Juadah Hari Raya Kegemaran 10 Selebriti Malaysia

Juadah Pilihan Artis Malaysia

Syawal bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya, pelbagai juadah kegemaran akan dimasak dan dihidang bagi menjamu selera meraikan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri setelah berpuasa selama sebulan.

Selain masyarakat tempatan, golongan selebriti Malaysia turut tidak ketinggalan berkongsi juadah lebaran pilihan mereka di pagi Syawal.

Nak tahu makanan kegemaran mereka, jom baca artikel ini.

1. Neelofa

neelofa-raya-300x300 Juadah Hari Raya Kegemaran 10 Selebriti Malaysia

Antara makanan yang menambat hati saya pastinya rendang dan lontong. Dua jenis juadah ini kalau dimasak pada hari biasa, macam tidak ada ‘umpph’. Tapi kalau menikmatinya pada hari raya, berpinggan-pinggan pula ditambahnya.

2. Shaheizy Sam

Shaheizy_Sam-raya-300x300 Juadah Hari Raya Kegemaran 10 Selebriti Malaysia

Setiap kali Aidilfitri tiba, makanan kesukaan saya adalah sambal kacang dan sambal goreng jawa yang dimasak oleh ibu saya iaitu Khaty Fauziah.

3. Saharul Ridzwan

saharul-ridzwan-raya-300x300 Juadah Hari Raya Kegemaran 10 Selebriti Malaysia

Kalau raya, ayah saya memang pakar memasak rendang ayam dan daging. Kami sekeluarga setia untuk merasa masakannya di pagi raya.

4. Amyra Rosli

amyra-rosli-raya-300x300 Juadah Hari Raya Kegemaran 10 Selebriti Malaysia

Walaupun ramai yang makan ketupat dengan kuah kacang tetapi saya lebih gemar memakan makan tradisi berkenaan dengan rendang. Tidak dapat menu lain pun tidak mengapa. Janji ada ketupat dan rendang.

5. Hafiz Suip

hafiz-suip-raya-300x300 Juadah Hari Raya Kegemaran 10 Selebriti Malaysia

Juadah burasak menjadi hidangan bagi saya dan keluarga. Setiap tahun, keluarga saya akan menempah burasak. Bagi saya, burasak ini sama seperti nasi impit dan ketupat cuma rasanya lebih lemak dan sedap.

6. Siti Nordiana

Siti-Nordiana-raya-e1497888154665-300x300 Juadah Hari Raya Kegemaran 10 Selebriti Malaysia

Saya sukakan kuah kacang yang dimakan bersama nasi impit yang dimasak oleh ibu.

7. Fizo Omar

fizo-omar-raya-300x300 Juadah Hari Raya Kegemaran 10 Selebriti Malaysia

Saya memilih untuk makanan tradisional nenek moyang di Kelantan iaitu ketupat cicah madu. Rasanya memang enak.

8. Sabhi Saddi

sabhi-saddi-raya_-300x300 Juadah Hari Raya Kegemaran 10 Selebriti Malaysia

Jika orang Semenanjung sukakan lemang dan ketupat, lamban pula menjadi menu wajib saya. Kalau tak makan diibaratkan seperti tak menyambut hari raya. Untuk info, lamban adalah makanan yang mirip lemang dalam saiz yang kecil tetapi dibalut dan dimasak menggunakan daun kelapa muda.

9. Kaka Azraff

kaka-azraff-raya-300x300 Juadah Hari Raya Kegemaran 10 Selebriti Malaysia

Bagi saya, menjamah ketupat, kuah kacang ayam dan serunding ikan merupakan makanan wajib setiap kali tibanya lebaran.

10. Cha Cha Maembong

cha-cha-maembong-raya-300x300 Juadah Hari Raya Kegemaran 10 Selebriti Malaysia

Tidak lengkap rasanya kalau hidangan hari raya saya tanpa lemang, ketupat palas dan rendang.

azlan-150x150 Juadah Hari Raya Kegemaran 10 Selebriti Malaysia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Juadah Aidilfitri Kegemaran Artis Malaysia #juadah pilihan selebriti malaysia #Makanan Kegemaran Selebriti Malaysia Di Hari Raya

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Juadah Hari Raya Kegemaran 10 Selebriti Malaysia"