Bau Busuk Miss V Selepas Hubungan Intim. Ini Punca dan Cara Mengatasinya!

Bau Busuk Miss V Selepas Hubungan Intim. Ini Punca Dan Cara Mengatasinya!

Tercium bau yang kurang menyenangkan dari miss V atau faraj membuatkan ramai wanita berasa tidak selesa, resah dan hilang keyakinan diri. Biarpun faraj berbau adalah sesuatu yang normal, namun bagi sebahagian wanita yang mengalaminya akan berasa amat terganggu terutama apabila mahu melakukan hubungan intim dengan pasangan. Sedarkah anda, bila miss V anda berbau, secara tidak langsung boleh mengakibatkan kemesraan dengan pasangan anda semakin berkurang?

Antara penyebab miss V berbau :

  • Adanya infeksi kulat dan bakteria, seperti kulat candida albicans dan bakteria haemophillus vaginalis. Sama ada daripada anda sendiri atau pun suami.
  • Suami tidak menjaga kebersihan alat sulitnya hingga menyebabkan jangkitan pada anda sewaktu mengadakan hubungan seksual.
  • Kurang menjaga kebersihan faraj. Jarang mencukur atau tidak mencukur bulu kemaluan.
  • Akibat kerap memakai pakaian dalam yang terlalu ketat atau bahan sintetik sehingga tidak menyerap peluh.
  • Adanya perubahan hormon hingga menyebabkan keluar cecair berlebihan dan faraj sentiasa lembab serta boleh menimbulkan infeksi jika tidak dibersihkan dengan kerap.
  • Penggunaan tuala wanita atau panty liner yang terlalu lama hingga menyebabkan jangkitan kuman.
  • Akibat PMS atau masa menuju hari kitaran haid.
  • Penggunaan pembersih faraj yang berlebihan atau tidak sesuai dengan kulit anda kerana ada kandungan bahan kimia.
  • Masalah keputihan yang berlebihan. Salah satu makanan yang boleh menyebabkan keputihan adalah timun.
  • Faktor persekitaran. Mangkuk tandas yang kotor boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Kurangkan penggunaan tandas awam jika boleh. Jika terpaksa pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga. Misalnya gunakan plastik pengalas mangkuk tandas.
  • Menyembur minyak wangi pada bahagian faraj, boleh menimbulkan jangkitan, sekaligus boleh menghasilkan bau yang kurang enak.
  • Diet dan pemakanan yang boleh mengeluarkan bau.

Faraj mempunyai beberapa jenis aroma semulajadi, dan perbezaan yang berlaku pada aroma miss V anda bergantung pada keadaan kesihatan anda. Faraj mempunyai bau semulajadi yang dihasilkan sendiri oleh tubuh wanita. Namun, ramai wanita tidak selesa dengan bau faraj mereka sendiri, sehingga ada yang berusaha untuk mengharumkannya dengan menggunakan pelbagai produk kewanitaan.

Faktanya adalah, bau faraj boleh berubah-ubah pada waktu yang berlainan dalam bulan yang sama. Setiap individu mempunyai bau badan tersendiri yang sering berubah. Sama juga dengan bau faraj yang berubah ketika anda sedang haid. Peluh selepas bersukan dan hubungan intim tanpa menggunakan kondom juga boleh menyebabkan faraj bertukar bau, tetapi keadaan ini hanya sementara sahaja.

Tahukah anda, perbezaan bau faraj juga boleh dijadikan sebagai petunjuk tahap kesihatan seseorang wanita? Kadang-kadang faraj boleh mengeluarkan bau tertentu disertai rasa gatal-gatal, atau sakit ketika kencing. Ada pula, faraj yang berbau tetapi tidak disertai dengan simptom lain. Oleh itu, semua wanita perlu mengenali pelbagai jenis bau faraj agar dapat merawat apa-apa jangkitan dengan segera.

Jenis-jenis bau miss V

Berikut adalah 7 jenis bau miss V dan tanda-tanda jangkitan kesihatan bagi tubuh wanita.

  1. Berbau seperti roti basi

Jangkitan kulat biasanya hanya mendatangkan rasa gatal-gatal, atau sakit ketika kencing tanpa disertai bau. Namun, ada pula keadaan di mana faraj anda mungkin berbau seperti roti yang telah disimpan terlalu lama. Pernah tak anda terbau aroma seperti ini? Jangkitan faraj selain dari jangkitan kulat boleh menunjukkan simptom yang sama. Tetapi anda boleh membezakan jenis jangkitan dari bau yang dikeluarkan. Bila faraj berbau seperti ragi, atau roti, ada kemungkinan anda terkena jangkitan kulat.

