Lima Pulau Paling Unik Di Dunia Mempunyai Bentuk Yang Menakjubkan!

Pulau Paling Unik Di Dunia

Sesekali dapat bercuti ke pulau pasti menyeronokkan. Selain dapat menghilangkan tekanan di tempat kerja, inilah masa yang sesuai untuk tenang, berehat dan menikmati keindahan pulau pilihan anda.

Untuk pengetahuan pembaca, terdapat banyak pulau di dunia ini mempunyai bentuk yang unik, pelik dan tersendiri apabila dilihat daripada pandangan atas udara.

Dengan keunikan itu, pulau-pulau ini semakin dikenali dan dilawati para pelancong dari seluruh pelosok dunia.

Berikut, penulis senaraikan 5 pulau yang memiliki bentuk unik dan menakjubkan di dunia. Take a look!

1. Pulau Senyum

Pulau Senyum

Ketiga-tiga pulau iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug yang terletak di Pantai Barat Sabah ini sangat terkenal dan disebut sebagai ‘Pulau Senyum’ kerana menyerupai emoticon smile jika dilihat dari atas udara. Diiktiraf sebagai Taman Negara Tunku Abdul Rahman, pulau-pulau ini seolah-olah menjadi simbol selamat datang kepada sesiapa sahaja yang melawat Malaysia.

2. Pulau Lumba-Lumba

Pulau Lumba Lumba

Terletak di pantai utara Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, terdapat sebuah pulau yang mempunyai terumbu karang unik dan berbentuk seperti ikan lumba-lumba. Jika terbang dari bandar nelayannya iaitu Labuan Bajo, anda boleh melihat dengan jelas bentuk pulau cantik ini seperti ikan lumba-lumba yang sedang berenang dan muncul di permukaan laut.

3. Pulau Kuda Laut

Pulau Kuda Laut

Pulau yang menyerupai kuda laut dengan ekor berputar ini dikenali sebagai Pulau Isabela yang terletak di Galapagos, Ecuador. Pulau seluas 4,640 kilometer persegi dan panjang 100 kilometer dinamakan sempena Ratu Isabela dari Sepanyol. Malah, pulau ini juga terkenal dengan populasi kura-kura liarnya yang banyak berbanding di pulau-pulau di Galapagos yang lain.

4. Pulau Boomerang

Pulau Boomerang

Jika anda pernah terbang dari Kuala Lumpur ke Manila, Filipina atau disebaliknya, mungkin terbiasa melihat satu pulau unik ini. Jika dilihat dari pandangan atas udara, Pulau Bansaan yang terletak di Laut Camotes ini mempunyai bentuk seperti boomerang iaitu sejenis senjata khas Suku Aborigin dari Australia. Pulau yang termasuk di Kepulauan Spratly ini pernah dipertikaikan hak milik oleh Filipina, Malaysia dan Vietnam satu masa dahulu.

5. Pulau Snoopy

Pulau Snoopy

Tahukah anda, terdapat satu pulau bernama Pulau Nishinoshima di Jepun sangat mirip dengan kartun anjing popular, Snoopy. Terletak di sebelah selatan Tokyo, pulau unik dan cantik ini terbentuk akibat letusan gunung berapi. Paling menarik, diantara dua bentuk pulau yang membentuk kepala dan badan Snoopy terdapat kolam laut merah seolah-olah seperti rantai leher yang dipakai kartun tersebut.

Carian Berkaitan

BENTUK BADAN paling pelik di dunia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Bentuk Pulau Paling Unik Di Dunia #Pulau Boomerang #Pulau Kuda Laut #Pulau Lumba-Lumba #Pulau Paling Unik Di Dunia #Pulau Senyum #Pulau Snoopy #Pulau Unik Yang Perlu Anda Kunjungi

Cara Perbaharui Pasport Malaysia Secara Online. Mudah Dan Pantas!
Sejak tahun 2016, pasport Malaysia antarabangsa boleh diperbaharui secara atas talian. Kemudahan ini
Masjid Kresik Selatan Thailand Yang Terkenal Gelaran “Masjid Pintu Gerbang”
Sejarah Kresik Sejarah Kresik mempunyai perkaitan secara langsung dengan Kerajaan Melayu Pattani (kurun
5 Panduan Sebelum Menempah Hotel Bajet. Ini Perlu Anda Ketahui!
Melancong sama ada di dalam atau luar negara sangat menyeronokkan terutamanya apabila bercuti
5 Ubat-Ubatan Perlu Anda Bawa Saat Melancong!
Sesekali berpeluang bercuti atau melancong ke destinasi pilihan dapat merehatkan diri dan menenangkan

Comments are closed.