Biodata Armada Band Yang Popular Dengan Lagu ‘Asal Kau Bahagia’

Biodata Armada Band

“Aku punya ragamu tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia…”

Itulah bait-bait lagu nyanyian Armada Band berjudul Asal Kau Bahagia yang semakin popular dan digilai para penikmat muzik tempatan.

Bukan sahaja sukses di Indonesia, lagu ‘galau’ ini meledak di Malaysia sehingga berjaya memasuki beberapa carta radio dan televisyen tanah air.

Asal Kau Bahagia merupakan salah satu daripada 10 lagu yang terkandung dalam album baharu kumpulan muzik dari Palembang, Indonesia ini yang dianggotai oleh Rizal, Radha, Mai, Endra dan Andit bertajuk Maju Terus Pantang Mundur.

Single bergenre balada ciptaan sepenuhnya Rizal, Radha dan Mai ini mengisahkan tentang seseorang jejaka menyedari kekasihnya masih tidak dapat melupakan cinta lamanya. Meskipun perit menanggung rasa, jejaka berkenaan terpaksa mengorbankan cintanya demi kebahagiaan sang kekasih yang dicintai.

Sehingga artikel ini ditulis, video lirik lagu ini telah ditonton sebanyak lebih 100 juta tontonan sejak dimuatnaik di saluran YouTube pada 2 Februari 2017. Kejayaan manis ini menjadi Armada Band sebagai artis kedua Indonesia yang video liriknya mencecah 100 juta views selepas lagu ‘berhantu’ Surat Cinta Buat Starla dendangan Virgoun.

Selain menerima penghargaan Grup Band Paling Ngetop di SCTV Music Awards 2017, lagu ini bakal difilemkan oleh Falcon Pictures dan Dapur Film Indonesia tidak lama lagi.

Malah, single ini juga menjadi lagu cover pilihan para artis popular Malaysia seperti Siti Nordiana, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Zera Hariz dan ramai lagi.

Sedar atau tidak, band ini sudah aktif di persada seni suara selama 10 tahun sejak debut pada 2007. Sebelum dikenali sebagai Armada Band, kumpulan ini pernah mengunakan nama Kertas sebagai nama kumpulan.

Berikut, penulis kongsikan sedikit ringkasan biodata anggota Armada Band buat tatapan para pembaca. Check it out!

Biodata Rizal Armada (Vokalis)

Nama Penuh: Tsandi Rizal Adi Pradana
Nama Komersil: Rizal Armada
Tarikh Lahir: 4 Januari 1986
Umur: 31 Tahun (2017)
Asal: Palembang, Indonesia

Biodata Radha Armada (Gitaris)

Nama Penuh: Andha Gusriadi
Nama Komersil: Radha Armada
Tarikh Lahir: 29 Ogos 1985
Umur: 32 Tahun (2017)
Asal: Palembang, Indonesia

Biodata Mai Armada (Gitaris)

Nama Penuh: Andika Maihendra Yuda
Nama Komersil: Mai Armada
Tarikh Lahir: 23 Jun 1985
Umur: 32 Tahun (2017)
Asal: Palembang, Indonesia

Biodata Endra Armada (Bass)

Nama Penuh: Endra Prayoga
Nama Komersil: Endra Armada
Tarikh Lahir: 29 November 1983
Umur: 34 Tahun (2017)
Asal: Palembang, Indonesia

Biodata Andit Armada (Drummer)

Nama Penuh: Meri Yandit
Nama Komersil: Andit Armada
Tarikh Lahir: 19 Mei 1986
Umur: 31 Tahun (2017)
Asal: Palembang, Indonesia

Senarai Album:

Kekasih Yang Tak Dianggap (2007)
Balas Dendam (2008)
Hal Terbesar (2009)
Satu Hati Sejuta Cinta (2012)
Pagi Pulang Pagi (2014)
Cahaya Bintang Ramadan (2015-album kompilasi)
Maju Terus Pantang Mundur (2017)

Laman Sosial Armada Band

Lirik Lagu Asal Kau Bahagia – Armada Band

Yang, kemarin ku melihatmu
Kau bertemu dengannya
Ku rasa sekarang kau masih
Memikirkan tentang dia

Apa kurangnya aku didalam hidupmu
Hingga kau curangi aku

Katakanlah sekarang bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia

Yang ku rasa sekarang kau masih
Memikirkan tentang dia
Apa kurangnya aku didalam hidupmu
Hingga kau curangi aku

Katakanlah sekarang bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya asalkan kau bahagia

Katakanlah sekarang bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu tapi tidak hatimu

Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia
Asalkan kau bahagia

Foto Menarik Armada Band

wajah-armada-band-300x300 Biodata Armada Band Yang Popular Dengan Lagu 'Asal Kau Bahagia' kumpulan-armada-band-300x300 Biodata Armada Band Yang Popular Dengan Lagu 'Asal Kau Bahagia' armada-band-300x300 Biodata Armada Band Yang Popular Dengan Lagu 'Asal Kau Bahagia' andit_armada-300x300 Biodata Armada Band Yang Popular Dengan Lagu 'Asal Kau Bahagia'

azlan-150x150 Biodata Armada Band Yang Popular Dengan Lagu 'Asal Kau Bahagia'

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Armada Band #Armada Band - Asal Kau Bahagia #Asal Kau Bahagia Armada Band #Biodata Andit Armada #Biodata Armada Band #Biodata Endra Armada #Biodata Mai Armada #Biodata Radha Armada #Biodata Rizal Armada #Kenali Armada Band #Lirik Lagu Asal Kau Bahagia #Profil Armada Band

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.