  1. Berbau busuk

Jika anda pengguna tampon, dan mendapati bau faraj yang busuk, sila berjumpa doktor anda dengan segera. Bau busuk itu mungkin disebabkan tampon yang terperangkap di dalam faraj dan tidak boleh dikeluarkan. Ini adalah perkara yang biasa dan sering terjadi dan tampon yang terperangkap di dalam faraj hanya boleh dikeluarkan oleh doktor pakar. Penggunaan tampon untuk jangka masa yang terlalu lama tanpa diganti, juga membawa risiko penyakit teruk seperti Toxic Shock Syndrome.

  1. Bau hanyir seperti ikan

Jika faraj anda mula mengeluarkan bau hanyir seperti ikan, ini boleh menunjukkan dua jenis jangkitan faraj iaitu bacterial vaginosis dan trichomoniasis.

Bacterial vaginosis yang terjadi apabila bakteria tumbuh dengan berlebihan sehingga mengganggu keseimbangan pH di dalam faraj. Jika bau hanyir semakin kuat selepas hubungan seks, maka ada kemungkinan besar anda mengalami bacterial vaginosis.

Trichomoniasis adalah sejenis jangkitan seksual yang senang merebak tetapi boleh diubati. Jika faraj anda berbau hanyir, disertai lendir berwarna kehijauan, dan rasa sakit semasa buang air kecil, maka kemungkinan besar anda mengalami trichomoniasis.

  1. Bau musk / kasturi

Bau ini pada dasarnya adalah bau faraj yang paling kuat. Ini biasanya berlaku apabila anda berpeluh dengan banyak, memakai seluar dalam yang terlalu ketat, atau seluar dalam yang diperbuat dari bahan sintesis. Jika baunya sangat kuat, segeralah hubungi doktor kerana ini boleh menandakan faraj anda terkena jangkitan.

  1. Faraj mengeluarkan bau seperti logam

Jika faraj anda mengeluarkan bau seperti ini, anda tidak perlu bimbang. Faraj akan berbau seperti logam atau darah semasa haid. Darah yang bercampur dengan bau semulajadinya akan membuatnya mengeluarkan bau seperti logam.

  1. Berbau seperti cecair peluntur

Faraj yang berbau seperti cecair peluntur, atau klorin adalah hal yang normal. Hal ini terjadi kerana penggunaan kondom atau pelincir saat berhubungan intim.

  1. Berbau manis atau berbau bawang putih

Jika faraj anda berbau manis atau bau bawang putih pada faraj, ini disebabkan oleh apa yang telah makan. Jika anda makan buah asam seperti limau atau nanas, bau faraj anda akan berbau manis. Sebaliknya, jika anda mengambil makanan yang mengandungi banyak bawang merah, bawang putih, ataupun brokoli, ini juga boleh menyebabkan faraj anda berbau.

Dengan mengetahui perbezaan antara pelbagai jenis bau faraj dan bagaimana jenis bau ini menunjukkan tahap kesihatan anda, sekarang barulah anda tahu mana satu bau yang normal dan mana satu bau yang harus diberi perhatian.

Punca miss V berbau yang ‘normal’

Sebagai contoh ,pemakaian panty liner boleh menyebabkan‘faraj berbau’ ini berlaku disebabkan oleh gangguan pengaliran udara di sekitar faraj yang mengaktifkan tindak balas bakteria terutama sekali jika kawasan faraj lembab atau berpeluh. Namun bau tersebut akan berkurangan apabila tindak balas bakteria mula reda. Antara lain ,faraj berbau juga boleh berlaku disebabkan selepas memakan atau meminum jenis-jenis makanan atau minuman yang beraroma kuat seperti durian,petai dan sebagainya.

Punca miss V berbau yang ‘abnormal’

Punca-punca abnormal yang perlu diberi perhatian lazimnya apabila wanita mendapati keluar cecair yang berbau dari faraj sama ada gatal ataupun tidak, namun tetap merupakan simptom jangkitan kuman, sama ada pada permukaan faraj atau pintu rahim ataupun dari bahagian organ pelvis yang lebih dalam.

Kumpulan kuman yang sering menyerang ialah bacterial vaginosis dan selalunya rungutan wanita yang mengalami masalah ini adalah keluar cecair atau lendir yang berbau busuk (fishy odour discharge) dan kegatalan yang teruk.Penyebab lain yang mungkin menjadi punca faraj berbau juga adalah disebabkan berlakunya infeksi penyakit menular seksual (STD) seperti chlamydia, herpes genital atau gonorrhea.

