Bahaya Menjemur Pakaian Di Dalam Rumah, Ramai Yang Tidak tahu!

Jemur Baju Dalam Rumah

Dek kerana keadaan cuaca yang tidak menentu seringkali membuatkan kita menjadi malas untuk menjemur pakaian di luar rumah.

Di samping itu, keterbatasan ruang turut menjadi faktor utama buat kita sehingga terpaksa mengeringkannya di dalam rumah.

Walaupun praktikal, udara yang lembap dan dipenuhi bakteria ternyata memberikan kesan negatif kepada kesihatan jika tidak diambil kira akibat sering menjemur pakaian di dalam ruangan tersebut.

Dipetik dari laman Teen.co Indonesia, ini 3 kesan bahaya jika anda jemur pakaian di dalam rumah.

1. Menurunkan Sistem Imuniti

Tahukah anda, kelembapan dan pencemaran udara dalam rumah akibat menjemur baju didalamnya boleh menjejaskan prestasi sistem imuniti kita.

Udara yang tercemar akan menekan tindakan sel T iaitu komponen paling penting dalam imuniti tubuh badan kita. Natijahnya, sistem imuniti badan akan lemah dan menurun sehingga kita mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.

2. Terkena Alahan

Terdapat satu jenis kulat yang sering dijumpai dalam pakaian basah iaitu Stachybotrys Chartarum. Kulat ini sangat berbahaya dimana turut terdapat pada jubin dinding, bingkai tingkap dan lantai. Malah, kulat ini juga mencetuskan alahan terutamanya di saluran pernafasan seperti sinusitis dan bronkitis.

Selain itu, beberapa bahan kimia dari pengunaan detergen atau pelembut pakaian yang digunakan pada kain cucian juga boleh memberikan alahan kepada kita. Sebagai contoh, kandungan acetaldehyde yang tinggi dalam pelembut pakaian boleh menyebabkan udara tidak sihat sehingga meningkat risiko terhadap alahan atau karsinogenik (ejen-ejen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah/kanser).

3. Menyebabkan Asma

Menurut penyelidikan yang dijalankan University of New South Wales menyatakan bahawa mengering pakaian di dalam rumah akan meningkatkan kelembapan udara sehingga menyumbang banyak pertumbuhan bakteria dan kuman.

Jika kerap terhidup udara kotor yang dipenuhi bakteria dan kuman tersebut, anda akan mudah diserang dengan penyakit asma meskipun tidak pernah mengalaminya sebelum ini.

azlan-150x150 Bahaya Menjemur Pakaian Di Dalam Rumah, Ramai Yang Tidak tahu!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Bahaya Menjemur Pakaian Dalam Rumah #Bahaya Menjemur Pakaian di Dalam Ruangan #Bahaya Menjemur Pakaian di Dalam Rumah Bagi paru paru #bahaya menjemur pakaian didalam rumah #Jangan jemur pakaian dalam rumah #jemur baju dalam rumah #keburukan menjemur baju di dalam rumah #Kemudaratan Jemur Pakaian Di Dalam Rumah #Kesan Bahaya Apabila Sering Jemur Pakaian Dalam Rumah #Kesan Bahaya Bagi Yang Gemar Jemur Baju Di Dalam Rumah #menjemur pakaian di malam hari #sebab bahaya jemur pakaian basah dalam rumah #sidai baju waktu malam #sidai kain waktu malam #Ternyata menjemur pakaian di dalam rumah berbahaya bagi paru-paru

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.