Ikuti 5 Cara Mudah Ini Agar Ramadan Anda Lebih Bermakna

Ramadan, Bulan Sejuta Rahmat

Ramadan, bulan sejuta rahmat. Bulan istimewa ini kembali mengisi kalendar muslimin dan muslimat yang sememangnya menantikan kehadirannya saban tahun.

Lazimnya, kegiatan ibadah di bulan puasa dipergiatkan untuk mencari keredhaan-Nya. Untuk menjadi muslim yang sejati, penghulu segala bulan ini sangat berketepatan bagi melakukan perubahan diri.

Sebagai umat Islam, pastinya anda ingin mendapatkan sinar Ramadan yang penuh keberkatan dan lebih bermakna buat diri sendiri. Dengan beberapa perubahan sederhana, ibadah anda boleh mencapai titik maksimun selama menjalani bulan suci ini.

Berikut, penulis senaraikan lima cara mudah agar Ramadan anda jadi lebih bermakna.

1. Solat Diawal Waktu

Buat yang suka melewat-lewatkan waktu solat, inilah masa yang sesuai untuk anda menggubah kebiasaan tersebut.

Jadikan azan sebagai penanda untuk menghentikan urusan kerja atau kuliah buat seketika untuk mengerjakan solat dan berdoa kepada Allah SWT.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” – (Surah Al-Baqarah ayat 186).

Di samping itu, anda juga boleh melipatganda ibadat puasa dengan menunaikan ibadah sunat seperti Solat Terawih, Solat Dhuha dan Solat Tahajud.

2. Membaca Al-Quran

Gantikan waktu makan tengahari anda dengan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca dan menghafal al-Quran.

Anda boleh luangkan masa sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit untuk membaca kitab suci Allah ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”
– (HR. Tirmidzi)

Jika sebelum ini, anda hanya membacanya dalam bahasa Arab. Di bulan Ramadan ini, apakata anda cuba membaca terjemahan, memahami maksudnya dan mengambil pengajarannya untuk jalani kehidupan kita sehari-hari.

Selain mendapat ganjaran pahala, Allah juga mengangkat darjat orang-orang selalu membaca al-Quran terutamanya di bulan Ramadan.

3. Bersedekah

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.” – (HR. Tirmidzi).

Dalam Islam, sedekah merupakan salah satu amalan mulia yang mengundang pintu rezeki dan rahmat Allah SWT.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah sebagai tanda mensyukuri nikmat ilahi khususnya di bulan istimewa ini.

Sebagai contoh, anda juga boleh sedekahkan wang, makanan atau pakaian kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal atau asnaf.

Amalan terpuji ini sedikit sebanyak memberi sinar kebahagian kepada si penerima untuk meneruskan kehidupan.

Sesungguhnya tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima.

4. Menghadiri Majlis-majlis Ilmu Agama

Pelbagai majlis ilmu agama seperti ceramah, tazkirah atau bual bicara diadakan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

Isilah masa bersama keluarga atau sahabat dengan menghadiri ke majlis-majlis agama berdekatan anda untuk memperolehi informasi dan ilmu berkaitan agama dan kerohanian.

Aktiviti sebegini dilihat dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di bulan yang mulia ini.

5. Jaga Cara Berpakaian Agar Tidak Terlalu Terbuka

Bukan sahaja menjaga perilaku diri sendiri, anda juga mempunyai kewajipan dalam menghargai dan menghormati orang lain yang menjalani ibadat puasa.

Salah satu caranya adalah dengan menjaga cara berpakaian anda agar sopan, tidak menjolok mata dan menutup aurat apabila berdepan dengan masyarakat.

Dengan cara ini, anda telah membantu orang lain dalam menjaga pandangan mata dan mulut mereka.

Sebagai contoh, gantikan baju T-shirt tanpa lengan dan seluar jeans ketat kesayangan anda selama sebulan dengan pakaian yang lebih longgar dan besar sedikit.

Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat sepanjang bulan Ramadan menunjukkan bahawa anda seorang yang cukup matang untuk tidak pentingkan diri sendiri dan memikirkan ibadah orang lain.

Kesimpulannya, mencipta ibadah puasa yang lebih bermakna tidak sesulit apa yang dibayang oleh anda semua. Dengan niat yang betul dan ikhlas, pastinya anda akan berjaya. Insya-Allah.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #amalan baik dibulan ramadan #bulan ramadan #Cara Mudah Ini Agar Ramadan Anda Lebih Bermakna #kegiatan ibadah bulan ramadan #menyambut bulan ramadan #perkara baik di bulan ramadan #Ramadan 2017

4 Perkara Ini Tidak Boleh Dilakukan Anda Ketika Di Dalam Kapal Terbang!
Menaiki pesawat sama ada untuk pergi bercuti, bekerja atau balik kampung sangat menyeronokkan.
4 Perkara Terlarang Ini Perlu Anda Jauhi Jika Masih Rindu Bekas Kekasih!
Kadang-kala, perasaan tidak boleh dikawal lebih-lebih apabila bersendirian dan terbayang-bayang bekas kekasih di
Wanita, Ini 5 Manfaat Garam Laut Untuk Kesihatan & Kecantikan Diri Anda!
Garam laut atau sea salt adalah sejenis garam yang diperolehi menerusi proses penyejatan
Ketahui Jenis Kulit Wajah Anda Sebelum Guna Sebarang Produk Kecantikan!
Salah satu faktor kenapa berlakunya masalah kulit wajah seperti kusam, jerawat dan jeragat

Comments are closed.