Panduan Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju EziBox

Ezibox Poslaju Amira Rosli

Perkhidmatan Pos Laju EziBox

Pos Malaysia memperkenalkan servis terbaru iaitu Pos Laju EziBox sejak pertengahan tahun 2016 sebagai inisiatif kepada pelanggan untuk mengambil bungkusan mereka di locker EziBox tidak mengira masa dalam tempoh 48 jam.

Kebiasaannya bagi bungkusan yang tidak dapat diserahkan kepada penerima kerana ketiadaan sesiapa di rumah atau alamat penghantaran ketika bungkusan dibawa untuk diserahkan, kakitangan Pos Laju akan meninggalkan nota kepada penerima untuk mengambil bungkusan Pos Laju mereka di mana-mana cawangan Pos Laju berdekatan. Tetapi dengan servis EziBox, penerima tidak perlu lagi ke cawangan Pos Laju kerana mereka boleh mengambil bungkusan mereka di locker EziBox pada bila-bila masa dalam tempoh 48 jam selepas menerima pesanan SMS atau emel.

Lokasi Pos Laju EziBox

  • Pos Laju EziBox terdapat di pejabat pos, stesen petrol, stesen LRT yang terpilih dan banyak lagi. Pos Laju akan menyediakan 50 lokasi EziBox di seluruh negara dan pada masa sekarang, lokasinya terdapat di Cheras, Damansara Jaya, Sungai Besi, Kelana Jaya, Bangi, Johor Bahru, Kemaman dan Kuala Lumpur.

 

  • Buat masa kini hanya 10 lokasi berikut disediakan iaitu :
  1. EziBox at Shell Taman Connaught
  2. EziBox at Shell Damansara Jaya
  3. EziBox at Pos Sungai Besi
  4. EziBox at Pos Kelana Jaya
  5. EziBox at Pusat Pos Laju Bandar Baru Bangi
  6. EziBox at Pejabat Pos Jalan Gombak
  7. EziBox at Pejabat Pos Besar Johor Bahru
  8. EziBox at Pejabat Pos Besar Dayabumi, Kuala Lumpur
  9. EziBox at Pejabat Pos Chukai, Kemaman Terengganu
  10. EziBox at LRT Gombak, Taman Melati, Kuala Lumpur

Bagaimana untuk mengetahui jika barang anda perlu diambil di Poslaju EziBox?

  • Anda akan menerima SMS atau emel yang mengandungi nombor bungkusan, nombor pin dan lokasi Pos Laju EziBox pada hari yang sama bilamana serahan kepada penerima tidak berjaya.

Cara mengambil bungkusan anda di Pos Laju EziBox?

  • Anda boleh mengikuti panduan mengambil bungkusan melalui Pos Laju EziBox seperti tatacara di bawah ini.
sms-1-300x300 Panduan Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju EziBox

Anda akan menerima SMS atau emel untuk mengambil bungkusan di mana-mana lokasi Pos Laju EziBox.

 

locker-300x300 Panduan Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju EziBox

Pergi ke lokasi EziBox seperti yang diberitahu dalam SMS atau emel.

 

screen-300x300 Panduan Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju EziBox

Di skrin, ikut arahan yang dipaparkan. Masukkan maklumat yang diminta dengan menekan papan kekunci skrin. Pastikan nombor pin yang ditekan di skrin sama dengan yang diberikan kepada anda melalui SMS atau emel.

 

openlocker-300x300 Panduan Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju EziBox

Apabila selesai di skrin Pos Laju EziBox, pintu locker yang mengandungi bungkusan anda akan terbuka. Pergi ke locker EziBox, ambil bungkusan anda dan tutup kembali locker.

 

sms-2-300x300 Panduan Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju EziBox

Sebaik sahaja pintu locker anda dibuka, anda akan menerima pesanan SMS memaklumkan bahawa bungkusan anda telah diambil.

Apakah terjadi sekiranya bungkusan di Pos Laju EziBox tidak dituntut dalam tempoh 48 jam?

  • Bungkusan akan dikembalikan ke pejabat Pos Laju. Anda akan diberitahu apabila anda gagal untuk mengambil bungkusan anda di EziBox. Anda akan menerima makluman baru dan perlu mengambil bungkusan anda di mana-mana cawanagan Pos Laju yang dimaklumkan dalam tempoh 14 hari.

Info tambahan panduan EziBox

Loading...

Tags: #cara guna ezibox poslaju #Cara Mengambil barang di EziBox #Cara Menggunakan PosLaju EziBox #cara menggunakan Servis Pos Laju EziBox #EziBox #EziBox Pos Laju #ezibox poslaju bangi #ezibox poslaju cyberjaya #ezibox poslaju seri kembangan #ezibox poslaju upm #ezibox seri kembangan #info EziBox #jika tidak ambil bungkusan di EziBox #lokasi ezibox poslaju #New locker facility ezibox #panduan EziBox #panduan ezibox poslaju #panduan pos laju EziBox #pos laju EziBox #Poslaju EziBox #poslaju ezibox tracking #poslaju ezidrop

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.