Petua Tahan Mengantuk Waktu Malam

Petua Tahan Mengantuk Waktu Malam

Mengantuk dan tidur pada waktu malam sudah tidak dielakkan kerana badan kita dicipta untuk beristirahat dan tidur pada waktu malam. Waktu malam adalah waktu adalah waktu badan kita berehat dari melakukan sebarang aktiviti. Namun, jika kita ingin berjaga pada waktu malam untuk mengulangkaji pelajaran, menonton perlawanan bola sepak, memandu atau bekerja shif, bagaimanakah caranya untuk menahan mengantuk?

Berikut adalah beberapa petua dan tips yang boleh diamalkan.

  • Tidur siang

Tidur siang yang cukup merupakan cara pertama yang boleh dilakukan agar tidak mengantuk untuk berjaga malam. Selain untuk melepas lelah tubuh, tidur siang yang cukup juga menjadi media untuk mengembalikan otak dalam keadaan segar. Bahkan di negara Jepun, terdapat beberapa perusahaan yang mewajibkan para pegawainya untuk tidur siang agar otak lebih fresh sehingga semakin produktif dalam bekerja. Tidur siang dijadikan sebuah kebiasaan untuk menghimpun energi untuk melakukan aktiviti secara optimal pada malam hari tanpa diganggu oleh rasa mengantuk.

  • Mengunyah gula-gula atau asam

Mengunyah gula-gula atau asam dapat menghilangkan rasa mengantuk. Di samping itu juga, gula-gula juga sebagai penyegar dan penghilang rasa haus.

  • Minum kopi

Kopi merupakan minuman yang diakui mampu untuk mengusir rasa mengantuk. Apa lagi pada zaman sekarang ini kopi sudah hadir dengan berbagai bentuk dan rasa. Meskipun cara ini benar-benar berkesan dan diakui, namun tidak dianjurkan kerana kandungan kafeinnya yang tidak baik untuk kesihatan dan boleh menyebabkan ketagihan. Tetapi bagi yang sudah terbiasa dengan kopi, rasanya bukanlah suatu masalah.

  • Minum air kosong

Air kosong adalah alternatif bagi yang tidak menyukai kopi. Punca badan tidak bermaya dan mengantuk biasanya berlaku apabila badan tidak cukup air. Jadi sediakan air kosong dan sentiasa minum.

  • Basuh muka

Apabila rasa mengantuk, basuh muka untuk menyegarkan mata anda.

  • Segarkan mata yang letih

Ini ialah petua untuk menyegarkan mata yang gatal dan letih. Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian cuci bersih. Ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

  • Lekapkan timun

Ambil timun yg telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata. Pejamkan mata untuk beberapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu dan rasa mengantuk pasti hilang.

  • Mandi air sejuk

Mandi air sejuk akan menyegarkan kembali badan yang penat dan menghilangkan rasa mengantuk untuk berjaga malam.

  • Urut bahu dan pangkal leher

Mengurut bahu dan leher dapat menghilangkan mengantuk. Tapi cara ini hanya boleh menahan rasa mengantuk untuk tempoh yang sekejap sahaja. Jadi perlu diulang dengan kerap.

  • Baca doa

Sepotong ayat al-Qur’an di dalam ayat Kursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut adalah :

” La takkhudzuhu sinatuw wala naum…”

Maknanya: “(Dia – Allah) tidak mengantuk dan tidak tidur”

Loading...

Tags: #berjaga malam #cara tahan mengantuk waktu malam #doa hilang menangtuk #doa hilangkan mengantuk #doa mengelak mengantuk ketika memandu #hilangkan rasa mengantuk #petua berjaga malam #Petua elak mengantuk #petua tahan mengantuk waktu malam #tahan ngantuk #tips hilangkan mengantuk #tips hilangkan mengantuk waktu malam

Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!
Pisang adalah tanaman yang termasuk dalam keluarga musaceae, berdaun lebar serta semua bahagian dari tanaman
Petua Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat merupakan musuh utama kepada semua orang termasuk lelaki dan wanita. Jerawat akan
12 Petua Terbaik Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan!
Kebanyakan orang mengaitkan kulit yang cerah dengan kecantikan. Malah, wajah yang cerah juga
Cara Memagar Rumah Dalam Islam Beserta Doa
Berpindah ke rumah baru sama ada rumah sendiri yang dibeli ataupun rumah sewa

Leave a reply "Petua Tahan Mengantuk Waktu Malam"