Penyakit Ikan Marin, Tahap Jangkitan & Punca Kematian

Penyakit Ikan Marin

Tahap jangkitan penyakit ikan marin

  • Akut

Kadar kematian yang tinggi, bilangan ikan yang dijangkiti sekali gus atau banyak, dalam suatu jangka masa yang singkat. Kebiasaannya tiada atau kurang simptom klinikal yang jelas. Ia boleh juga disebabkan oleh faktor-faktor selain daripada pathogen.

  • Kronik

Kadar kematian seragam dan sukar untuk mengesan kemuncak kematian atau `morbidity’. Terdapat simptom klinikal yang serius dan berpanjangan (minggu – bulan). Kadang-kala boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi.

  • Latent (tersembunyi)

Organisma penyebab penyakit wujud tetapi hos tidak menunjukkan simptom klinikal yang jelas. Kematian sedikit atau tiada langsung dalam keadaan ini. Ia boleh juga dikaitkan dengan jangkitan virus.

Jenis Penyakit Ikan

Apakah punca corak kematian ikan?

  • Agen jangkitan penyakit
  • Toksik
  • Pemakanan
  • Kemerosotan kualiti air
Peratus Kematian Ikan Dengan Punca Kematian Ikan

Peratus Kematian Ikan Dengan Punca Kematian Ikan

Apakah istilah yang biasa digunakan dalam penyakit ikan?

  • Sirip pecah

Ikan Sirip Pecah

a) Kronik/Latent
b) Akibat serangan patogen yang patogenik di sirip
c) Jangkaan: – bakteria – faktor fizikal/kimia
d) Teknik sampel – patogen(bakteria)

  • Sisik tertanggal, reput ekor dan sirip

Gambar Sisik Tanggal, Reput Ekor, Sirip

a) Kronik/Latent
b) Akibat serangan patogen yang patogenik di otot, kulit atau sirip
c) Jangkaan: – parasite/bakteria – faktor fizikal/kimia
d) Teknik sampel – patogen(parasite & bakteria)

  • `Turbidity of the skin’ (banyak lendir)

Turbidity Of The Fish Skin

a) Akut/Kronik/Latent
b) Kemunculan lapisan putih/penampilan keruh di kulit dan sukar diperhatikan. Biasanya banyak lendir dihasilkan. c). Jangkaan: – parasit/virus/alga bloom – faktor kimia
d) Teknik sampel – patogen, alga bloom & bahan kimia di air

  • Tompok merah pada badan atau`haemorrhagic lesions

Tompok Merah Pada Badan, Haemorrhagic Lesions Fish

a) Kronik/Latent
b) Akibat pendarahan di tisu yang cedera pada kulit/sirip
c) Jangkaan: – bakteria – luka – pencemaran
d) Teknik sampel – patogen, alga bloom & bahan kimia di air

 

  • Mata terbonjol keluar atau pop-eye disease, exophthalmos

Mata Ikan Terbonjol Keluar

a) Akut/Kronik/Latent
b) Akibat pengumpulan cecair atau tisu di dalam atau di sekeliling mata
c) Jangkaan: – bakteria – pencemaran – malnutrition
d) Teknik sampel – patogen & bahan kimia di air

  • Perut bengkak, swollen belly, ascites

Gambar Perut Ikan Bengkak

a) Kronik/Latent
b) Akibat peningkatan kandungan basahan
c) Jangkaan: – bakteria – parasite – virus – malnutrition
d) Teknik sampel – patogen & nutrien makanan ikan

  • Anus terbonjol keluar dan tanda merah

Gambar Anus Ikan Terbonjol Keluar

a) Akut/Kronik/Latent
b) Selalunya ditemui bersama dengan tanda perut bengkak
c) Jangkaan: – bakteria
d) Teknik sampel – pathogen

  • Ulser

Gambar Ulcer Ikan

a) Kronik/Latent
b) Selalunya ditemui dalam kawasan yang mengalami inflamasi
c) Jangkaan: – bakteria – parasite
d) Teknik sampel – pathogen

  • Bintik putih pada badan, mata dan sirip

Bintik Putih Pada Badan, Mata Dan Sirip

 

a) Akut
b) Bintik putih pada kulit, sirip atau mata
c) Jangkaan: – parasite
d) Teknik sampel – patogen (smear pada badan dan insang)

  • Tompok putih, kuning, hitam pada badan ikan

Gambar Tompok Putih Kuning Hitam Pada Ikan

a) Latent
b) Tompok atau bonjolan pada sirip/kulit
c) Jangkaan: – parasite
d) Teknik sampel – patogen (smear pada organ terlibat)

  • Mata kelabu, cloudy eyes

Gambar Penyakit Mata Ikan Kelabu

a) Kronik/Latent
b) Satu atau kedua belah mata berwarna putih/kelabu
c) Jangkaan: – parasite – bakteria – luka
d) Teknik sampel – pathogen

  • Emaciation

Gambar Emaciation Pada Ikan

a) Latent
b) Perut yang kempis akibat hilang selera makan atau sangat lapar
c) Jangkaan: – parasite – virus – bakteria
d) Teknik sampel – pathogen

  • Badan berubah warna

Gambar Badan Ikan Berubah Warna

a) Akut/Kronik/Latent
b) Warna badan berubah dari warna asal ke warna yang lebih cerah atau gelap
c) Jangkaan: – bakteria – virus – faktor fizikal/kimia – faktor tekanan
d) Teknik sampel – pathogen

  • Berenang dalam keadaan yang tiada arah

Gambar Penyakit Ikan Berenang Tak Tentu Arah

a) Akut/Kronik/Latent
b) Berada di permukaan air atau bergerak dalam keadaan yang tiada arah
c) Jangkaan: – parasite – faktor fizikal/kimia – pencemaran – kualiti air yang merosot
d) Teknik sampel – patogen

Loading...

Tags: #akut #Anus terbonjol keluar dan tanda merah #ascites #Bintik putih pada badan #cloudy eyes #Emaciation #exophthalmos #haemorrhagic lesions #hitam pada badan ikan #ikan kerapu hibrid #istilah yang biasa digunakan dalam penyakit ika #jenis penyakit ikan #kronik #kuning #latent #mata dan sirip #Mata kelabu #penyakit ikan #penyakit ikan laut #penyakit ikan siakap #Perut bengkak #pop-eye disease #punca corak kematian ikan #sebab Berenang dalam keadaan yang tiada arah #swollen belly #Tahap jangkitan penyakit ikan marin #Tompok putih #Turbidity of the skin #Ulser pada ikan

Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3 biji cili padi 1 biji
Cara Menyimpan Ikan Supaya Kekal Segar Dan Tahan Lama
Bagi anda yang sibuk dan berkerjaya, pastinya menjadi masalah untuk ke pasar setiap
Cara Memilih Enjin Sangkut Yang Sesuai Untuk Bot Fiber Anda, Kaki Pancing Nak Beli Bot Boleh Rujuk Artikel Ini!
Jika anda mempunyai minat dalam aktiviti sport fishing di laut, anda bukan sahaja

Comments are closed.