pecah panggung dengan kutipan berjumlah $90,151,958 dan keseluruhannya memperoleh kutipan sebanyak $1,045,713,802 selama 19 minggu tayangan di 4164 pawagam di seluruh dunia.

IMG_20171206_114610-150x150 10 Filem Hollywood Termahal Yang Pernah Ditayangkan Di Pawagam!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #10 Filem Hollywood Termahal Yang Pernah Ditayangkan Di Pawagam #filem paling mahal #filem paling mahal di dunia #filem terbaik #filem termahal #filem termahal sehingga 2017 #hollywood #kos filem paling mahal di dunia #senarai filem #top 10

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.