Biodata Aman Aziz, Penyanyi Lagu Sulit

Biodata Aman Aziz, Penyanyi Lagu Sulit

Aman Aziz merupakan seorang penyanyi remaja yang menyanyikan lagu-lagu bergenrekan pop dan mula menceburi industri seni suara setelah bergelar Naib Juara Akademi Fantasia Musim 11 pada tahun 2014. Lagu debut nyanyiannya berjudul “Without You” yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Awi Rafael berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai. Seiring itu, beliau juga berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Beliau dilahirkan pada 18 Oktober 1993 di Bukit Rambai, Klebang di negeri Melaka tetapi dibesarkan di Kerinchi, Bangsar South, Kuala Lumpur sehingga berusia 18 tahun sebelum kedua-dua orang tuanya menetap di kampung mereka di Melaka. Bapa Aman, Abdul Aziz adalah seorang pesara perkilangan, manakala ibunya Rohani Baba adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang mengusaha perniagaan menjahit secara kecil-kecilan. Aman adalah anak bongsu daripada 6 adik-beradik.

Aman menamatkan zaman persekolahan pada 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur. Ketika di bangku persekolahan, beliau banyak menyertai kumpulan dikir barat dan kumpulan nasyid selain bergelar Pengerusi Persatuan Pancaragam Sekolah. Aman kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang seni reka grafik di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat selama tiga tahun dengan memperolehi Diploma Seni Reka Grafik dengan kepujian Dekan.

Aman memulakan kerjaya nyanyian dengan sambutan baik pendengar terhadap lagu debutnya “Without You” yang dimuatkan dalam album studio AF2014 Hits. Lagu tersebut menjadi viral di internet streaming sebelum mendapat perhatian stesen-stesen radio. Dalam masa dua minggu, video muzik lagu tersebut telah mencecah 200,000 tontonan. Pada 23 November 2014, lagu “Without You” berjaya memasuki carta Top 40 Era.fm di tangga ke 38 setelah dua minggu disiarkan oleh radio tersebut. Lagu tersebut juga berjaya tersenarai di tangga ke-54 sebagai Lagu Paling Popular 2014 menerusi program Throwback 100 Era 2014 oleh Era.fm.

Selain itu Aman juga dilamar untuk membintangi sebuah telefilem arahan pengarah Michael Ang berjudul “Cinta Suci Jadi Saksi”, bergandingan bersama aktres popular Elfira Loy. Untuk percubaan pertama dalam dunia lakonan ini, Aman diberi watak utama sebagai mekanik. Ekoran perhatian yang luar biasa diterimanya pasca AF, nama beliau telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada 10 artis baharu yang Astro Gempak simpulkan sebagai yang paling menyerlah untuk tahun 2014.

Biodata Aman Aziz

Nama sebenar : Mohammad Razman bin Abdul Aziz

Nama pentas: Aman

Tarikh Lahir : 18 Oktober 1993

Asal : Klebang, Melaka

Kerjaya : Penyanyi, Pelakon, Pereka grafik

Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur

Pendidikan: Diploma Seni Reka Grafik dengan kepujian Dekan,  Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat

Tinggi : 171 cm

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Hobi : bermain game

Muzik kegemaran: pop, balada

Penyanyi kegemaran: Hafiz AF, One Direction

Pelakon kegemaran: Nora Danish, Wentworth Miller

Pencapaian: Naib Juara Akademi Fantasia Musim 11 (2014)

Telefilem: Cinta Pertama Kali

Drama: Cinta Suci Jadi Saksi, Aku Benci Raya, Ketupat Jantung Hati, Dee – The Series

Lagu Hit: Without You, layang-layang, Sulit

Instagram : https://www.instagram.com/amanazizofficial

Lirik lagu Aman Aziz – Sulit

Dapatkah aku melukiskan cinta
menerangkan sejuta rasa
seperti nota dalam mimpi indah
dikau kekasih selamanya

selagi jantungku terus bergetar
selagi nyawaku masih bersama
akan ku terus mencintai kamu
walau jalannya ku lalu berliku

biar ditimbus gelisah derita
ku mahu bersama
ku mahu bersama

seperti angin kau hembusan rasa
menerbangkan titipan hati
seperti madah dalam kamus cinta
ungkapan itu kupersonakan

(bersama)
selagi jantungku terus bergetar
selagi nyawaku masih bersama
akan ku terus mencintai kamu
walau jalannya ku lalu berliku

(selagi jantungku terus bergetar)
selagi jantung
(selagi nyawaku masih bersama)
selagi nyawa masih bersama

(akan ku terus mencintai kamu)
(walau jalannya ku lalu berliku)
walau jalannya

biar ditimbus gelisah derita
ku mahu bersama

Gambar Menarik Aman Aziz

Aman-Aziz-foto-300x300 Biodata Aman Aziz, Penyanyi Lagu Sulit Aman-Aziz-lagu-pedih-300x300 Biodata Aman Aziz, Penyanyi Lagu Sulit Aman-Aziz-pedih-300x300 Biodata Aman Aziz, Penyanyi Lagu Sulit Aman-Aziz-penyanyi-300x300 Biodata Aman Aziz, Penyanyi Lagu Sulit

IMG_20171206_114610-150x150 Biodata Aman Aziz, Penyanyi Lagu Sulit

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #aman aziz #aman aziz af #aman aziz af11 #aman aziz akademi fantasia #Aman Aziz biodata #Aman Aziz gambar #Aman Aziz penyanyi #Aman Aziz profil #aman aziz sulit #biodata aman aziz #biodata lengkap aman aziz af #lagu sulit #lirik lagu sulit aman aziz #Mohammad Razman bin Abdul Aziz #penyanyi lagu sulit

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Aman Aziz, Penyanyi Lagu Sulit"