Tukun, Unjam, Payao Lubuk Kaki Pancing Malaysia

Ikan Pelagik

Definisi peranti pengumpul ikan

Peranti pengumpul ikan menurut Akta Perikanan 1985 ialah apa-apa struktur atau peranti dari jenis yang kekal atau separa kekal yang dibuat daripada apa-apa bahan dan digunakan untuk menarik atau mengumpul ikan bagi maksud menangkap ikan.

Sejarah pembangunan tukun di Malaysia

Pembangunan tukun tiruan di Malaysia bermula sejak tahun 1970-an di mana ia diperkenalkan oleh Tentera Udara DiRaja Australia yang berpangkalan di Butterworth. Pada tahun 1975, Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan pembangunan tapak-tapak tukun tiruan yang diperbuat daripada tayar-tayar terpakai. Selepas itu, terdapat pelbagai rekabentuk tukun tiruan telah dibina daripada pelbagai bahan binaan seperti bot, seramik, PVC dan konkrit.

Antara tahun 2006-2010, Jabatan Perikanan Malaysia telah membina tukun tiruan berasakan konkrit dengan bersaiz besar dengan keberatan sehingga 4 tan. Kini, sebanyak 115 tapak tukun tiruan telah berjaya dibangunkan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).

Perbezaan tukun, unjam dan payao

Tukun

Tukun adalah struktur kekal di dalam dasar laut. Tujuan tukun adalah untuk konservasi dan rekreasi. Sebagai contoh tukun konkrit, karaman, pelantar minyak terpakai. Kebiasaan tukun dibina menggunakan dana kerajaan ataupun swasta melalui kaedah CSR. Rujuk rekaan dan jenis tukun di Malaysia.

Bentuk Tukun Rekreasi Dof Malaysia

Unjam

Unjam adalah struktur bahan semulajadi (seperti daun kelapa) yang terapung di permukaan air. Ia bertujuan untuk mengumpulkan ikan bagi penangkapan oleh vesel-vesel perikanan komersial dan tradisi. Kebiasaannya unjam dibina oleh nelayan dan kedudukan unjam adalah antara 5 batu nautika dan ke atas. Unjam di kawasan persisiran pantai pada jarak 3 hingga 5 batu nautikan dari garis pantai kebanyakkan adalah dibina oleh nelayan sampan tradisi yang menggunakan peralatan seperti kail-mengail dan bubu. Manakala unjam dasar laut pada kedudukan 30 batu nautika dibina oleh pemilik vesel penangkapan ikan komersil peralatan pukat jerut ikan. Di kawasan pantai barat seperti di Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor unjam dikenali sebagai tuas.

Pembinaan Unjam Nelayan Tradisi Tempatan

Payao

Payao adalah struktur daripada bahan sintetik di permukaan air. Ini bertujuan menwujudkan kawasan konservasi dan perikanan rekreasi bagi spesis ikan pelagik seperti ikan tenggiri, ikan belitong, ikan kembong, ikan selayang, tikan talang, ikan gerong belang, ikan cupak, ikan jemuduk, ikan selar, ikan alu-alu, ikan aya, ikan tuna dan sebagai perlindungan anak ikan. Kebanyakkan payao dibina dengan menggunakan dana kerajaan ataupun pihak swasta (CSR).

Teknik Pembinaan Payao

Kepentingan tukun, unjam dan payao dalam pemuliharaan sumber perikanan marin

  • Membantu meningkatkan sumber perikanan marin.
  • Membantu meningkatkan hasil tangkapan dan pendapatan nelayan.
  • Membantu mewujudkan kawasan baru pertumbuhan terumbu karang.
  • Membantu mewujudkan habitat baru dan kawasan perlindungan sumber perikanan marin.
  • Membantu menghalang aktiviti penangkapan ikan peralatan tidak mesra sumber di kawasan perairan pantai.
  • Membantu mewujudkan mekanisma menahan ombak dan arus.
  • Mewujudkan kawasan agro-pelancongan untuk aktiviti rekreasi.
  • Menjadikan peranti mengumpul ikan sebagai alat pengurusan sumber perikanan.

Gambar menarik tukun, unjam dan payao

Tukun Bot Pembinaan Tukun Rekreasi Oleh Dof Malaysia

Proses Membina Unjam Oleh Nelayan TempatanUnjam Atau Tuas

Proses Meabuh Payao Di Laut

Bentuk Tukun Rekreasi Dof MalaysiaSpesis Ikan Pelagik Yang Menghuni UnjamRezeki Kaki Pancing Dengan Bot Pancing 38Hasil Dari Trip Pemancing Pada 26 April 2016

 


Artikel Berkaitan

Tags: #apa itu tukun #apakah fungsi tukun #apakah payao #apakah unjam #definisi alat pengumpul ikan #kepentingan payao #kepentingan tukun #kepentingan unjam #lubuk pemancing rekreasi #Perbezaan tukun #sejarah tukun tiruan #spesis ikan menghuni unjam tukun payao tuas #unjam dan payao

Kelebihan, Kekurangan Dalam Konsep Hibah ASB
Kelebihannya hibah ASB Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda
Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran
Apakah konsep Hibah ASB? Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di
Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera
Soal jawab mengenai Hibah ASB 1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Prosedur Menuntut Harta Pelaburan Melalui Konsep Hibah ASB
Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut

Leave a reply "Tukun, Unjam, Payao Lubuk Kaki Pancing Malaysia"