Portal Semak Saman JPJ, Blacklist & Harga Lesen Memandu Terkini

Semak Saman JPJ Online

Jika anda berhasrat untuk mengambil lesen motosikal dan kereta, terdapat 4 kelas lesen kenderaan bermotor untuk motosikal dan kereta pada masa kini.

  • Kelas B2 – lesen motosikal tidak melebihi 250 cc
  • Kelas B – lesen motosikal melebihi 500 cc
  • Kelas D – lesen kereta bertransmisi manual
  • Kelas DA – lesen kereta bertransmisi automatik

Anggaran kadar bayaran yuran untuk lesen motosikal dan kereta terbaru

Dirujuk dari mysumber.com, berikut adalah anggaran kadar bayaran yuran menyeluruh untuk mengambil lesen motosikal atau kereta bagi 4 kelas yang disenaraikan di atas.

  • Lesen B2 – RM350 hingga RM450
  • Lesen B – RM900 hingga RM1100
  • Lesen D – RM1150 hingga RM1300
  • Lesen DA – RM1250 hingga RM1500

Sebagai makluman, harga maksimum atau harga munasabah yang dikenakan pada tahun 2017 adalah tidak melebihi RM450 untuk lesen motosikal kelas B2, RM1100 untuk lesen motosikal kelas B, RM1300 untuk lesen kereta kelas D dan RM1500 untuk lesen kereta kelas DA. Haraga yang dikenakan mungkin melebihi paras anggaran kerana turut bergantung kepada kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh setiap institut latihan memandu.

Namun, sekiranya institut latihan memandu yang anda kunjungi anda menetapkan harga yang jauh melebihi paras anggaran atau harga maksimum seperti yang dinyatakan, atau tidak munasabah, lebih baik jika anda membuat tinjauan bagai harga yang ditetapkan di institut latihan memandu lain yang mungkin lebih murah dan berpatutan.

Harga memperbaharui lesen kenderaan motor untuk lesen motosikal dan kereta

Berikut adalah kadar bayaran yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi lesen pembaharuan lesen memandu bagi kelas B2, B, D dan DA.

Kadar bayaran bagi lesen percubaan (PDL) adalah seperti berikut :

  • Kelas B2 – RM2.00 (tempoh 2 tahun)
  • Kelas B – RM40.00 (tempoh 2 tahun)
  • Kelas D, DA – RM60.00 (tempoh 2 tahun)

Kadar bayaran bagi lesen memandu kompeten (CDL) adalah seperti berikut :

  • Kelas B2, B – RM20.00 (tempoh 1 tahun)
  • Kelas D, DA – RM30.00 (tempoh 1 tahun)

Portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Bagi memudahkan pengguna, terdapat pelbagai kemudahan transaksi atas talian yang disediakan di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Anda boleh layari portal rasmi JPJ di alamat berikut : http://www.jpj.gov.my

Antara transaksi dalam yang disedikan adalah seperti berikut :

  • Semakan saman
  • Semakan status senarai hitam
  • Rayuan lesen memandu tamat tempoh
  • Semakan tarikh luput Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  • Semakan tarikh luput lesen memandu
  • Semakan Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1
  • Semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini
  • Semakan pertukaran lesen memandu luar negara (bukan automatik)
  • Tempoh permit institut memandu / sekolah memandu
  • Semakan status permohonan penubuhan institut memandu

semak-saman Portal Semak Saman JPJ, Blacklist & Harga Lesen Memandu Terkini

Menyemak tarikh luput lesen memandu

Klik pada pautan ini : http://www.jpj.gov.my/

Anda akan dapat melihat paparan skrin seperti di bawah pada komputer atau telefon pintar anda.

lesen-1 Portal Semak Saman JPJ, Blacklist & Harga Lesen Memandu Terkini

Pilih kategori pengenalan anda dan masukkan nombor pengenalan anda. Contohnya jika anda adalah warganegara Malaysia, pilih kategori Orang Awam Malayisa, kemudian isi nombor MyKad anda tanpa menggunakan tanda sempang.

Kemudian, isikan kod sekuriti yang dipaparkan. Jika anda tidak pasti dengan kod sekuriti yang diberi, klik pada butang ‘set semula’. Klik butang ‘semak’ apabila anda selesai memasukkan kod sekuriti. Kemudiannya, anda akan dapat melihat paparan skrin seperti di bawah yang menunjukkan maklumat anda, senarai lesen, jenis lesen, kelas lesen, tarikh mula dan tarikh tamat bagi semua lesen yang anda miliki.

lesen-2 Portal Semak Saman JPJ, Blacklist & Harga Lesen Memandu Terkini

Jika anda ingin menyemak saman JPJ pula, klik pada pautan di bawah dan isikan maklumat pengenalan diri anda seperti yang diminta.

Pautan : http://www.jpj.gov.my/web/guest/pertanyaan-saman-notis

Untuk menyemak status anda sama ada disenarai hitam ataupun tidak, boleh klik pada link di bawah.

Pautan : http://www.jpj.gov.my/web/guest/pertanyaan-senarai-hitam

Rujukan :
https://www.mysumber.com/
http://www.jpj.gov.my
IMG_20171206_114610-150x150 Portal Semak Saman JPJ, Blacklist & Harga Lesen Memandu Terkini

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #blacklist JPJ #Harga Lesen Memandu Terbaru #Harga Lesen Memandu Terkini #harga maksimum membuat lesen memandu #harga membuat lesen kereta 2018 #harga membuat lesen motosikal 2018 #harga perbaharui lesen memandu #harga renew lesen memandu #Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ #kadar baru harga lesen memandu 2017 #kadar bayaran lesen memandu 2018 #kadar bayaran yuran lesen memandu kereta 2018 #kadar bayaran yuran lesen memandu motosikal 2018 #lesen kelas B #lesen kelas B2 #lesen Kelas D #lesen kelas DA #lesen kenderaan motor CDL #lesen memandu 2018 #lesen percubaan PDL #Menyemak Tarikh Luput Lesen Memandu #perbezaan harga lesen kereta automatik dan manual #semak saman JPJ #semak senarai hitam JPJ #semak status lesen memandu #semak tarikh luput lesen memandu #senarai harga pelesenan motosikal dan kereta #Senarai Hitam dan Saman JPJ

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Portal Semak Saman JPJ, Blacklist & Harga Lesen Memandu Terkini"