Tips terbaik mengatasi miss V berbau

Antara beberapa tips yang baik jika diamalkan adalah seperti berikut :

  • Hindari pengunaan sabun, gel,shampu dan seumpamanya.Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2.
  • Elakkan menyembur dengan air ke dalam faraj kerana boleh mengganggu keseimbangan flora bakteria di dalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan.
  • Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan elakkan memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama.
  • Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit di celah kulit boleh mengundang bakteria bersarang.
  • Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama.
  • Gunakan alas seluar dalam (panty liner jenis unscented) dan yang mengalirkan udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.
  • Pastikan mencuci dubur selepas membuang air besar dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan dan tolak ke belakang. Ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk ke dalam lubang faraj atau kencing.
  • Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen lain.
  • Untuk membangkitkan rasa ghairah sebelum bersama suami, sapukan kapas yang telah dititis dengan minyak wangi tanpa alkohol di sekitar faraj.
  • Cuci faraj sebelum dan selepas bersama suami.

Petua menghilangkan bau busuk miss V

  • Daun sirih

Daun sirih merupakan antiseptik herbal yang mampu membasmi kuman penyebab bau menyengat pada faraj. Rebuslah 5 hingga 10 helai daun sirih dalam 350 ml air lalu biarkan hingga menjadi setengah. Kemudian, bilaslah miss V anda dengan air rebusan daun sirih yang sudah sejuk setiap pagi dan sebelum tidur. Lakukan 3 kali seminggu untuk mendapatkan faraj yang wangi dan ketat.

  • Daun pandan

Daun pandan ditumbuk, kemudian diperah untuk mengambil airnya. Campurkan sedikit garam dan 1 senduk teh madu. Minumlah air daun pandan setiap hari sebelum tidur selama 2 minggu.

  • Daun lidah buaya

Tumbuk lidah buaya yang sudah dicuci bersih hingga halus. Tambahkan sedikit madu agar lebih sedap diminum. Amalkan minum air lidah buaya setiap hari selama 2 minggu sebelum tidur malam. Setelah mendapat perubahan positif, minumlah air lidah buaya selama 2 minggu sekali.

  • Air garam

Gunakan air garam. Bancuh 2 sudu garam dengan secawan air panas. Masukkan air garam tadi ke dalam baldi atau besen. Gunakan sebagai bilasan setiap kali anda selesai membuang air kecil atau besar atau selepas bersama suami.

  • Daun kemangi

Daun kemangi ditumbuk kemudian diperah untuk diambil airnya. Minumlah air daun kemangi setiap hari sampai mendapat hasil yang positif. Setelah mendapat hasil yang positif, boleh terus amalkan dengan meminumnya setiap 2 minggu sekali.

Rujukan :

https://my.theasianparent.com

http://123mamanet.com

http://klinikkeputihan.blogspot.my

Carian Berkaitan

lubang faraj tidak normal
Loading...

Tags: #alat kelamin wanita #alat sulit wanita berbau #Bau busuk miss v selepas hubungan intim #bau faraj yang tidak normal #Bau Khas Setelah Berhubungan Intim #bau normal faraj #bau normal vagina #bau tak sedap pada kemaluan wanita #Bau Tak Sedap Setelah Berhubungan Intim #Cairan Berbau Keluar Dari Miss V #cara menghilangkan bau amis pada miss v #cara menghilangkan bau tak sedap saat berhubungan intim #Cuci faraj #Faktor Penyebab Faraj Berbau Busuk #habis berhubungan keputihan bau #hubungan seksual #infeksi kulat dan bakteria #jangkitan kuman vagina #jenis bau miss V #jenis-jenis bau faraj #jenis-jenis bau miss V #keluar cairan berbau setelah berhubungan #kenapa miss v bau tak sedap #mengatasi bau busuk faraj #menghilangkan bau saat berhubungan intim #miss V #miss V berbau yang ‘abnormal’ #penyebab bau saat berhubungan intim #penyebab miss V berbau #petua mengatasi bau kurang enak pada faraj #petua menghilangkan bau busuk faraj #punca faraj berbau #punca miss V berbau #tips mendapatkan faraj yang berbau enak #tips mengatasi faraj berbau #tips mengatasi miss V berbau #Tips terbaik mengatasi miss V berbau #vagina

Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba
Sebelum pembedahan menjadi pilihan terakhir yang ada untuk merawat ovarian cyst, adalah lebih
Ovarian Cyst. Simpton Dan Rawatannya
Cyst ialah sejenis ketumbuhan atau kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ
Rahsia Tun M Kekal Sihat Dan Cergas Sehingga Kini
Baru saja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada 10 Mei lalu,
10 Penyakit Mungkin Dihadapi Anda Jika Mengalami Penurunan Berat Badan Mendadak!
Berat badan yang mendadak turun sering kali menghampiri siapa sahaja, terutama mereka yang baru

Leave a reply "Bau Busuk Miss V Selepas Hubungan Intim. Ini Punca dan Cara Mengatasinya!"