Drama Demi Rindumu Astro Ria, Sinopsis dan Pelakon

Drama Demi Rindumu Astro Ria, Sinopsis Dan Pelakon

Drama adaptasi novel ‘Demi Rindumu’ karya Diya Jamal ini ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria. Drama ini dibintangi oleh Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim dan Elvina Mohamad. Drama terbitan Zamriez Golden Picture, arahan Haris Fadilah. Disiarkan bermula 7 Oktober 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Drama 16 episod ini mengisahkan Nurhana (lakonan Janna Nick) pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul (lakonan Norman Hakim) ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan.

Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya.

Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.

Biarpun mereka hanya mengenali diri masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk menghentikan perkahwinan abangnya dengan Rania. Mari sama-sama kita saksikan kesudahan drama ini.

JUDUL : DEMI RINDUMU
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 7 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Okthi Amra
PENULIS NOVEL : Diya Jamal
PENGARAH : Haris Fadzillah
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim, Elvina Mohamad, Sherry Ibrahim, Riz Amin, Aleza Shadan, Mustapha Kamal, Azri Sabri, Raja Norbaizura, Hafeez Mikael, Fazli Daniel Ali, Qazem Nor, Naim Shamsul

Pelakon / Watak
Sean Lee sebagai Haznik
Janna Nick sebagai Nurhana
Norman Hakim sebagai Nasrul
Elvina Mohamad sebagai Rania
Azri Sabri sebagai Izlan
Mustapha Kamal sebagai Hussin / Hassan
Raja Norbaizura sebagai Mariam
Hafeez Mikael sebagai Muzaffar
Riz Amin sebagai Johar
Sherry Ibrahim sebagai Suraya
Aleza Shadan sebagai Aida
Fazli Daniel Ali sebagai Irwan
Qazem Nor sebagai Fadhil
Naim Shamsul sebagai Aditya

Lagu OST Drama
Yang Satu – Akim & The Majistret
Khayal – Stacy

Loading...

Tags: #demi rindumu #Drama Demi Rindumu Astro Ria #Drama Demi Rindumu janna nick #drama janna nick dan sean lee #janna nick drama 2019 #pelakon drama demi rindumu #sinopsis drama demi rindumu

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.