Perkahwinan Glamour 5 Artis Malaysia Sepanjang Tahun 2017

Artis Kahwin 2017

Memasuki bulan Julai 2017, pelbagai perkara baik dan buruk yang terjadi di dunia seni hiburan tanah air sepanjang tahun ini.

Samaada artis yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga ataupun selamat melahirkan anak, kita turut dikejutkan dengan berita sakit dan kematian beberapa artis tempatan.

Itulah sebahagian warna kehidupan yang perlu dijalani apabila bergelar seorang artis.

Untuk kali ini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca mengenai 5 artis Malaysia yang menamatkan zaman solonya pada tahun 2017. Siapa saja mereka, jom kita semak!

1. Jep Sepahtu & Sari Yanti

jep-sepahtu-dan-sari-yanti-kahwin Perkahwinan Glamour 5 Artis Malaysia Sepanjang Tahun 2017

Setelah dikatakan hangat bercinta di media-media sosial, pelawak terkenal, Jep Sepahtu akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan aktres cun iaitu Sari Yanti pada 25 Februari 2017. Bertempat di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana, suami isteri ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Dato’ Muhammad Nazari. Majlis pernikahan diadakan secara tertutup serta dihadirin ahli keluarga, saudara mara dan rakan artis terdekat. Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua Sariyanti selepas bercerai dengan bekas suami pada 11 Disember 2014. Menerusi perkahwinan terdahulu, pelakon drama bersiri Cik Serba Tahu ini dikurniakan dua orang anak iaitu Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

2. Hafiz Hamidun & Joy Refva

Hafiz-Hamidun-Joy-Refva-kahwin Perkahwinan Glamour 5 Artis Malaysia Sepanjang Tahun 2017

Penyanyi kerohanian popular, Hafiz Hamidun dan isterinya Joy Refva mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2017 lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 22 Mac 2017. Dengan sekali lafaz, pasangan sejoli ini dinikahkan oleh Iman Masjid Tun Uda, Firdaus Subhi di Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Finalis program Gema Gegar Vaganza (GGV) itu menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak pengantin wanita.
Menerima mas kahwin sebanyak RM1000 daripada pengantin lelaki, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli bisnes bergelar Datuk dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu bernama Aryan Firdaus. Joy yang merupakan pengasas empayar kosmetik Merve Comestic menyifatkan suaminya sebagai seorang yang sangat tenang, bertanggungjawab dan penyayang.

3. Hazama & Genervie Kam

Hazama-Genervie-Kam-kahwin-gambar Perkahwinan Glamour 5 Artis Malaysia Sepanjang Tahun 2017

Selepas lima tahun bercinta, pemilik nama Hazama Ahmad Azmi atau Hazama diijabkabul dengan pasangan iaitu Genervie Kam pada 15 Januari 2017 dengan sekali lafaz. Popular dengan lagu Relakan Jiwa, Di Amaran Mama dan Penglipur Lara, Hazama menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 kepada pengantin perempuan. Memilih Orkid Villa, Gombak sebagai lokasi pernikahan dan resepsi, Gernervie atau nama sebenarnya Kam Shi Ling merupakan seorang pemuzik hebat dan memeluk Islam pada pertengahan Jun 2016.

4. Mia Ahmad & Izham Tarmizi

mia-ahmad-dan-mohd-izham-tarmizi-gambar-kahwin Perkahwinan Glamour 5 Artis Malaysia Sepanjang Tahun 2017

Pelakon cantik menawan, Mia Ahmad sah bergelar isteri kepada penjaga gol pasukan bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Izham Tarmizi yang telah berlangsung pada 13 Januari 2017 di Villa Sentosa, Taiping, Perak. Dinikahkan oleh Ustaz Abdul Rasyid Azidin yang merupakan Naib Kadi Masjid Nurul Islam Aulong, Mia menerima mas kahwin sebanyak RM2000 dan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak lelaki. Berasal dari Marang, Terengganu, Izham mula jatuh hati dan terpikat dengan Mia apabila menonton drama bersiri lakonan isterinya iaitu Hati Perempuan.

5. Syafiq Nazri & Nadia Azlan Shah

Syafiq-Nazri-Nadia-Azlan-Shah-kahwin-photo Perkahwinan Glamour 5 Artis Malaysia Sepanjang Tahun 2017

Bercinta selama lapan bulan, aktor drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati iaitu Syafiq Nazri menamatkan zaman solonya pada 19 Mac 2017 dengan wanita bernama Nadia Azlan Shah. Majlis pernikahan pasangan suami isteri ini telah diadakan di Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Difahamkan, isteri kepada pengacara MBuzz ini masih lagi belajar di universiti dan merupakan model muslimah sambilan.

azlan-150x150 Perkahwinan Glamour 5 Artis Malaysia Sepanjang Tahun 2017

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Artis Malaysia Kahwin 2017 #Artis Malaysia Tamat Zaman Solo 2017 #gambar kahwin artis 2017 #perkahwinan artis 2017 #perkahwinan selebriti 2017 #rumahtangga artis 2017 #tarikh perkahwinan artis 2017

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.