7 Tips Mudah Ini Buat Anda Yang Gemar ‘Solo Travelling’!

Tips Melancong Secara Solo

Bercuti secara sendirian atau solo travelling semakin mendapat tempat dan menjadi ikutan di kalangan anak-anak muda hari ini.

Bukan sahaja dapat meneroka banyak destinasi bahkan boleh melakukan apa sahaja yang anda suka tanpa perlu membuang masa melayan karenah kawan-kawan percutian.

Walaupun bercuti secara sendirian, anda tidak boleh memandang remeh atau mengabaikan banyak perkara sepanjang percutian.

Tips Buat Anda Yang Gemar ‘Solo Travelling’

Anda pasti tidak mahu mengalami sebarang masalah saat bercuti bukan? Oleh itu, penulis senaraikan 7 tips mudah buat anda yang gemar melakukan solo travelling. Take a look!

1. Jauhi Pakaian Atau Perhiasan Menjolok Mata

Jika berada di tempat orang, anda diingatkan agar tidak memakai pakaian yang seksi atau barang perhiasan yang menarik dan menjolok mata. Ingat, tujuan perjalanan anda adalah bercuti dan merehatkan fikiran bukan untuk mempamerkan barangan mahal yang dimiliki anda. Sekiranya anda memakai sesuatu yang berlebihan dan menjolok mata, anda mempunyai peluang yang besar untuk menjadi sasaran penjenayah.

2. Simpan Wang Di Tempat Selamat

Tidak kira kemana sahaja anda pergi bercuti, lebih baik anda tidak membawa wang tunai dalam dompet dengan kualiti yang banyak. Pastinya, akan mengalami kerugian besar sekiranya dompet anda yang dipenuhi wang hilang atau dicuri oleh seseorang. Jika anda perlu membawa banyak wang, pastikan menyimpannya di tempat yang selamat dan aman. Sebagai contoh, anda bukan sahaja boleh menyimpan wang di dalam dompet atau tag tangan malahan boleh diletakkan di poket baju atau diselit di dalam stokin.

3. Bawa Hanya Barangan Yang Diperlukan

Sebelum hari berlepas, sila pastikan anda telah menentukan barangan atau item yang ingin dibawa semasa bercuti nanti. Membawa terlalu banyak barangan tentu akan mengurangkan keselesaan perjalanan anda. Di samping itu, terlalu banyak barangan juga turut meningkatkan kos bagasi apabila anda melakukan perjalanan dengan kapal terbang.

4. Jangan Beritahu Sesiapa Tentang Anda Bercuti Secara Sendirian

Anda diingatkan supaya tidak sembarangan memberitahu orang yang tidak dikenali tentang kamu sedang bercuti secara solo atau sendirian. Hal ini sangat penting bagi memastikan diri anda dalam keadaan selamat dan tidak diancam sebarang bahaya. Tidak mengapa untuk berbohong dan mengakui bahawa anda sedang bercuti bersama-sama keluarga serta kawan-kawan daripada menjadi sasaran mudah bagi orang jahat.

5. Bawa Alat Pelindung

Kita tidak mengetahui bila bahaya akan datang serta tidak boleh berharap orang di sekeliling adalah orang yang baik. Buat yang gemar melakukan solo travelling, anda disarankan untuk mempunyai alat perlindungan diri khususnya buat golongan wanita. Antara barangan yang boleh dijadikan alat perlindungan diri ketika anda sedang melancong seperti minyak wangi, payung, jarum peniti atau semburan lada hitam (pepper spray). Lagi bagus sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri seperti silat atau tae kwan do.

6. Simpan Nombor Telefon Kecemasan Setempat

Cari maklumat mengenai nombor-nombor kecemasan di kawasan setempat yang anda lawati. Sekurang-kurangnya anda perlu mempunyai nombor telefon balai polis, pusat kesihatan dan pusat pengangkutan sekiranya mengalami sebarang masalah atau darurat.

7. Berdoa

Sebelum berangkat ke destinasi dituju, ambillah masa selama satu minit untuk berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Buat yang muslim, panjatkan doa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan sepanjang bercuti serta menjadikan perjalanan percutian anda selamat dan menyeronokkan.

azlan-150x150 7 Tips Mudah Ini Buat Anda Yang Gemar 'Solo Travelling'!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #backpackers #persediaan sebelum mengembara #solo travel society #solo traveller blog #solo traveller review #solo traveller rpg #solo traveller tips #tips backpackers #tips melancong secara solo #tips melancong sendiri #tips mengembara secara solo #Tips Mudah Buat Anda Yang Gemar Bercuti Bersendirian #Tips Mudah Buat Solo Travelling

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.