Biodata Dahlia Shazwan, Pengacara Cantik HLive!

Biodata Dahlia Shazwan, Pengacara Hlive

Jika anda peminat setia program hiburan Astro iaitu HLive!, pastinya mengenali si cantik manis bernama Dahlia Shazwan ini.

Selain menjadi pengacara, wanita berusia 29 tahun ini turut bergelar wartawan penyiaran bagi program infotainment tersebut sejak diperkenalkan pada 2014 lalu.

Tidak hanya memiliki personaliti menarik, pemilik nama sebenar Dahlia Shazwan Mohd Amin ini juga petah berkata-kata dan mesra penonton.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini turut diberikan kepercayaan mengendalikan beberapa rancangan Astro seperti Kerjakan Dia, Berita Sangat Serius, Inspirasi HLive! dan PMLive!.

Untuk pengetahuan para pembaca, bakat anak ketiga daripada lima beradik ini dicungkit menerusi program realiti On Air 2012.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan figura berbintang Gemini ini.

Biodata Ringkas Dahlia Shazwan

Nama Penuh: Dahlia Shazwan Mohd Amin
Nama Pentas: Dahlia Shazwan
Umur: 29 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 1 Jun 1988
Zodiak: Gemini
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak ketiga daripada lima beradik
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pengacara, Wartawan Penyiaran Hiburan, Emcee, Model & Penerbit Program Televisyen

Hos TV: HLive!, Kerjakan Dia, PM Live!, AM Live!, Hello Banjaran, Inspirasi HLive!, Berita Sangat Serius, Gala TV, Diari Akademi Fantasia (AF) 2016 dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Dahlia Shazwan

Trivia Menarik Tentang Dahlia Shazwan

  • Lulusan jurusan Diploma Komunikasi dan Media dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.
  • Mendirikan rumah tangga dengan lelaki pujaan hati bernama Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.
  • Paling menarik, Dahlia dan pasangan mendapat tajaan sehingga RM10,000 sempena majlis perkahwinan mereka.
  • Figura tinggi lampai ini kini sarat mengandung anak pertama.
  • Ayahnya iaitu Mohd Amin merupakan bekas wartawan.
  • Menggalas peranan sebagai pengarah untuk muzik video berjudul Sakit Ku Rasa nyanyian Black Hanifah.
  • Jika ada masa terluang, Dahlia suka melancong dan mengembara ke luar negara. Antara destinasi menarik yang pernah dilawatinya adalah Jogja, London, Jepun, Iceland dan banyak lagi.
  • Pernah mengendalikan beberapa acara karpet untuk anugerah seperti Karpet Merah Anugerah Meletop Era (AME) 2015, Karpet Biru Anugerah Industri Muzik (AIM) 2012 dan Karpet Glamor AIM 2014.
  • Merupakan rakan sekerja CK Faizal, Yaya Zahir, Eleena Sui, Adriana Adnan, Donna Muslim dan Hazeman Huzir (Hos HLive!).
  • Model iklan aplikasi tempahan hotel terkenal iaitu Trivago.
  • Menjadi bekas personaliti TV3 iaitu Wan Zaleha Razi sebagai idolanya dalam dunia pengacaraan.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Dahlia mempunyai seramai 150,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Dahlia Shazwan

Dahlia-Shazwan-hlive-300x300 Biodata Dahlia Shazwan, Pengacara Cantik HLive! Dahlia-Shazwan-husban-300x300 Biodata Dahlia Shazwan, Pengacara Cantik HLive! Dahlia-Shazwan-mengandung-300x300 Biodata Dahlia Shazwan, Pengacara Cantik HLive! Dahlia-Shazwan-trivago-300x300 Biodata Dahlia Shazwan, Pengacara Cantik HLive!

azlan-150x150 Biodata Dahlia Shazwan, Pengacara Cantik HLive!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Dahlia Shazwan #biodata suami dahlia shazwan #Dahlia Shazwan #dahlia shazwan biodata #Dahlia Shazwan Host HLive #Dahlia Shazwan ig #dahlia shazwan kahwin #Dahlia Shazwan Mohd Amin #Dahlia Shazwan Pengacara HLive! #dahlia shazwan tinggi #Dahlia Shazwan trivago #dahlia shazwan wiki #HLive! Astro Ria #Images for Dahlia Shazwan trivago #Kenali Dahlia Shazwan #Media Sosial Dahlia Shazwan #pengacara hlive #Profil Dahlia Shazwan

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.