4 Manfaat Cuka Epal Perlu Anda Ketahui!

Khasiat Cuka Epal

Cuka epal bukan sahaja digunakan untuk menyedapkan sesuatu masakan malahan dimanfaatkan dalam kesihatan dan kecantikan diri.

Tahukah anda, cuka epal terhasil dari proses penapaian jus epal yang sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat seperti kalsium, antioksidan, kalium dan serat yang bagus untuk tubuh badan kita.

Dengan cuka epal, anda tidak perlu lagi membazir wang untuk membeli barangan produk kecantikan dan kosmestik yang berharga ratusan ringgit.

Kandungan cuka epal seperti dalam rajah di bawah ;

kandungan-cuka-epal 4 Manfaat Cuka Epal Perlu Anda Ketahui!

Nah, ini 4 manfaat cuka epal yang perlu anda ketahui!

1. Merawat Kulit Muka

Buat anda yang mengalami masalah jerawat dan kulit berminyak, cuka epal mampu mengatasinya jika digunakan secara rutin. Semudah ABC, sapukan cuka epal pada wajah dengan kapas dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih.

2. Memutihkan Gigi

Ingin memutihkan gigi secara semula jadi? Cuka epal merupakan salah satu yang perlu anda cuba dirumah. Anda hanya perlu berkumur dengan cuka epal setiap pagi selepas menggosok gigi. Bukan sahaja membersihkan gigi bahkan dapat menghilangkan bau mulut dan membunuh bakteria di gusi.

3. Kulit Terbakar Akibat Matahari (Sunburn)

Apabila terdedah dibawah sinaran matahari, anda pastinya terkena mengalami kulit terbakar atau dikenali sebagai Sunburn. Jangan khuwatir! Sapukan cuka epal di tempat yang terkena sunburn dengan menggunakan kapas. Insya-Allah, cuka epal dapat mengurangi rasa sakit dan mempercepatkan proses penyembuhan.

4. Kesihatan Rambut

Kelemumur, rambut bercabang dan berbau kurang menyenang merupakan sebahagian masalah yang dialami oleh kita semua lebih-lebih lagi golongan wanita. Untuk rambut yang lebih sihat, hitam dan bersinar, sapukan cuka epal di seluruh kulit kepala dan rambut. Usap perlahan-lahan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Apa tunggu lagi, rawatlah rambut anda dengan menggunakan cuka epal.

 

azlan-150x150 4 Manfaat Cuka Epal Perlu Anda Ketahui!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cuka Epal #Kebaikan Cuka Epal #khasiat cuka epal #Manfaat Cuka Epal Untuk Kecantikan Diri #Manfaat Disebalik Cuka Epal #Sihat Cantik Dengan Cuka Epal

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.