11 Puasa Sunat Yang Menjanjikan Kelebihan Oleh Allah S.W.T

Puasa Sunat

Puasa Sunat ialah puasa yang dikerjakan pada sebarang masa, hanya dengan harapan balasan dan keampunan dari Allah sahaja (tidak diwajibkan). Puasa sunat ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja jika berdaya kecuali pada hari-hari yang terlarang dan dimakruhkan berpuasa padanya.

Jenis-jenis ibadah puasa yang sunat dilakukan ;

1.  Puasa Enam

Dikerjakan sehari sesudah hari Raya Puasa.  Puasa enam hari itu boleh dikerjakan secara berturut-turut dan boleh juga berselang hari (tidak berturut-turut), tetapi hendaklah tetap dikerjakan dalam bulan Syawal sahaja.

2.  Puasa awal bulan Zulhijjah sampai 8hb Zulhijjah.

Disebut juga sebagai puasa sebelum Hari Raya Haji.

3.  Puasa hari Arafah pada 9hb Zulhijjah.

Orang yang mengerjakan haji lebih baik jangan berpuasa pada hari ini.

4.  Puasa pada 9hb Muharram.

5.  Puasa pada hari Asyura iaitu pada10hb Muharram.

6.  Puasa pada bulan Rajab seberapa hari yang mampu.

7.  Puasa dalam bulan Syaaban.

Boleh berpuasa dari awal sampai akhirnya kecuali pada hari syak iaitu pd 30hb Syaaban iaitu satu hari sebelum Ramadhan. Sesiapa yang berpuasa sehari di dalam bulan syaaban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada Nabi Allah Yusof di dalam syurga.  Hari Nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.  Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.

8.  Puasa pada hari Isnin dan Khamis.

9.  Puasa tiga hari pada tiap-tiap bulan Qamariah (Bulan Islam)

10.  Puasa pada hari putih iaitu pada 13, 14 dan 15 haribulan dalam bulan Islam

11.  Puasa berselang hari.

Sehari berpuasa, sehari berbuka, kemudian berpuasa pula dan demikianlah seterusnya.

Loading...

Tags: #jenis-jenis puasa sunat #kelebihan puasa sunat #puasa bulan syaaban #puasa enam #puasa isnin dan khamis #puasa sunat #puasa sunat enam

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Comments are closed.