Memandulkan Kucing Peliharaan

Kasi Kucing,mandul Kucing

Perbezaan pandangan para ulama
Kebanyakkan ulama berpendapat memandulkan haiwan (mengembirikan atau kasi)ternakan adalah diharuskan di atas tujuan tertentu (memberikan lebih kebaikkan)

Pandangan pelbagai mazhad

  • Ulama mazhab al-Hanafi berpendapat tidak mengapa memandulkan haiwan, kerana ada padanya manfaat kepada binatang dan juga manusia. Sebagai contoh memandulkan binatang ternakan seperti lembu, unta dan kambing dapat melembutkan dagingnya serta mendorong haiwan itu gemuk bagi memperolehi lebih hasil daging.
  • Ulama mazhab Malik pula berpendapat memandulkan haiwan adalah diharuskan yang dimakan dagingnya tanpa ada hukum makruh, untuk daging yang lebih baik.
    Ulama mazhab Syafie pula membezakan antara haiwan yang dimakan dagingnya dan yang tidak dimakan dagingnya. Harus memandulkan haiwan yang dimakan dagingnya ketika ketika haiwan itu masih kecil, dan diharamkan selain daripada itu (yang tidak dimakan daging). Mereka juga mensyaratkan proses memandulkan itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada haiwan berkenaan.
  • Ulama Hanbali pula mengharuskan memandulkan kambing untuk menjadikan daging kambing lebih baik daripada biasa. Dikatakan lagi, adalah makruh jika melakukan permandulan kepada binatang seperti kuda dan haiwan lain.
  • Manakala, Imam Ahmad pula menetapkan adalah makruh perbuatan memandulkan haiwan kerana ia mendatangkan penginyayaan serta kesakitan kepada haiwan.
    Maka, proses pembedahan memandulkan kucing boleh diambilkira jika memenuhi syarat serta dengan alasan yang munasabah dan tidak membahayakan binatang tersebut.
  • Fatwa memandulkan kucing dan anjing telah dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2002 dengan menyatakan bahawa mengembirikan binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.

Kesimpulan

Memandulkan binatang peliharaan diharuskan jika ia memenuhi syarat atau sebab yang memberi lebih kebaikkan serta untuk menyelesaikan masalah. Antara syarat atau sebab-sebab yang biasa diharuskan perbuatan memandulkan ini adalah seperti berikut :

  1. Haiwan peliharaan akan mati atau sakit jika proses memandulkan tidak dilakukan
  2. Mengawal penyakit haiwan
  3. Mengawal pembiakan populasi (lebih baik daripada terus membunuhnya)
  4. Tidak membahayakan nyawa haiwan tersebut
  5. Menjaga hubungan dalam masyarakat
  6. Menjaga kebersihan rumah, tempat ibadat yang menjadikan ibadat wajib tidak sempurna akibat najis haiwan (kucing kebiasaannya menanda kawasan dengan air kencingnya)

Pembedahan Memandulkan Kucing Pembedahan Mengembirikan Kucing

Loading...

Tags: #fatwa memandulkan biantang peliharaan #hukum kasi kucing #hukum memandulkan kucing dalam islam #kasi kucing jantan #memandulkan haiwan #mengasi haiwan #mengembirikan #pandangan kasi haiwan dalam islam #pandangan mazhad berkenaan memandulkan haiwan #proses mengembiri haiwan #syarat memandulkan binatang peliharaan

3 Tips Mudah Buat Kucing Anda Gemuk & Sihat
Memiliki kucing yang sihat, gemuk dan berbulu lebat merupakan mimpi terindah buat para
5 Kucing Ini Popular Di Media Sosial Kerana Miliki Keunikan Tersendiri
Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang cukup diminati dan akrab pula hubungannya dengan
Kenapa Perlu Memberi Ubat Cacing Pada Kucing Anda?
Pemberian ubat cacing secara teratur memainkan peranan penting untuk kesihatan dan tumbesaran kucing
Penjagaan Kucing Rumah Yang Perlu Anda Tahu!
Sebagai seorang pemilik kucing yang bertanggungjawab, anda akan memastikan kucing peliharaan berada dalam