Rekaan Dan Jenis Tukun Tiruan Di Perairan Malaysia

Tukun Kelantan Rekreasi

Apakah krateria tukun tiruan di Malaysia

Tukun tiruan konkrit dibina daripada campuran simen, pasir dan batu manakala kerangka tetulangnya adalah daripada besi. Setiap pembinaan tukun perlu mematuhi piawaian BS8110 (Structural Use for Concrete). Kriteria ini ditetapkan untuk memastikan semua modul tukun berfungsi dengan baik dan tahan sehingga sekurang-kurangnya 50 tahun. Sehingga kini terdapat 21 jenis tukun telah diperkenalkan di Malaysia.

Bermula dari tahun 2010, Garis Panduan Melabuh Tukun (Guidelines for the Placement of Artificial Reefs) yang dikeluarkan oleh United Nation Enironmental Program(UNEP) telahpun digunapakai oleh agensi bertanggungjawab di Malaysia iaitu DOF (Department of Fisheries). Mengikut garis panduan ini, bahan untuk membina tukun tiruan bukanlah untuk sebagai tujuan melupus tetapi untuk meningkatkan produktiviti sumber perikanan setempat.

Antara aspek dalam merekabina tukun tiruan ialah ia mestilah mempunyai ciri-ciri seperti ;

  • Terhindar dari rintangan arus yang kuat.
  • Tidak mudah terbenam ke dasar disebabkan pergerakan arus.
  • Mampu menghalang daripada diseret oleh pukat tunda.
  • Menggunakan bahan yang mesra sumber.
  • Menyediakan ruang untuk hidupan laut berlindung.
  • Sesuai sebagai kawasan pembiakan ikan.
  • Sesuai untuk perlindungan anak ikan atau peringkat juvenil ikan.
  • Menggunakan bahan yang tahan karat seperti konkrit.

Berikut merupakan jenis utama tukun yang dibina di Malaysia oleh DOF ;

Tukun Dasar Lembut (4 jenis)

  • Mempunyai berat 14 hingga 23 tan metrik. Tukun ini telah mula dilabuhkan pada tahun 2006 berhampiran Pulau Payar, Kedah dan Kuala Langat, Selangor. Tukun jenis ini sangat sesuai untuk dasar berlumpur.

Tukun Dasar Lembut Penghalang Pukat Tunda

  • Tukun jenis ini dihasilkan pada tahun 2010. Ia mempunyai berat sehingga 32 tan metrik.

Tukun Dasar Lembut Juvenil Dasar

  • Tukun jenis adalah paling berat dihasilkan. Berat tukun ini boleh mencecah sehingga 42 tan metrik. Ia merupakan tukun paling berat dilabuhkan sehingga kini.

Tukun Tetrapod (2 jenis)

  • Tukun ini mula dihasilkan antara tahun 2006 sehingga 2008. Lazimnya tukun jenis ini dilabuhkan di kawasan muara sungai ataupun pelabuhan. Ia juga berfungsi sebagai benteng pemecah ombak dan menghalang hakisan pantai apabila daripada ombak yang deras. Tukun tetrapod juga diletakkan dikawasan yang sering berlaku pencerobohan kawasan tangkapan oleh vesel komersil seperti di perairan Mersing, Johor.

Tukun Udang Karang (2 jenis)

  • Tukun jenis ini dihasilkan pada tahun 2008. Rekaan pada tingkat bawah dan tingkat atas dibina empat petak pada dua sisi yang bertentangan. Petak ini dikhaskan untuk didiami oleh spesis udang karang. Pada tingkat paling atas pula, disediakan ruang sebagai habitat ikan. Penghasilan rekaan tukun ini telah berjaya menarik perhatian beberapa spesis udang karang dewasa antaranya ialah udang karang spesies Panulirus polyphagus yang ditemui berada di dalam lubang tukun semasa pemantauan dijalankan di Pulau Tinggi, Johor selepas 10 bulan ia dilabuhkan. Antara lokasi dilabuhkan tukun jenis ini ialah di Pulau Tinggi (Johor), Tg. Kabung, Kg. Layang Layangan (Labuan) dan Kuala Penyu (Sabah).

Tukun Kuboid

  • Tukun tiga tingkat ini lazimnya dilabuhkan di kawasan dasar laut yang keras seperti kawasan sedimen jenis berbatu dan pasir kasar. Pada bahagian tapak tukun, hanya separuh sahaja ruang yang dikonkrit. Ini adalah bertujuan untuk memastikan tapak tukun itu terbenam ke dasar laut seterusnya menghalang dari diseret oleh arus ombak dan pukat tunda nelayan. Tukun jenis ini mempunyai berat 10 tan metrik dan ia telah dilabuhkan pada tahun 2007 di Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun (Terengganu).

Tukun Kuboid Juvenil

  • Tukun ini menyediakan habitat dan perlindungan yang lebih luas terutama kepada anak ikan atau ikan peringkat juvenil. Ia mempunyai berat 12 tan metrik dan telahpun dilabuhkan di Sg. Labu (Labuan).

