Biodata Ferhad, Bintang Gegar Vaganza 4 Kelahiran Singapura

Biodata Ferhad, Bintang Gegar Vaganza 4 Kelahiran Singapura

Jika ditanya anak muda zaman kini, nama Ferhad agak asing buat mereka. Namun, bagi generasi yang lahir pada 80-an dan 90-an pula, anak jati Singapura ini adalah penyanyi yang mempunyai suara unik dan tersendiri.

Lagu hitnya iaitu Kasih Berubah mendapat tempat dihati para penikmat muzik tempatan dan menjuarai beberapa carta muzik di stesen-stesen radio tanah air pada ketika itu.

Di samping lagu-lagu Melayu, anak seni ini turut merakamkan beberapa lagu berbahasa Inggeris seperti Higher Deeper, Get Up Get Down dan Talking In You Sleep.

Ferhad juga dianggap sebagai salah satu perintis kepada bakat-bakat baharu kelahiran Kota Singa yang berjaya menerpa nama di Malaysia.

Biarpun lama tidak muncul di kaca televisyen, figura berusia 46 tahun ini aktif menerima undangan bagi membuat persembahan untuk majlis-majlis korporat dan persendirian.

Dalam perkembangan terkini, pemilik nama sebenar Ferhad Iberhim ini telah menyertai program nyanyian, Gegar Vaganza (GV) 4.

Sayangnya, beliau tersingkir di minggu kedua program berkenaan selepas membawa lagu Harus Terpisah yang dipopularkan oleh Cakra Khan.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan penyanyi yang mengangkat lagu bergenre R&B dan Soul ini.

Biodata Ringkas Ferhad
Nama Penuh: Ferhad Iberhim
Nama Komersil: Ferhad
Umur: 46 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 22 November 1971
Zodiak: Scorpio
Asal: Singapura
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Kerjaya: Penyanyi
Agama: Islam
Bangsa: Melayu Singapura
Warganegara: Singapura

Lagu/Single: Kasih Berubah, Katakan Saja, Pernah, Mana Harus, Kukoo, 123, Untukmu Selamanya, Sinar, Something To Believe In, Bebaskan, Yang Terbaik, Satu, Kenapa Mengapa, Serentak, G* Girls, Get Up Ge Down, In Time, Wasn’t It Good, Tandus (duet bersama Firdaus), Ku Kata, What More, Sunshine Or Rain, Take Me As I Am, Peace In Our Lives, Believe, Talking In Your Sleep, Beat, Soul In Me, Higher Deeper, Swirl dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Ferhad

Trivia Menarik Tentang Ferhad

  • Berdarah kacukan Melayu, Arab dan India.
  • Suka menghabiskan masa lapang dengan aktiviti sukan dan memasak.
  • Menamatkan zaman solonya dengan wanita pujaan hati bernama Alyssa Mazlan pada 17 Ogos 2002 dan dianugerahkan dua orang cahaya mata.
  • Merakamkan tiga album studio iaitu Tubed (2000), Katakan Saja (2003) dan Satu (2007).
  • Aktres kelahiran Kelantan yang popular dengan drama Titian Cinta, Tisha Shamsir merupakan protegenya dalam program realiti nyanyian terbitan TV3, Mentor 6.
  • Pernah memenangi Artis Harapan Pilihan di Anugerah ERA 2001.
  • Figura ini juga pernah membolos carta 5 bagi kategori Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2002, Artis Inggeris Tempatan di Anugerah ERA 2001 dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002.
  • Beliau pernah bernaung di bawah label syarikat rakaman, Positive Tone dan EMI.
  • Insan seni ini juga adalah bekas penyampai radio Mix.FM dimana mengendalikan segmen The All New Mix.
  • Turut menjadi juri dan mentor bagi program realiti terbitan Astro iaitu Mari Menari.
azlan-150x150 Biodata Ferhad, Bintang Gegar Vaganza 4 Kelahiran Singapura

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Ferhad #Ferhad #Ferhad Bintang Gegar Vaganza 2017 #Ferhad Bintang Gegar Vaganza 4 #ferhad gegar vaganza #ferhad iberhim #ferhad instagram #ferhad isteri #ferhad kasih berubah #ferhad katakan saja #Ferhad Penyanyi Kelahiran Singapura #ferhad songs #ferhad wife alyssa #Kenali Ferhad #Profil Ferhad

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.