‘Bangkit Bersama’, Lagu Tema Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Lirik Lagu Bangkit Bersama Dayang Nurfaizah

Korang sudah dengar lagu tema Sukan SEA Kuala Lumpur 2017?

Lagu berjudul ‘Bangkit Bersama’ ini dinyanyikan oleh penyanyi bervokal mantap iaitu Dayang Nurfaizah.

Menariknya, lirik lagu ini ditulis hasil sumbangan idea rakyat Malaysia manakala muziknya digubah oleh komposer terkenal, Datuk Ramli MS.

Lagu pemangkin semangat ini telah dilancarkan oleh Menteri Sukan & Belia, Khairy Jamaluddin di Pavillion, Bukit Bintang baru-baru ini.

Lagu ini melengkapkan dua lagu tema yang lain bertajuk ‘Tunjuk Belang’ dendangan MonoloQue, Azlan Typewriter dan MaliQue serta ‘So Many Hands’ yang disampaikan oleh Miq Palencia untuk iklan rasmi kejohanan tersebut.

Lagu-lagu ini akan bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena majlis perasmian Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 nanti.

Untuk info, temasya dua dwi tahunan ini bakal melibatkan 11 buah negara di seluruh Asia Tenggara bermula 19 hingga 30 Ogos 2017.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat kesukanan dalam memeriahkan kejohanan terhebat ini.

Lirik Lagu Bangkit Bersama – Dayang Nurfaizah

Cinta ini cinta yang mulia
Tercipta sudah bandingan tiada
Tak berbeza tiada warna
Batasan tiada antara semua
Semangat mu api yang membara
Kesetiaan untuk negara ku

Bersama semua satu suara
Sambutlah temasya kebangaan kita
Berbeza tiada antara kita
Bangun bangun semua bangkit bersama

Impian ku harapkan muga terlaksana
Walau apa rintangan ditentangi jua
Genggaman juara lembaran sejarah
Di hati ku hanya kamu juara agung ku

Kesungguhan dan keyakinan
Yang membawa kejayaan

Bersama semua satu suara
Sambutlah temasya kebangaan kita
Berbeza tiada antara kita
Bangun bangun semua bangkit bersama

Impian ku harapkan muga terlaksana
Walau apa rintangan ditentangi jua
Genggaman juara lembaran sejarah
Di hati ku hanya kamu juara agung ku

 

azlan-150x150 'Bangkit Bersama', Lagu Tema Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Bangkit Bersama #Bangkit Bersama Dayang Nurfaizah #Bangkit Bersama Lagu Tema Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 #kuala lumpur 2017 sea games #Lagu Rasmi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 #Lagu Sukan SEA 2017

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.