Biodata Marsha Milan, Bintang Kelahiran AF3 Yang Berbakat & Versatil

Biodata Marsha Milan AF

Cantik, Berbakat dan Versatil! Itulah tiga perkataan yang terlintas di fikiran penulis tentang bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) 3 bernama Marsha Milan ini.

Untuk rekod, anak jati Tamparuli, Sabah ini menyandang tempat keempat dalam program realiti nyanyian tersebut.

Selain aktif menyanyi, figura ini sukses membina jenama sebagai seorang pelakon dan pengacara.

Sedar atau tidak, pemilik nama sebenar Marsha Milan Londoh ini sudah lebih 10 tahun bergelar anak seni.

Dalam perkembangan terbaharu, Marsha telah menyertai program AF Megastar 2017 yang disiarkan di Astro Ria 104 mulai 3 September lalu.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan figura berbintang Sagittarius ini.

Biodata Ringkas Marsha Milan

Nama Penuh: Marsha Milan Londoh
Nama Komersil: Marsha Milan/Marsha AF3
Tarikh Lahir: 6 Disember 1985
Umur: 32 Tahun (2017)
Zodiak: Sagitarius
Asal: Tamparuli, Sabah
Adik Beradik: Anak ketiga daripada empat beradik
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon, Pengacara dan Model
Status: Berkahwin
Nama Suami: Mohamed Shaiful Nizam
Agama: Islam
Bangsa: Berketurunan Kadazan-Dusun
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Hilang, Sudah Ku Temui, Ku Tinggalkan Cinta, Bebaskan, Hanya Untuk Mu, Janji, Ruang Kedua, Bila, Satu Rasa (duet dengan Zarul Umbrella), Rindu (duet dengan Harris Alif), Cinta Sesungguhnya (duet Sabhi Saddi), Tak Perlu Selamanya, Bersama Kita, Lie Till I Die, Penelope dan banyak lagi.

Drama/Telemovie: 3 Dara Kg.Com, Cinta Bae Kicap, Keluarga Pontimau, Oh My Pondok, Benci Vs Cinta, Duri Di Hati, Kum Kum The Series, Berita Hangit, Mihrab Cinta, Bicara Hati, 24 Hari Sebelum Mencari Cinta, Dunia Kita, Awam Dania 3, Asmara 2, Seribu Kali Cinta, Hotel Mania, Dottie, Korban 44, Mega Sekeping Hati dan banyak lagi.

Filem: Jwanita, Raga, Bola Kampung The Movie, Cun, Kahwin 5, Magika, 4 Madu, Senario The Movie Episode 2: Beach Boys dan banyak lagi.

Host TV: Mentor Milenia, Sukan Tak Sentral, Apa Lauknya & Propaganza.

Laman Media Sosial Marsha Milan

Trivia Menarik Marsha Milan

  • Meskipun berasal dari Tamparuli, Sabah, Marsha dilahirkan di luar negara iaitu Michigan, Amerika Syarikat.
  • Merupakan sepupu kepada bekas finalis AF 2 iaitu Linda Nanuwil.
  • Kini bernaung dibawah pengurusan syarikat rakaman, Alibi Music.
  • Menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihan hati bernama Mohamed Shaiful Nizam pada 31 Disember 2015.
  • Sebelum memeluk Islam sejak 2015, Marsha beragama Kristian.
  • Berkawan baik (BFF) dan rapat dengan pelakon popular, Sharifah Sakinah.
  • Memiliki tanda lahir di pipi kiri.
  • Menjalankan bisnes online yang dikenali sebagai Marshamilans iaitu menjual cekak rambut yang telah diusahakan sejak 2013 lagi.
  • Dia Semanis Honey Muzikal merupakan percubaan pertamanya di pentas teater.
  • Memiliki lebih 600,000 pengikut diinstagram miliknya.

Foto Menarik Marsha Milan

af-megastar-Marsha-Milan-300x300 Biodata Marsha Milan, Bintang Kelahiran AF3 Yang Berbakat & Versatil Foto-Menarik-Marsha-Milan-300x300 Biodata Marsha Milan, Bintang Kelahiran AF3 Yang Berbakat & Versatil gambar-selfie-marsha-milan-AF-300x300 Biodata Marsha Milan, Bintang Kelahiran AF3 Yang Berbakat & Versatil marsha-milan-dan-suami-300x300 Biodata Marsha Milan, Bintang Kelahiran AF3 Yang Berbakat & Versatil

azlan-150x150 Biodata Marsha Milan, Bintang Kelahiran AF3 Yang Berbakat & Versatil

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #AF Megastar 2017 #Biodata Marsha Milan #Kenali Marsha Milan #Marsha Milan #Marsha Milan AF Megastar 2017 #Marsha Milan AF3 #marsha milan family #Marsha Milan Londoh #marsha milan londoh agama #marsha milan londoh biodata #marsha milan londoh dan suami #marsha milan londoh husband #marsha milan londoh kahwin #marsha milan londoh songs #marsha milan mengandung #Profil Marsha Milan #Trivia Menarik Marsha Milan

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.