Cara Masak Gulai Dan Ayam Goreng Nasi Kak Wok

Lauk Nasi Kak Wok

Nasi putih

Nasi putih disediakan seperti biasa, pastikan menggunakan anda menggunakan beras siam.

Bahan-bahan masak gulai ayam Kak Wok :

  • 1 ekor ayam dipotong kecil
  • 25 gram atau 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 300 ml santan kelapa
  • 1400 ml air
  • 2 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • 5 biji lada kering dikisar
  • Air asam jawa atau asam keping secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk menumis :

  • 1 tangkai daun kari
  • 5 ulas bawang merah di hiris
  • 2 ulas bawang putih di hiris
  • 3 sekawan bunga lawang kulit kayu manis buah pelaga

Cara penyediaan :

  1. Masukkan minyak masak dan panaskan dengan api yang sederhana, tumis bahan-bahan sehingga garing dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan lada kering yang dikisar dan rempah kari, digaul sebati dan masak hingga pecah minyak.
  3. Selepas itu, masukkan ayam berserta dengan air secukupnya. Kacau dan masak hingga sebati.
  4. Masak hingga mendidih dan diperlahankan api, masukkan santan, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, biarkan seketika hingga mendidih dan masukkan ubi kentang.
  5. Masukkan dengan gula dan garam secukup rasa, kacau hingga sebati dan biarkan selama 5 hingga 10 minit dengan nyalaan api perlahan.
  6. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan ayam goreng Kak Wok :

   
  • Ayam dipotong kecil
  • 4 batang kacang panjang, potong 2 inci
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris nipis

Cara penyediaan :

  1. Ambil ayam yang dipotong kecil dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng di atas api yang besar.
  3. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus.
  4. Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang.

Cara hidangan :

Nasi putih gulai ayam dan ayam goreng. Tambahkan hirisan timun dan sambal belacan bagi yang suka pedas.

Nasi Kak Wok

Carian Berkaitan

resepi nasi kak wok, resepi gulai ayam kak wok, resepi nasi kak wok original, resepi gulai kak wok, nasi kak wok resepi, resepi ayam goreng kak wok, gulai nasi kak wok

Encik Shino

Seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penulisan blog dan artikel.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #cara masak nasi kak wok di rumah #masak ayam goreng kak wok #masak gulai kak wok #resepi Gulai Dan Ayam Goreng Nasi Kak Wok #resepi nasi kak wok #resepi nasi pagi kelantan #resepi nasi tengahari kelantan

Resipi Sambal Tumis Petai Udang
Bahan-bahan : Seikat petai dikupas dan diambil isinya serta dibelah dua Udang 6
Resepi Istimewa Sambal Totok Jawa
Bahan-bahan : Segenggam ikan bilis 10-15 biji cili padi kampung 3 biji cili
Resipi Sambal Kicap Johor
Bahan-bahan : Cili padi Bawang putih Kicap manis Sedikit garam dan gula Bawang
Resipi Sambal Tumis Sotong
Bahan-bahan : 10 ekor sotong 4 sudu makan cili kering Asam jawa sebesar

Comments are closed.