Cara Tulis Artikel Menarik Dalam Blog

Blogging Photo

Menulis artikel yang menarik

Penulisan artikel yang berbahasa Malaysia perlu menggunakan bahasa Malaysia yang baku. Penggunaan singkat dalam penulisan artikel seperti YG, KPD, TTG, KWN, DGN

dan sebagainya amat tidak digalakkan.

Penggunaan ayat dalam penulisan mestilah jelas dan terang serta mudah difahami. Artikel yang ditulis mestilah memberi fokus kepada satu subjek sahaja pada setiap artikel yang ingin disampaikan. Dalam hal ini, penulis harus pandai menggunakan perkataan untuk menarik perhatian pembaca.

Penulisan artikel boleh diperluaskan kepada fakta yang lebih infomatif seperti artikel bercorak penjagaan kesihatan dan kecantikan. Selain itu artikel berbentuk bebas seperti menceritakan tentang sesuatu hobi, permainan dan gaya hidup.

Penggunaan persembahan gambar dan grafik boleh membuatkan sesebuah artikel itu nampak menarik dan mudah difahami.

Secara lazimnya, penulisan artikel mestilah mempunyai tidak kurang 300 hingga 500 patah perkataan yang memboleh artikel anda di index oleh Google secara terperinci.

Tajuk

Perlu mempunyai tajuk artikel yang lebih menarik. Sebagai contoh seperti “Cara Mencuci Kereta”, “Bagaimana Cara Mencuci Kereta Dengan Betul” dan “Kenapa Perlu Mencuci Kereta?”

Fakta

Biasanya perenggan pertama dan kedua menguatkan fakta yang datangnya dari tajuk atau topik. Hal ini penting kerana ia adalah sebagai pelengkap apa yang dimaksudkan dengan tajuk tersebut. Selain itu juga, perlu dijelaskan dengan fakta yang mendorong perkara dinyatakan pada tajuk.

Huraian

Penerangan lebih lanjut tentang fakta yang telah ditulis supaya pembaca lebih faham apa yang ingin disampaikannya. Biasanya di sini diberikan contoh atau bukti untuk menguatkan fakta yang dimaksudkan dalam tajuk utama atau sub tajuk.

Kesimpulan

Penulis perlu memberi pandangan secara peribadi mengikut logik akal, rasional tentang apa yang ditulisnya. Di sini penulis mempunyai kesempatan untuk menarik perhatian pembaca yang bakal menaruh kepercayaan kepada penulisannya. Atau penulis boleh berinteraksi dengan pembaca untuk berbincang tentang topik yang disampaikan dalam ruangan komen atau sebagainya.

Tidak kisahlah sama ada menulis tentang kisah yang serius atau santai tetapi tekniknya haruslah sama dan tidak terlalu remeh. Hal ini penting untuk menarik pembaca yang pentingkan kebijaksaan penulisan. Secara tidak langsung, ia juga dapat menarik kepercayaan pembaca untuk terus membaca artikel yang ditulis.

Rujukan

Penggunaan rujukan boleh dinyatakan dalam huraian bagi menguatkan lagi isi kandungan artikel. Sebagai contoh ringkas, “Menurut Dr. Abu Hassan, Pegawai Penyelidikan…” atau “Buku berjudul Alam Haiwan Jilid 5/2016 menerangkan bahawa…” atau ” Dalam surah al-baqarah ayat…” 


Artikel Berkaitan

Tags: #apakah artikel dalam blog #apakah sepatutnya ada dalam artikel #bagaimana cara menulis artikel #cara betul menulis artikel #cara olahan artikel #cara tulis artikel yang menarik #cara tulis blog yang menarik #kandungan dalam blog #panduan menulis artikel #panduan menulis blog #teknik menulis blog #teknik ringkas menulis artikel

Kelebihan, Kekurangan Dalam Konsep Hibah ASB
Kelebihannya hibah ASB Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda
Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran
Apakah konsep Hibah ASB? Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di
Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera
Soal jawab mengenai Hibah ASB 1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Prosedur Menuntut Harta Pelaburan Melalui Konsep Hibah ASB
Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut

Leave a reply "Cara Tulis Artikel Menarik Dalam Blog"