Resipi Sambal Telur Scramble

Resipi Sambal Telur Scramble

Bahan-bahan :

  • 5 biji telur ayam
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 2 biji bawang besar dipotong baji
  • sedikit air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan ditumbuk lumat :

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 1 sudu makan udang kering

Cara memasak :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis sehingga wangi dan garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Masukkan bawang besar yang dipotong baji. Masak sehingga bawang layu. Angkat dan ketepikan.
  5. Menggunakan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak dan panaskan.
  6. Masukkan ke semua biji telur. Kacau hingga hancur dan menjadi scramble egg.
  7. Masukkan semula sambal tumis tadi ke dalam kuali berisi scramble egg tadi dan kacau serata.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Loading...

Tags: #Resipi Sambal Telur Scramble #sambal telur hancur #Sambal Telur Scramble

Resipi Ikan Jenahak Bakar Sambal
Ikan Jenahak bakar sambal ini amat sesuai dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman,
Jom Belajar Memasak Bakso Ala Indonesia!
Bahan-bahannya: *Resepi untuk 7 hingga 8 orang makan. 1/2 bungkus bihun dicelur hingga
Resipi Kerabu Kaki Ayam
Bahan-bahannya : 12 ketul kaki ayam dibersihkan dan dipotong dua 1 biji bawang
Cara Menyediakan Jus Kedondong Asam Boi
Bahan-bahan : 12 biji buah kedondong 10 biji asam boi jenis putih 4

Comments are closed.