Drama Setelah Ku Dimiliki TV3, Sinopsis dan Pelakon

Drama Setelah Ku Dimiliki TV3, Sinopsis Dan Pelakon

Drama adaptasi novel Setelah Ku Dimiliki karyaan Zaza Qry ini disiarkan di Slot Akasia TV3. Drama ini dibintangi oleh pelakon sensasi Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah.

Drama bersiri 28 episod ini mengisahkan tentang Sarrafia (lakonan Intan Najuwa) yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Azirah. Setelah dua tahun di pusat jagaan tersebut, lelaki yang tidak pernah dia lupakan itu tiba-tiba muncul semula dalam hidupnya. Walau bagaimanapun, Adriz (lakonan Zul Ariffin) yang telah kehilangan ingatannya, tidak dapat mengenali siapa Saraffia.

Pada sebelum ini Adriz merupakan seorang lelaki yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah. Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah. Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali Rumah Azirah sempena nama maknya. Di sana dia diperkenalkan dengan Sarrafia.

Adriz telah membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarrafia namun wanita itu sering mengelak daripada bertemu dengannya. Adriz berasa sangat hairan dengan tingkah laku Sarrafia. Apakah hubungan antara mereka berdua sebenarnya? Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini? Mari kita saksikan kesudahan cerita menarik ini di Slot Akasia TV3

JUDUL : SETELAH KU DIMILIKI
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis & Dayang Kartinah Said
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan

Pelakon / Watak
Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmi Reza sebagai Haqif
Rahhim Omar sebagai Encik Rahimin
Kuza sebagai Bonda Ummi

logo-150x150 Drama Setelah Ku Dimiliki TV3, Sinopsis dan Pelakon

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Drama Setelah Ku Dimiliki TV3, Sinopsis dan Pelakon

Loading...

Tags: #Drama Setelah Ku Dimiliki intan najuwa #Drama Setelah Ku Dimiliki masa tayangan #Drama Setelah Ku Dimiliki pelakon #Drama Setelah Ku Dimiliki TV3 #Drama Setelah Ku Dimiliki zul ariffin #slot akasia Drama Setelah Ku Dimiliki

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.