Tips Penjagaan Autogate Supaya Tahan Sehingga 10 Tahun!

Tips Penjagaan Autogate Supaya Tahan Sehingga 10 Tahun!

Pada masa kini, ramai yang memilih sistem autogate untuk kediaman mereka. Mengapa autogate menjadi pilihan? Antara kelebihannya adalah mudah membuka dan menutup pintu pagar tanpa perlu seseorang membukanya. Autogate amat berguna apabila anda ingin membuka atau menutup pintu pagar ketika waktu hujan serta dapat mengelakkan anda terdedah dengan risiko peragut sewaktu turun dari kenderaan.

Komponen Pada Sistem Autogate

Pada asasnya, berikut adalah komponen yang ada pada sesebuah sistem autogate. Ianya boleh berfungsi secara sendiri menerusi alat kawalan jauh atau dipanggil remote control tetapi keberkesanan kawalan jauh ini tertakluk pada jarak yang dekat sahaja.

  • Stainless steel component
  • AC/DC motor
  • Aluminium component
  • Screw thread
  • Copper wirings
  • Electronic / electrical control board
  • Gearbox
  • Remote control
  • Electrical and magnetic lock
  • Rechargable backup battery

Tips Penjagaan dan Penggunaan Autogate

  • Pastikan Buka Sepenuhnya

Walaupun persekitaran anda adalah sebuah kawasan yang selamat, sewaktu anda membuka pintu pagar untuk keluarkan kenderaan pastikan autogate terbuka sepenuhnya kerana boleh terjadi sewaktu sedang dibuka, autogate secara tiba-tiba alami masalah dan berhenti di pertengahan. Sekiranya anda tidak ambil langkah keselamatan dengan serius, masalah yang bakal timbul seperti terlanggar pagar sewaktu undur kenderaan kerana tidak  berwaspada dengan persekitaran.

  • Buka Pada Pandangan Anda

Menjadi suatu kebiasaan bagi sesetengah pengguna autogate membuka pintu pagar pada jarak yang jauh sebelum sampai di hadapan rumah sehingga tidak  nampak ketika ianya dibuka. Konsepnya sampai depan rumah terus mahu masuk tanpa perlu menunggu. Situasi seperti ini akan membuka ruang seperti penceroboh yang berhasrat terutama merompak dengan masuk tanpa pengetahuan anda.

  • Periksa Persekitaran

Amalkan langkah berjaga-jaga, sekurang-kurangnya dapat elak risiko berbahaya. Pastikan tiada kanak-kanak atau kenderaan ketika autogate sedang berfungsi. Jadi anda dapat elakkan kanak-kanak tersepit atau kereta kemek disebabkan kecuaian anda.

  • Jauhkan Alat Kawalan Daripada Kanak-kanak

Sebaiknya elakkan remote control autogate menjadi permainan untuk kanak-kanak. Elakkan mereka bermain remote control seterusnya anda dapat hindarkan kejadian tidak diigini berlaku seperti terbuka tanpa disedari atau terbuka dengan tiba-tiba sewaktu kenderaan berhampiran dengan pagar.

  • Biarkan Berhenti Sendiri Ketika Tekan Remote Control atau Control Panel Dalam Rumah

Kebanyakan orang mengambil mudah dengan perkara ini. Sebaiknya selepas anda tekan pada butang remote control atau panel kawalan dalam rumah, biarkan autogate anda buka/tutup dan berhenti sendiri. Sekurang-kurangnya dengan cara ni anda dapat kurangkan risiko mudah rosak pada gear arm dan control board.

  • Tunggu Jarak 5 Saat Untuk Pergerakan Seterusnya

Pastikan bila anda tutup atau buka autogate, biarkan dalam 5 saat sebelum anda lakukan pergerakkan seterusnya. Contohnya ketika anda membuka pintu pagar, selepas sahaja autogate anda terbuka sepenuhnya, tunggu dalam 5 saat untuk tutup autogate anda semula. Anda perlu ambil tahu sebab autogate digerakkan oleh gear dan sistem teknikal, jadi sekiranya anda kurang ambil berat, lebih mudahlah autogate anda mendapat masalah.

  • Buat Simple Check Up Setiap 1 Bulan

Setiap sebulan, lakukan pemeriksaan ringkas pada autogate anda. lakukan pemeriksaaan terhadap back-up battery. Caranya mudah sahaja. Matikan suis utama (DB dalam rumah). Kemudian gunakan autogate anda seperti waktu ada elektrik. Dengan cara ni, autogate anda sedang menggunakan tenaga daripada back-up battery di dalam control box. Jika pergerakkan autogate anda sangat perlahan, mungkin back-up battery anda lemah.

 

Loading...

Tags: #auto gate #autogate kedai #autogate malaysia #autogate pejabat #autogate rumah #autogate system #pasang autogate #Penggunaan Autogate #penjagaan autogae #sistem autogate #sistem pintu pagar automatik #tips penggunaan autogate dengan selamat #tips penggunaan autogate yang betul #Tips penjagaan autogate supaya tahan sehingga 10 tahun

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka
Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!
Mengikut statistik setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia mengalami masalah mata rabun.

Leave a reply "Tips Penjagaan Autogate Supaya Tahan Sehingga 10 Tahun!"