Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!

Air Terjun

Pernahkah anda mengetahui apakah air terjun yang tertinggi di dunia dan di manakah lokasinya? Jika di negara kita Malaysia, air terjun tertingginya iaitu Air Terjun Jelawang yang terletak di Taman Negeri Gunung Stong, Kelantan cukup terkenal dengan ketinggian yang direkodkan sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara, tetapi tahukah anda bahawa ketinggian Air Terjun Jelawang di Malaysia masih belum mampu untuk tersenarai dalam senarai 50 air terjun di dunia di mana air terjun yang ke-50 tertinggi di dunia memiliki ketinggian 218 meter iaitu Air Terjun Feigum yang terletak di Lusterfjord, Norwegia.

Berikut ialah senarai 10 air terjun tertinggi di dunia.

  1. Air Terjun Browne (Browne Falls)
Browne-Falls-New-Zealand-300x300 Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!

Photo http://www.dangerous-business.com

  • Ketinggian : 836 meter
  • Lokasi : Doubtful Sound, South Island
  • Negara : New Zealand
  • Air Terjun Browne merupakan air terjun yang terletak di atas Doubtful Sound, lokasinya di Taman Negara Fiordland dengan ketinggian 836 meter. Punca airnya berasal dari Tasik Browne.
  1. Air Terjun James Bruce (James Bruce Falls)
James-Bruce-Falls-canada-300x300 Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!

Photo http://www.uniworldnews.org

  • Ketinggian : 840 meter
  • Lokasi : British Columbia
  • Negara : Canada
  • Air Terjun James Bruce merupakan air terjun tertinggi di benua Amerika Utara dan yang ke-9 tertinggi di dunia. Terletak di Princess Louisa Marina Provincial Park di British Clolumbia, Canada, ia berpunca dari padang salji.
  1. Air Terjun Pu’uka’oku (Pu’uka’oku Falls)
Pu’uka’oku-Falls-hawaii-300x300 Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!

Photo www.flickr.com

  • Ketinggian : 840 meter
  • Lokasi : Hawaii
  • Negara : Amerika Syarikat
  • Air Terjun Pu’uka’oku terletak di kepulauan Hawaii. Ia mempunyai beberapa terjunan air dengan jumlah ketinggian yang direkodkan setinggi 840 meter.
  1. Balaifossen Falls
Balaifossen-Norway-300x300 Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!

Photo http://www.europeanwaterfalls.com

  • Ketinggian : 850 meter
  • Lokasi : Hordaland
  • Negara : Norway
  • Terletak di Hordaland, Norway, Balaifossen merupakan air terjun kedua tertinggi di Norway dan benua Eropah.
  1. Vinnufossen Falls
vinnufossen-falls-norway-300x300 Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!

Photo https://en.wikipedia.org

  • Ketinggian : 860 meter
  • Lokasi : More og Romsdal
  • Negara : Norway
  • Terletak di bahagian timur sebuah kampung bernama Sunndalsora di dalam daerah Sunndal di More og Romsdal, Norway; Vinnufossen merupakan air terjun tertinggi di benua Eropah. Ia berpunca dari Sungai Vinnu yang mengalir turun dari pergunungan Vinnufjellet dan glasier Vinnufonna.
  1. Catarata Yumbilla (Yumbilla Falls)
Olo’upena-Falls-USA-300x300 Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!

Photo http://www.wondermondo.com

  • Ketinggian : 896 meter
  • Lokasi : Amazonas
  • Negara : Peru
  • Terletak di Amazonas, Peru, ia merupakan air terjun kelima tertinggi di dunia. Walaupun air terjun ini mempunyai ketinggian yang mengagumkan, namun kuantiti airnya tidak banyak.
  1. Air Terjun Olo’upena (Olo’upena Falls)
Olo’upena-Falls-USA-300x300 Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!

Photo http://www.wondermondo.com

  • Ketinggian : 900 meter
  • Lokasi : Molokai, Hawaii
  • Negara : Amerika Syarikat
  • Terletak di bahagian tenggara pulau Molokai di kepulauan Hawaii, air terjun ini merupakan air terjun ke-4 tertinggi di dunia. Airnya mengalir terjun dari tepi sebuah tebing tinggi yang merupakan salah satu tebing tertinggi di dunia, terletak di antara lembah Wailau dan Pelekunu. Ia hanya boleh diakses melalui jalan laut dan udara sahaja.
  1. Cataratas las Tres Hermanas (Tres Hermanas Falls)
Tres-Hermanas-Falls-Peru-300x300 Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!

Photo http://www.victoriafalls-guide.net

  • Ketinggian : 914 meter
  • Lokasi : Taman Negara Otishi, Junin
  • Negara : Peru
  • Terletak di Ayacucho, Peru, air terjun ini tidak mempunyai kuantiti aliran yang besar tetapi tidak dinafikan ketinggian terjunan airnya adalah sangat tinggi, menobatkan air terjun ini sebagai yang ketiga tertinggi di dunia.
  1. Air Terjun Tugela (Tugela Falls)
Tugela-Falls-South-Africa-300x300 Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!

Photo http://www.victoriafalls-guide.net

  • Ketinggian : 948 meter
  • Lokasi : KwaZulu-Natal
  • Negara : Afrika Selatan
  • Dengan jumlah 5 terjunan setinggi 948 meter, air terjun Tugela merupakan air terjun kedua tertinggi di dunia. Ia terletak di Drakensberg di pergunungan Dragon dalam Taman Negara Diraja Natal di KwaZulu-Natal, Afrika Selatan. Ia mudah untuk dilihat dari jalan utama untuk masuk ke taman negara selepas berlakunya hujan lebat.
  1. Air Terjun Angel (Angel Falls)
Angel-Falls-venezuela-300x300 Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!

Photo http://travelercorner.com

  • Ketinggian : 979 meter
  • Lokasi : Taman Negara Canaima, Bolivar
  • Negara : Venezuela
  • Dengan terjunan terus ke bawah setinggi 979 meter, Air Terjun Angel merupakan air terjun tertinggi di dunia. Air terjun ini terjunam dari tepi Gunung Auyantepui yang terletak dalam Taman Negara Canaima di daerah Gran Sabana, dalam negeri Bolivar di Venezuela.
Loading...

Tags: #10 air terjun paling tinggi #10-air-terjun-tertinggi-di-dunia #air terjun #air terjun tertinggi #air terjun tertinggi di dunia #angel falls #senarai air terjun #top 10 #tres hermanas falls #tugela falls

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Comments are closed.