5 Makanan Ini Tidak Boleh Dimakan Oleh Selebriti Korea Selatan!

Makanan Terlarang Oleh Selebriti Korea Selatan

Selain bakat menyanyi, menari dan berlakon, penjagaan penampilan fizikal turut dititikberat di kalangan selebriti-selebriti Korea Selatan.

Mereka juga sentiasa berlatih dan bersenam untuk tampil menarik di mata para peminat dan di depan lensa kamera.

Seperti yang anda ketahui, artis-artis Korea dituntut untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri terutamanya dari segi pemakanan yang seimbang.

Kebanyakan pihak pengurusan atau agensi juga melarang artis-artis naungan mereka untuk menyentuh beberapa makanan tertentu.

Dipetik dari portal hiburan Koreaboo, ini 5 makanan terlarang yang tidak boleh dimakan oleh selebriti-selebriti Korea Selatan. Check it out!

1. Roti

Roti

Untuk pengetahuan para pembaca, selebriti Korea Selatan tidak dibenarkan memakan roti kecuali roti gandum. Salah seorang anggota kumpulan AOA iaitu Seolhyun mengakui sangat menggemari roti.

Malangnya, figura ini terpaksa menjauhi makanan berkenaan dek arahan pihak pengurusannya. Selepas tidak memakan roti, si cantik ini mengakui berat badannya turun dengan banyak. Paling menarik, Seolhyun pernah menerima hukuman dari pihak pengurusan dengan terpaksa memakan salad sepanjang hari kerana ditangkap memakan roti.

2. Mee

Mee

Makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti mee dan roti tidak baik untuk program diet. Selain roti, mee juga dilarang sama sekali lebih-lebih lagi ketika tempoh promosi album.

Ahli kumpulan BTS, Rap Monster pernah dilarang oleh agensi untuk menikmati makanan kegemarannya iaitu Mee Hitam sepanjang tempoh mempromosikan album boyband tersebut.

Figura kacak ini mengaku bahawa pernah berpura-pura ke bilik air dan segera berlari ke kedai berdekatan untuk memakan mee kesukaannya. Dengan hanya dua kali suapan mee, Monster Rap terus kembali ke agensinya.

3. Nasi

Nasi

Di samping roti dan mee, nasi putih turut diharamkan oleh pihak pengurusan terhadap artis naungan mereka. Sesetengah agensi hanya membenarkan artis-artis mereka untuk memakan nasi daripada beras perang jika ianya benar-benar perlu makan nasi.

Artis baharu iaitu Heeyou dari kumpulan Mixx mengakui bahawa dirinya adalah penggemar Topokki iaitu camilan yang diperbuat daripada beras bersama sos pedas. Kerana dilarang untuk memakan makan karbohidrat, Heeyou sudah setahun tidak menjamah makanan tersebut.

4. Jokbal (Kaki Babi)

Jokbal Atau Kaki Babi

Jokbal atau kaki babi merupakan makanan popular di Korea Selatan dan biasanya dijual pada malam hari. Bukan sahaja mengandungi lemak, makanan terlarang ini turut mempunyai kalori yang tinggi.

Untuk info, jokbal adalah makanan kesukaan Tzuyu dari kumpulan Twice yang popular dengan lagu Knock Knock. Bahkan, Tzuyu bersama ahli kumpulannya yang lain pernah menghindari kamera CCTV semata-sematauntuk menikmati jokbal ketika menjalani latihan meskipun dilarang oleh pihak agensinya.

5. Burger

Burger

Kerana mengandungi kalori yang sangat tinggi, selebriti-selebriti Korea dilarang untuk memakan burger.

Eunwan dari kumpulan Astro mengakui pernah dilarang memakan burger saat mengikuti latihan. Walaubagaimanapun, beliau tetap memakan burger secara diam-diam tanpa pengetahuan pihak agensinya.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Images for makanan larangan artis korea #kenapa artis korea dilarang makanan ini #Makanan Ini Haram Dikonsumsi Para Artis Korea #makanan larangan selebriti korea #makanan selebriti korea #Makanan Terlarang Selebriti Korea Selatan #Makanan yang Paling Pantang Dimakan Artis Korea #Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Oleh Selebriti Korea Selatan #Selebriti Korea Selatan #Ternyata Ini Pantangan Makanan Artis Korea #Tetap Langsing Artis Korea Harus Hindari Jenis Makanan Ini

Cara Menggunakan Aplikasi Grab Malaysia. Perjalanan Anda Lebih Mudah & Lancar!
Ingin ke mana-mana tanpa kenderaan sendiri atau pengangkutan awam? Kini, semuanya mudah dan
Cara Membuat Aduan Jika Ditipu Peniaga. Sebagai Pengguna, Anda Perlu Tahu!
Apa yang berlaku jika anda mendapati barang yang anda beli mengalami kerosakan dan
Cara Guna Perkhidmatan oBike. Sewa Basikal Jalanan Di Malaysia!
Sekiranya anda ke beberapa negara berhampiran, termasuk Singapura, China dan sebagainya, perkhidmatan perkongsian
Mahu Jimatkan Bil Elektrik Anda? Cuba Amalkan Tips Mudah Ini
Langkah berjimat dan bijak dalam menggunakan peralatan elektrik dapat mengurangkan bil elektrik bulanan

Comments are closed.