Petua Membeli Durian Tepi Jalan

Durian

Lihat Keadaan Duri Buah Durian
Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Jika kulit kelihatan berduri jarang dan besar-besar boleh dipastikan durian itu berisi padat, tetapi jika durian berkulit kecil dan durinya berjarak dekat, isi durian pasti akan lembik.

Hidu Bau Buah Durian
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut belum masak sepenuhnya dan berkemungkinan telah diperam. Saat memilih durian, dekatkan hidung dan cium baunya, jika ia berbau kuat, kemungkinan besar buahnya manis dan matang. Tapi jika sudah tidak bau lagi, kemungkinan buahnya sudah masuk angin yang membuat rasanya jadi hambar dan kurang manis.

Lihat Bentuk Buah Durian


Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis dan biji yang kecil atau kurus. Pilihlah buah yang belum merekah sedikit dibahagian dasarnya. Ianya fresh lagi. Tapi kalau dah merekah dan kehitaman pula warnanya sahlah buah tu dah lama dan busuk.

Lihat Tangkai Buah Durian 
Durian yang jatuh dari pokok tangkainya bergerigi. jika kelihatan rata atau seperti dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan diperam terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka ulas buahnya pun tebal juga. Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna ulas buahnya pun kuning juga. Kalau gelap semacam sahlah buah tu dah lama jatuh. Kalau berlendir dan masih cerah lagi memang ianya fresh dan baru jatuh. Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap daripada biasa.

Keadaan Pada Kulit Durian
Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan. Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.

Goncang Buah Durian
Durian yang berat biasanya masih mentah, isinya terlalu berair atau bahkan busuk. Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncangkan durian dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang dengan kemas. Dan goncang secara perlahan-lahan. Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lembik akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

Ketuk Buah Durian


Jika terdengar bunyi padat, itu tandanya durian sudah masak sepenuhnya. Tetapi bila terdengar bunyi keras itu tanda ia belum masak.

Gadis jual durian tepi jalan di Thailand

Gadis jual durian tepi jalan di Thailand

Gambar buah durian

Gambar buah durian

Minta peniaga untuk melihat ulas isi durian

Minta peniaga untuk melihat ulas isi durian

Durian isi kuning yang lazat

Durian isi kuning yang lazat

Loading...

Tags: #beli durian tepi jalan #cara nak beli durian #cara pilih durian #durian bermutu #macam mana nak tahu durian elok #pilih buah durian #pilih durian terbaik

Wanita, Hindari 5 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Kulit Wajah Anda Bermasalah!
Memiliki kulit wajah yang cerah, tidak berjerawat dan berseri-seri merupakan impian setiap wanita
Ulser Kornea, Pengguna Kanta Lekap Berisiko Mengalami Buta Kekal!
Mesti ada segelintir daripada anda yang gemar memakai kanta lekap dan ada ketikanya
Tanda Mengalami ACL, Kecederaan Lutut Yang Biasa Berlaku Kepada Mereka Yang Aktif Bersukan!
Kecederaan lutut atau dalam bahasa saintifiknya osteoarthritis sering dialami oleh mereka yang gemarkan
20 Fakta Mengenai Manfaat Air Sejuk & Ais Untuk Tubuh Badan Yang Jarang Diketahui!
Minuman mengandungi ais menjadi pilihan utama kerana mampu menghilangkan rasa dahaga dengan cepat.

Comments are closed.