Tukun Kuboid Bioaktif

  • Tukun jenis ini dihasilkan bagi menggalakkan pertumbuhan batu karang di atas permukaan tukun. Tukun jenis ini telahpun dilabuhkan di kawasan perairan Pulau Bidong (Terengganu)

Tukun Kiub

  • Tukun jenis ini menyediakan ruang legar yang lebih luas untuk menjadi habitat kepada ikan demersal seperti ikan Kerapu, Jenahak dan Merah. Tukun jenis ini telah dilabuhkan di Ma’ Daerah, Kuala Terengganu, Jambu Bongkok, Marang, Setiu (Terengganu); Mukah (Sarawak); Pulau Rusukan (W.P Labuan); Pulau Tioman (Pahang).

Tukun Kiub Juvenil

  • Tukun jenis ini dibina untuk dijadikan habitat ikan juvenil di kawasan dasar laut yang keras seperti kawasan berbatu dan pasir kasar.

Tukun Rekreasi (2 jenis)

  • Tukun ini mempunyai berat 6 tan metrik. Ia bertujuan menyediakan kawasan bagi tujuan perikanan rekreasi seperti sport fishing dan sebagainya. Antara lokasi telah dilabuhkan tukun ini adalah di Pekan (Pahang); Pulau Lalang, Pulau Talang (Perak); Sungai Lada, (W.P Labuan); Sipitang, Beaufort, Lahat Datu, Putatan, Tuaran, Kota Belud, Sandakan, Kuala Penyu (Sabah) dan Miri (Sarawak).

Tukun Rekreasi Juvenil

  • Tukun ini mempunyai berat 7 tan metrik. Antara lokasi telah dilabuhkan tukun ini adalah di Kg. Layang-Layangan (WP Labuan); Kudat, Beaufort, Pitas, Kota Kinabalu, Papar, Sandakan, Tawau dan Kuala Penyu (Sabah).

Tukun Dasar Lembut Keluli

  • Tukun ini mempunyai berat 13 tan metrik. Tukun jenis ini telah dilabuhkan di Kuala Jerlun (Kedah)

Tukun Kuboid Penghalang Pukat Tunda

  • Tukun jenis ini telah dilabuhkan di Rompin (Pahang) pada tahun 2015.

Tukun Paip Penghalang Pukat Tunda

  • Tukun jenis ini telah dilabuhkan di perairan W.P Labuan pada tahun 2015.

Gambar Tukun-tukun Di Malaysia

tukun-dasar-lembut-keluli-e1511462812854 Rekaan Dan Jenis Tukun Tiruan Di Perairan Malaysia

Tukun Dasar Lembut Keluli

tukun-dasar-lembut-e1511462827912 Rekaan Dan Jenis Tukun Tiruan Di Perairan Malaysia

Tukun Dasar Lembut

tukun-kiub-e1511462840555 Rekaan Dan Jenis Tukun Tiruan Di Perairan Malaysia

Tukun Kiub

tukun-kuboid-juvenil Rekaan Dan Jenis Tukun Tiruan Di Perairan Malaysia

Tukun Kuboid Juvenil

tukun-kuboid-e1511462765538 Rekaan Dan Jenis Tukun Tiruan Di Perairan Malaysia

Tukun Kuboid

tukun-paip-penghalang-pukat-tunda-e1511462781297 Rekaan Dan Jenis Tukun Tiruan Di Perairan Malaysia

Tukun Paip Penghalang Pukat Tunda

Tukun-Udang-Karang-e1511462794920 Rekaan Dan Jenis Tukun Tiruan Di Perairan Malaysia

Tukun Udang Karang

logo-150x150 Rekaan Dan Jenis Tukun Tiruan Di Perairan Malaysia

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Rekaan Dan Jenis Tukun Tiruan Di Perairan Malaysia

Loading...

Tags: #apa itu tukun #artificial reefs malaysia #aspek pembinaan tukun tiruan #fungsi dan rekabentuk tukun #fungsi tukun #gambar tukun di malaysia #jenis tukun di malaysia #kesan tukun kepada sumber marin #pukat tunda dan tukun #rekaan tukun di malaysia #spesis menghuni tukun #tukun dasar lembut #tukun dasar lembut juvenil #tukun dasar lembut keluli #tukun dasar lembut penghalang pukat tunda #tukun ikan #tukun in english #tukun kiub #tukun kuboid #tukun kuboid bioaktif #tukun paip #tukun penghalang pukat tunda #tukun rekreasi #tukun tiruan in english #tukun tiruan malaysia #tukun tiruan tayar #tukun udang karang

Adakah Kita Akan Kehilangan Hasil Laut Di Masa Hadapan?
Walaupun produk marin secara teknikalnya tidak “lengkap” seperti sumber fosil, penangkapan ikan yang
Penyakit Ikan Marin, Tahap Jangkitan & Punca Kematian
Tahap jangkitan penyakit ikan marin Akut Kadar kematian yang tinggi, bilangan ikan yang
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3

Leave a reply "Rekaan Dan Jenis Tukun Tiruan Di Perairan Malaysia"