Resipi Nasi Khoumok (Khao Mok Gai)

Resipi Nasi Khoumok

Bahan-bahan rempah khoumok :

  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula

Bahan-bahan utama :

  • 5 cawan beras basmathi
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 4-5 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 Inci halia – dihiris
  • 4 ulas bawang putih – dihiris
  • 3 batang akar ketumbar
  • 2-3 sudu besar rempah khoumok
  • 200 ml susu cair
  • 1 ekor ayam
  • 8 cawan air
  • garam secukup rasa
  • Rempah penumis – 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih

Cara penyediaan :

  1. Potong ayam kepada empat bahagian. Cuci ayam sehingga bersih.
  2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
  3. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
  4. Masukkan rempah khoumok dan kacau selalu supaya tidak hangus.
  5. Setelah nampak garing, masukkan air dan akar ketumbar.
  6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
  7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Boleh juga jika ditambah sedikit cili kisar, halia kisar, bawang besar kisar dan bawang putih kisar.
  8. Perap sebentar biar meresap. Goreng ayam yang diperap sama ada garing atau tidak mengikut citarasa sendiri.
  9. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk dibuat sos cili.
  10. Masukkan kuah ke dalam periuk nasi dan masukkan susu. Biarkan menggelegak sambil dikacau.
  11. Masukkan garam secukup rasa.
  12. Masukkan pula beras yang telah ditoskan. Tutup dan biarkan nasi masak.

Bahan-bahan sos cili :

  • 1 cawan air kuah nasi khoumok
  • 6 biji cili merah*
  • Segenggam cili padi*
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 tangkai daun ketumbar*
  • Gula
  • Garam
  • Cuka

Cara menyediakan :

  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Masak hingga agak pekat.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
  4. Hidang bersama nasi khoumok.

Carian Berkaitan

nasi komok rantau panjang
Loading...

Tags: #aneka resepi masakan nasi #aneka resepi nasi #cara buat rempah komok #Khao Mok Gai rice #masakan thai #nasi biryani thai #nasi khoumok siam #nasi komik rantau panjang #nasi komok #nasi komok kota bharu #nasi kuning khoumok #resepi Khao Mok Gai #resepi masakan pantai timur #resepi masakan Thai #resepi nasi beriani siam #resepi nasi khao mok thai #resepi nasi komok kota bharu #resepi nasi minyak thai #Resepi nasik komok #Resipi Nasi Khoumok #respi nasi

Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai
Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial
Teh beng vanilla atau teh ais vanilla merupakan menu minuman yang kian tular

Leave a reply "Resipi Nasi Khoumok (Khao Mok Gai)"