Petua Terbaik Elak Kain Baju Bertimbun, Lipat Kain Dengan Pantas

Petua Lipat Kain

Pengasingan pakaian mengikut jenis
Apabila kain baju kering diampaian, sediakan dua bakul kain dan asingkan dua jenis pakaian kepada pakaian biasa dan pakaian kecil (stokin, sapu tangan dan pakaian dalam). Petua ini akan memudahkan anda sewaktu proses kerja melipat kain.

Selain itu, ia memberikan perasaan tidak terbeban dek kerana pandangan mata anda melihat kain bertimbun dalam satu bakul. Padahal kain yang besar dan tebal menyebabkan timbunan kain nampak banyak, seterusnya menyebabkan anda menjadi malas. Apabila kain dibahagikan kepada dua jenis yang utama, ia nampak sedikit dan memberikan mood yang baik untuk anda melipat kain.

Melipat kain waktu santai
Waktu paling santai dan releks untuk melipat kain adalah sewaktu menonton rancangan kegemaran. Kalau khusyuk tengok rancangan yang kita suka, sudah pasti anda sendiri pun tidak sedar, bahawa kain yang bertimbun dapat diselesaikan dalam sekelip mata.

Membahagikan tugasan bersama ahli keluarga


Anda boleh berbincang dengan suami dirumah, untuk bahagikan tugas samada si suami mencuci dan menjemur kain. Manakala, anda mengangkat kain dan melipat. Tugasan ini lebih menarik jika tugas diagihkan dengan adil.

Selain itu, jika anda mempunyai anak berumur 4 tahun ke atas, anda boleh melatihnya melipatkan bersama. Anak kecil pada usia sebegini amat menyukai aktiviti baru mereka. Ini pasti mengukuhkan lagi hubungan kasih sayang antara anak dengan ibubapa, sambil menyiapkan kerja rumah.

Encik Shino

Lepasan graduan IPTA tempatan, mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #cara efisen lipat kain #cara lipat kain mudah #Lipat Kain Dengan Pantas #malas melipat kain #petua melipat kain pantas #petua Mengelakkan Kain Baju Bertimbun

Bosan? Lima Cara Ini Awesomekan Hujung Minggu Kamu
Cuti di hujung minggu kadang kala sangat membosankan. Ini kerana tiada aktiviti-aktiviti yang
Teknik Ringkas Merakam Gambar Seperti Seorang Fotografer Profesional?
Dalam merakam gambar moment atau detik indah, kita sering terlepas pandang berkenaan beberapa
Lelaki! 11 Item Fesyen Ini Wajib Anda Miliki
Apa itu Fesyen? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, fesyen didefinasikan sebagai gaya pakaian,
6 Hobi Pilihan Lelaki Masa Kini, Wanita Perlu Tahu!
Setiap manusia yang terdapat di muka bumi ini mempunyai hobi kegemaran masing-masing. Dengan

Comments are closed.