Amalan Ibu Mengandung : Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah

Amalan Ibu Mengandung Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah

Amalan Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah

Kehamilan memang saat yang amat ditunggu-tunggu sejak sekian lama bagi kebanyakkan wanita yang berumahtangga. Walaupun diselubungi rasa penuh teruja, gembira, dan bersyukur, ada kalanya mereka tetap akan berasa resah, bimbang, dan stres. Banyak perubahan yang berlaku dari segi fizikal dan emosi serta turun naiknya hormon dalam tubuh sepanjang kehamilan.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Terdapat amalan yang patut diamalkan agar mendapat anak yang baik dan soleh serta membantu si ibu agar lebih tenang, ceria, dipermudahkan segala urusan sehingga selepas bersalin dan seterusnya.

  • Sentiasa bersyukur walaupun diuji

Pertama sekali, banyakkan bersyukur kepada Allah kerana telah diberi nikmat zuriat. Anda sedia maklum bahawa setiap kehamilan diuji pelbagai perkara dan tidak semestinya sama dengan wanita lain. Loya, sakit badan, letih, susah tidur malam, dan macam-macam lagi.

Seperti yang disebutkan dalam Surah Luqman, ayat 14:

“…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)…”

Walaupun mengalami kesukaran, ingatkan diri bahawa Allah tidak pernah membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak dapat dihadapi oleh mereka. Malah, setiapnya adalah hikmah dan ada kebaikannya yang tidak kita ketahui. Jadi, bersabarlah dan ucapkan syukur kerana tentunya Allah mempunyai perancangan yang terbaik buat kita!

  • Banyakkan membaca al-Quran

Menjelang trimester kedua kehamilan, bayi dalam kandungan sudahpun memiliki kebolehan untuk mendengar. Menurut sebuah hadis juga, dalam lingkungan ini, roh telahpun ditiupkan ke dalam kandungan anda.

Oleh itu, pakar juga menyarankan ibu bapa untuk selalu bercakap dengan bayi. Selain bercakap, waktu kehamilan ini juga amat sesuai untuk kita memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran kepada bayi.

Malah, ini juga salah satu hadiah istimewa yang dapat kita berikan kepada bayi. Selain membaca, fahamkan juga ayat-ayatnya supaya ia dapat memberi kekuatan dan motivasi kepada kita melalui pengajaran yang terkandung di dalamnya.

Ini surah-surah khusus yang boleh dibaca serta kesannya :

  • Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
  • Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  • Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
  • Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
  • Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati.
  • Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  • Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  • Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

  • Lazimi zikir dan doa untuk bayi dalam kandungan

Di samping membaca al-Quran, digalakkan juga melazimi zikir dan doa. Jangan risau, kita boleh mengamalkan yang pendek-pendek dan mudah diingat saja. Antaranya zikir yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah kepada Fatimah RA yang mengadukan kepenatan dalam melakukan kerja harian. Rasulullah SAW bersabda:

“Takutlah akan Allah, hai Fatimah. Bertaqwalah dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja rumahtanggamu. Sewaktu hendak tidur, ucapkanlah

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahu Akbar 34 kali

Dengan ini akan engkau dapati lebih berguna dari seorang pembantu.”

  • Berusaha mencari ilmu

Seorang anak bukan saja penyeri dalam rumah tangga, tetapi ia adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa. Peranan ilmu amat penting supaya ibu bapa dapat menjadi contoh kepada anak-anak. Dengan itu, cedoklah ilmu sebanyak mungkin melalui majlis-majlis ilmu, pembacaan buku, majalah, internet, dan sumber-sumber yang sahih.

  • Memperbanyakkan taubat dan istighfar

Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, Allah SWTsentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumah tangga termasuk anak dalam kandungan.

  • Solat sebagai meditasi

Dalam tempoh kehamilan, kita seringkali disarankan oleh doktor supaya rajin bersenamdan kekal aktif. Bagi yang cenderung stres dengan kerja, meditasi atau senaman pernafasan turut dianjurkan. Sebenarnya, solat adalah gabungan kedua-dua senaman dan juga meditasi. Ia adalah cara terbaik untuk kita melakukan pergerakan di samping meluahkan seribu rasa keresahan kepada Yang Maha Agung. Dalam sesi senaman lantai yang dipopularkan oleh orang Barat sekalipun, posisi sujud sering digunapakai kerana dipercayai dapat membantu ibu-ibu agar mudah bersalin.

  • Pilih makanan yang berkualiti

Islam adalah agama yang menyeluruh. Selain ibadah-ibadah khusus, kita turut diajarkan cara hidup yang seimbang. Antaranya adalah melalui cara pemakanan yang sederhana dan tidak berlebih-lebihan. Buah-buahan seperti susu, madu, delima, buah tin, dan kurma pernah disebutkan dalam al-Quran dan hadis. Ternyata, semua makanan ini tergolong dalam superfood yang tinggi khasiatnya.

  • Tidak terlalu menghebahkannya di media sosial

Elakkan memuatnaik gambar ultrasound bayi, memperlihatkan baby bump, dan menulis status-status yang bertujuan menghebahkan kehamilan anda dengan keterlaluan. Tidak salah untuk kita mengumumkan kehamilan dan berkongsi kegembiraan dengan orang lain, tetapi pastikan tidak melakukannya secara berlebihan. Maksud janin yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab itu sendiri membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’ Maka, wajarlah kita menyembunyikannya kerana dikhuatiri boleh mengundang fitnah atau penyakit ‘ain.

Seperti yang dijelas oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman, penyakit ‘ain atau penyakit mata adalah sesuatu yang menyerupai hasad dengki, di mana dari Aisyah r.a, Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

Maksudnya: Mintalah kalian perlindungan kepada Allah dari ‘ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar) (HR Ibnu Majah).

  • Banyak berdoa

Sentiasa berdoa agar Allah SWT mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung. Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 87 :

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : “Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!). Sesungguhnya aku adalah daripada kalangan orang yang menganiaya diri sendiri.”

Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :

“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi’at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya.” (Hadis riwayat Ibn Sunni)

logo-150x150 Amalan Ibu Mengandung : Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Amalan Ibu Mengandung : Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah

Loading...

Tags: #Amalan Ibu Mengandung #amalan ibu mengandung supaya mudah bersalin #amalan islam sewaktu hamil #amalan ketika hamil #amalan semasa mengandung #amalan semasa mengandung untuk memperoleh anak yang soleh #petua dapat anak soleh #Petua Mudah Bersalin #surah ibu mengandung #wanita muslim mengandung #wanita yang berumahtangga #zikir dan doa untuk bayi dalam kandungan

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini

Leave a reply "Amalan Ibu Mengandung : Mudah Bersalin, Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah"