Lima Rahsia Fathia Latiff Miliki Kulit Cantik & Badan Langsing, Wanita Wajib Baca!

Rahsia Fathia Latiff Miliki Kulit Cantik

Memiliki rupa paras yang cantik menawan dan berbadan langsing merupakan satu bonus buat aktres popular tanah air, Fathia Latiff.

Malah, auranya semakin menyerlah setelah mengenakan hijab sepenuh dan membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan graduan jurusan undang-undang ini.

Dipetik dari Majalah Jelita, anak kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang ini tidak lokek berkongsi tips miliki kulit cantik dan badan langsing buat para peminat. Check it out!

1. Sentiasa Rawat Rambut Meskipun Berhijab

“Walaupun berhijab, saya tetap merawat rambut seperti biasa. Saya hanya menggunakan syampu dan perapi rambut untuk mengekalkan kelembapan. Malah, saya suka merawat rambut di rumah berbanding ke salon,” katanya.

2. Wajib Cuci Muka Sebelum Tidur

“Tidak kira bertapa penat, anda wajib menanggalkan solekan yang menempel di wajah sepanjang hari dengan pencuci muka pilihan sebelum masuk tidur. Jangan lupa oleskan sedikit krim malam untuk merawat kulit wajah anda,” jelasnya.

3. Guna Produk Kosmetik Dari Bahan Semula Jadi

“Meskipun terdapat pelbagai produk kosmetik pada hari ini tetapi saya lebih suka menggunakan produk kecantikan berasaskan bahan semula jadi untuk menjaga penampilan diri,” katanya.

4. Amalkan Habbatus Sauda, Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara & Madu

“Sebagai solusi untuk hidup lebih sihat dan menawan, saya mengamalkan habbatus sauda, minyak zaitun, minyak kelapa dara dan madu dalam rutin seharian. Keempat-empat ini bukan sahaja baik untuk kecantikan diri malahan bermanfaat dalam aspek kesihatan kita semua,” jelasnya.

5. Peka Terhadap Makanan

“Untuk info, saya tidak mengamalkan sebarang diet yang agresif tetapi saya akan peka dalam memilih makanan yang dimakan terutamanya ketika bekerja atau aktiviti luar. Makanan pilihan saya adalah yang lebih sihat dan ringan seperti melebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan selain bersenam jika ada masa terluang,” katanya.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Fathia latiff #Fathia Latiff Kongsi Tips Kecantikan #Nak Cantik Macam Fathia Latiff #Petua Kecantikan Kulit Muka Tradisional #Petua Kecantikan Tradisional Selebriti #Petua kecantikan wajah #petua kecantikan wanita #petua kulit cantik #Petua Untuk Cantik #Rahsia Kecantikan Fathia Latiff #Rahsia Kecantikan Wanita Seluruh Dunia Menarik Untuk Dicuba #Tips Cantik Fathia Latiff

Cara Membina Kolam Hiasan Di Laman Rumah, Simple & Cantik!
Membina sebuah kolam hiasan sebenarnya mencipta pelbagai manfaat tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Cara Membuat Media Tanaman Ringkas Untuk Tanaman
Media tanaman adalah salah satu komponen penting dalam bidang pertanian. Media tanaman digunakan
Cara Membuat Baja NPK Larut Untuk Tanaman Organik Di Rumah!
Apakah baja NPK? Sistem pemberian huruf dan nombor ini telah diperkenalkan oleh Justus
Cara Mengenali Karakter Seseorang Melalui Gaya Berjalan!
Banyak cara yang dapat dilakukan untuk membaca karakter seseorang. Salah satunya adalah melihat

Comments are closed.