Air Terjun Sofea Jane! Destinasi Popular Penggemar Sukan Lasak

Air Terjun Kubang Gajah Sofea Jane

Siapa sangka di sebalik kepesatan bandar raya Kuala Lumpur, terdapat air terjun yang tersergam indah yang terletak tidak berapa jauh dari pusat bandar. Terletak di kampung Kemensah, laluan masuk ke Air Terjun Sofea Jane ialah melalui jalan belakang Zoo Negara.

Air Terjun Sofea Jane atau nama asalnya Air Terjun Kubang Gajah menjadi destinasi popular bagi penggemar sukan berbasikal, motor scrambler dan ATV. Setiap hujung minggu pastinya lauan denai ke air terjun tersebut tidak sepi dari bunyi deruman enjin ATV.

Dikatakan air terjun itu menjadi popular dengan nama Air Terjun Sofea Jane setelah menjadi lokasi penggambaran sebuah filem lakonan Sofea Jane pada suatu ketika dahulu.

Penulis berkesempatan untuk berbasikal ke Air Terjun Sofea Jane lebih dari 5 kali semenjak tahun 2014. Melalui jalan di sebelah pintu masuk utama Zoo Negara, anda akan menemui Kampung Kemensah.

Aktiviti hari minggu untuk menjejak kaki ke air terjun lebih menarik jika anda singgah makan nasi lemak yang enak di dua buah warung sebelah kiri jalan di Kampung Kemensah sebelum meneruskan perjalanan lebih kurang 2 kilometer untuk tiba ke ATV Park.

Sebelum menemui ATV Park, anda akan bertemu satu simpang tiga. Simpang ke kiri akan membawa anda ke tempat rekreasi Kemensah dan denai untuk ke Bukit Tabur dan Lubuk Tedung.

Tidak jauh selepas menemui ATV Park, perjalanan mendaki bukit akan membawa anda ke hujung jalan tar dan anda akan menemui Institut Budaya Baru Melayu.

Bagi yang membawa kereta, anda boleh meletak kereta anda di sini. Denai ke air terjun akan bermula di sini. Laluan untuk ke air terjun tidaklah terlalu sukar dengan keadaan denai yang terjaga.

Jika menunggang basikal, masa yang diperlukan untuk tiba ke air terjun lebih kurang 30 hingga 45 minit mengikut stamina penunggang. Bagi yang memilih untuk berjalan kaki, perjalanan ke air terjun memakan masa sejam hingga 1 jam setengah.

Perjalanan melalui denai dimulai dengan laluan landai, kemudian anda perlu mendaki dan akhir sekali perlu menuruni bukit sebelum anda dapat mendengar bunyi air terjun. Sudah pasti segala penat lelah untuk sampai ke air terjun terasa berbaloi apabila anda dapat menikmati keindahan air terjun di tingkat pertama.

Airnya yang mengalir sejuk membuatkan badan kembali bertenaga setelah berendam dan bermandi-mandi di situ.

Air Terjun Sofea Jane di Kemensah mempunyai 3 tingkat namun tingkat kedua dan ketiga agak sukar untuk diakses kerana tiada laluan denai untuk ke sana. Menurut penduduk kampung, para pengunjung dinasihatkan supaya tidak mendaki ke tingkat 2 dan seterusnya kerana keadaan licin dan berbahaya.

Air Terjun Sofea Jane terpelihara daripada kekotoran dan sampah, hasil usaha sama penduduk kampung yang sentiasa menjaga denai dan kawasan air terjun. Rondaan sentiasa dibuat untuk memastikan keselamatan pengunjung.

Apa yang menarik di tingkat 1, di bahagian bawah terdapat beberapa kolam untuk anda bermandi mandi, manakala di bahagian atas juga terdapat kolam kecil dan hamparan batu untuk beristirehat.

Bagi yang berminat untuk menjejaki air terjun ini, pastikan anda mempunyai tahap kecergasan dan stamina yang baik untuk berjalan kaki dan berbasikal. Bagi yang ingin ke sana dengan ATV, anda boleh berbuat demikian di ATV Park dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Air Terjun Sofea Jane

Berbasikal Ke Air Terjun Sofea Jane Denai Berbasikal Ke Air Terjun Sofea Jane Kesejukan Air Terjun Sofea Jane Laluan Trek ATV Di Kawasan Air Terjun Sofea Jane Menaiki ATV Ke Air Terjun Sofea Jane Menaiki ATV Laluan Denai Ke Air Terjun Sofea Jane Mendaki Ke Air Terjun Sofea Jane Puncak Air Terjun Sofea Jane

Faisal Ab. Manaf

Menulis sekadar hobi di waktu terluang. Berpengalaman lebih 9 tahun dalam bidang penulisan sebagai penulis sambilan bagi sinopsis, cereka, penulisan komik, karya komedi dan karya seram di beberapa forum dan laman web.

More Posts

Loading...

Tags: #air terjun dekat KL #air terjun kg. kemensah #Air Terjun Kubang Gajah #Air Terjun Sofea Jane #destinasi air terjun bandar kuala lumpur #kampung Kemensah #mendaki di air terjun sofea jane #motor scrambler dan ATV #sukan berbasikal

4 Destinasi Air Terjun Popular Di Hulu Langat, Selangor
Daerah Hulu Langat merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia.
7 Destinasi Pelancongan Tepi Pantai Yang Menarik Di Negeri Melaka
Negeri Melaka terkenal dengan warisan sejarah dan merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di
Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng
Terletak di Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, kedai makan yang diberi nama
12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan
Negeri Kelantan yang terletak di timur Semenanjung Malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang

Comments are closed.